Cinta Facebook- Bila Wujudnya Perasaan Sayang

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Hye,,zoncinta…saya menghadapi satu masalah yg sering menyebabkan saya hilang fokus apabila melakukan sesuatu perkara.Saya telah mengenali seorang lelaki melalui sepupu saya.Walau bagaimanapun, saya dan dia tak pernah berjumpa.Kami hanya berkenalan dalam FB dan seterusnya berhubung melalui telefon dan email.Setelah lama kenal, dia mengajak saya berjumpa dan dah tetapkan masa.Memandangkan kami jauh antara satu sama lain dan sibuk dengan urusan masing2, jadi kami ada masa 2 bulan lagi untuk berjumpa.Selama perkenalan kami, kami memang sering berhubung, jika dia outstation, kami saling berbalas email
sahaja, jika dia onshore..barulah kami berhubung melalui telefon…Apa yang mengelirukan saya sekarang, dia seolah-oleh tidak berminat utk meneruskan perkenalan ini sedangkan kami sdh berjanji untk
bejumpa…saya tak nafikan, saya sudah mula menyukainya walaupun kami tak pernah berjumpa.Tambahan pula dia merupakan salah seorang kawan kepada sepupu saya, itu yang menyebabkan saya berani untuk berkenalan
dengannya.Sekarang saya dapat rasakan bahawa dia endah tak endah sahaja apabila menghubungi saya…saya keliru dengan diri saya sendiri.saya sudah mula menyukai dia, tapi dalam masa yang sama saya mahu melupakan dia…biarlah perkenalan kami setakat ini sahaja..tetapi kadamg2 dia memberikan hint seperti dia jga memberi respon dengan perasaan saya…..saya benar2 keliru…tak tahu apa yang harus saya lakukan…

-SUN SHINE

 

Jawapan Misz Chinta

 

Hye Sun Shine

Sebenarnya untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang yang kita kenal hanya di alam maya bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala proses mengenali hati budi seseorang mengambil masa yang agak lama. Sedangkan orang yang kita jumpa hari-hari pun adakalanya kita tak dapat nak mengenali hati budi dia.

Dalam situasi awak ni yang Misz anggap masih dalam hubungan persahabatan, mungkin dia bersikap endah tak endah sebab dia sendiri belum selesa dengan sebuah perhubungan yang lebih dari seorang sahabat memandangkan korang belum pernah berjumpa.

Beri dia masa untuk lebih mengenali awak dan dalam masa yang sama, awak pun perlukan lebih masa untuk mengenali dia. Mungkin selepas berjumpa nanti, awak dan dia akan lebih saling mengenali dan memahami hati budi masing-masing.

Awak sendiri ada sikap was-was tentang perhubungan ini kan, mungkin dia juga merasakan perasaan yang sama dengan awak sebab itu adakala wujudnya sikap endah tak endah di pihak dia.

So sementara ini, bagi peluang pada diri awak untuk lebih mengenali sikap dan hati budi dia. Kalau awak rasa sesuai nanti then teruskan persahabatan dan perhubungan itu 🙂

Gambar: Lady-Tori

Google Eat this!

  • cinta alam maya
  • perasaan sayang
  • cinta di alam maya
  • sahabat alam maya

1 thought on “Cinta Facebook- Bila Wujudnya Perasaan Sayang”

  1. Assalammualaikum,Misz Chinta…

    Saya nak bertanya pendapat tentang cinta Alam maya kