Ubat Putus Cinta (8 Tips Menangani Putus Cinta)

Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya. Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih. Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.

8 Tips Menangani Putus Cinta

#8 Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.

Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…

#7 Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.

Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.

#6 Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.

Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan. Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!

“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”

#5 Stay single!

singleJangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan. Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah. (Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)

#4 Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.

“Laughter is the best medicine”

#3 Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi. Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.

Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.

#2 Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.

Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.

#1 Be positive

happyJangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.

Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.

“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

Gambar: morphinetears36justankicurlytops

Google Eat this!

  • putus cinta
  • tips putus cinta
  • cara mengatasi putus cinta
  • cara mengatasi masalah putus cinta
  • petua putus cinta
  • tip putus cinta
  • cara menangani putus cinta
  • tips putus cinta bagi lelaki
  • cara atasi putus cinta
  • mengatasi masalah putus cinta

8 thoughts on “Ubat Putus Cinta (8 Tips Menangani Putus Cinta)”

  1. Hye,i dilla, nak share skit ni, umur sya dlm 22thn, sya kenal sorang lelaki ni yg muda dr sy slama 3thn,sbnrnya kmi dah smpai 1thun dlm hubungan,
    tp sejak kbelakangan ni, dia ada 2 akaun fb, tp fb yg 1 lg,dia block sya,
    Bt masa ni dah 4x sya dapat tahu dia slalu chat ngan pempuan lain, tapi btanyakan soalan pada pmpuan itu, samada dia dah bpunya atau x?
    Siap btkr number phone and nak bjumpa?
    Tapi mula sya bt xtaw?
    Lgpun kami jarang jumpa xmcm dlu.
    Seolah2x dia telah brubh?
    sa xtw knapa ?
    Tp sya buat bodoh je,
    Layan text pun dah kira slumber je,
    Skt aty memang, cuma sya xfhm apa yg sy perlu buat

    Reply
    • Lelaki memang tidak puas hati dengan satu. Tambahan lagi, anda berdua masih muda dan Misz andaikan u berdua masih lagi belajar.

      Pemikiran lelaki pada umur 19 tahun ini masih belum cukup matang. Mereka hanya mahu berseronok sahaja. Mereka tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang serius ataupun memberi komitmen dalam apa jua benda. Namun tidaklah semua lelaki berfikiran seperti itu kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi kematangan pemikiran seorang lelaki tapi kebanyakannya seperti yang Misz nyatakan tadilah.

      Misz nasihatkan tidak usahlah berpancaran dengan lelaki yang masih muda atau Misz kategorikan sebagai ‘remaja’ kerana ia tidak bersesuaina dengan peringat umur u dear 🙂 Tidak usahlah u pening-pening dan sakitkan kepala dan hati u memikirkan tingkah laku si dia. Let it go and look for the true love <3

      Reply
  2. Assalamualaikum,
    Saya syazrin 27 thn saya pernah berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama elysa muda setahun dari saya. Kami berkenalan masa saya berumur 25 thn . Saya rasa hubungan kami semakin teruk, dia dah tak percayakan saya. Kami sering bergaduh hinggakan saya terpaksa mengalah walaupun ia bukan salah saya. Adakah patut saya tinggalkan dia….

    Reply
  3. asalamualaikum . saya puteri berumur 14 tahun yg always tgok website ni …im know that im still young to be in love but saya tak boleh elak from that … saya mempunyai masalah when im in love in someone … bila saya pandang je his eyes .OMG he’s mine … saya cuba untuk lupakan dia .. untuk tidak menyukai dia but i can’t … i love him but saya diam and pendam je .. saya rasa penat lah untuk crush kat orang and diri sendiri je tahu .. boleh bagi tips sikit ? thanks 😉

    Reply
    • ouh,itu masalah biasa zaman persekolahan,lagi2 nurul masih muda,fikirlah kehadapan,mgkin bercinta seawal usia mcm nurul akan menjejaskan pelajaran nurul sewaktu disekolah,lagipun kalau bercinta seawal usia seperti nurul ni,adalah lebih baik jika nurul bertanyakan pada diri sendiri,adakah nurul dan dia akan kekal melakukan hubungan percintaan sehingga ke alam perkahwinan sebab dah terlalu ramai pelajar sekolah yang bercinta hanya atas dasar hawa nafsu dan percintaan mereka kebanyakannya hanyalah angan2 ataupun dikenali sebagai cinta monyet,mgkin saat yg paling sesuai untuk mencari cinta sejati adalah di alam universiti ataupun selepas tamat pengajian di menara gading,sekian.

      Reply
  4. hye assalam.. skarang 2/9/2017 sy fadhirul umur 25 dri selangor..sy bercinta pada jarak tempat tinggal yang dekat tak jauh dari rumah sy.. kate orang bila sy rindu sy sentiasa ada th bile die rindu die sentiasa ada.. sy kenal sorang perempuan dari sejak zaman persekolahn lgi dari umur sy 16 tahun umur dia 15 tahun time tu dia tingkatan 3.. hubungan kami sangat rapat time tu die masih lagi bersekolah than sy habis SPM sy lanjutkan pelajaran.. perhubungan time tu masih seperti biasa.. than kite orang pun maintane dalam perhubungan sedar tak sedar perhubungan kami dah 7 tahun sehingga sy planing utuk menyimpan duit utuk atur kan pertunangan kite org time tu umur sy 22.. sy berkerja pun tolong family dalam urus kan kedai so tak jadi masalah dalam situasi sy.. sy habis belajar je sy buat 3 kerja dalam 1 hari pagi sy berkerja sebagai kerani di sebuah guaman balik kerja sy terus tolong famly sy kat kedai.. dalam masa yang sama sy berniaga online.. mane tk nye kan dah planing nk tunang mesti lah kerja lebih keras betul tk.. income jgn ckap lah sy rasa lebih dari apa sy sy sangka..dalam simpan punya lah simpan tau2 die bagi tau die nak ke penang utuk berkerja dekat sana duduk dgn pakci n makcik die utuk sementara waktu.. so sy tak kisah dn tak risau dgn keadaan die sbb ada yang menjaga dia di sana.. time dia habis belajar pun die terus cari kerje berdekatan dekat sini2.. die cakap gaji kerja dekat sini tk mencukupi so sy tak kisah lah berpisah untuk sementara waktu.. time tu mmng menangis lah sy dgn dia dah tau nak dia berjauhan dgn sy.. kami tk putus contac.. sentiasa memerlukan.. mcm biase dia call sy call.. dalam okey2 pun time tu sy terdengar berita makcik sy call sy atok sy meninggal dunia ..tup terus sy tersentap sy menangis lagi kesedihan.. dalam sedih2 lagi time tu tak lama selang je bbrape minggu ade sedara mara die ckap die nak dah nak berkahwin kat sana.. time tu lagi lah sy tak tentu arah.. sy buat keputusan utuk berhenti kerja sbb sy tak kuat utuk mnanggung kesedihan sy berlaku pada diri sy.. sy buntu sy tak keluar rumah langsung setiap hari menangis dan terus menangis mngenang kan ape yang berlaku pada diri sy.. sy contac2 dia tak ada khabar berita langsung setiap hari beratus ratus kali sy cuba call die hantar mesej kat dia tpi tak ada khabar jugak sampai time tu sy fikir nak pergi ambil die bawa balik selangor.. sy fikir dan terus berfikir mcm mne kalau aq ambil die bawa balik ape family die akan ckap dekat aq nnti.. buntu kan.. fikir lah mcm mne tol tak kalau die dah tk nak kat kita.. sampai stu tahap sy pergi rumah mak ayah dia sy merayu dekat family die menangis depan dieorang.. nk tak nak kne trbal muka than rasa malu.. sbb die orang pun tau kite orang tgh palning nak tunang so sy tak jadi masalah dengan family die.. ape yang sy dapat ialah penghinaan ps tu die halau dari rumah die.. sy pun terkejut ape yang sy buat ni.? mcm mne semua berlaku kat sy.. sy balik sy menangis dan terus menangis.. mne tk nye bnyak perkara yang sy hilang orang yang sy sayang arwah atok sy than kerja sy masa depan sy.. tak kan lah sy nak menangis mcm tu je.. dah mcm budak2.. kadang sy cari artikal kat laman2 web..belajar cari panduan dn cari kekuatan utuk dirj sy.. sampai sekarang dah 3 tahun sy tak dengar khabar die.. ape yang terjadi kat diri sy sekarang ni mcm ni lah sy masih terus kan bisnes family than naik kan prniagaan die orang.. ade terkadang tu sy termenung ingat kenangan2 die bersama sy dahulu.. sape cakap tak rindu betul tak.? mesti rindu punye.. bukan senang nak cari kekuatan diri bila putus percintaan memang sakit.. sy redha dgn ketentuan nye sy anggap itu semua ujian dari yang mengetahui dan doakan yang baik2 utuk nye.. mudah mudahan dia bahagie disamping orang yang die syang.. tak salah kan kalau kita rasa nk luah kan ssuatu yang terpendam dan terpahat didalam hati kita ni..

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee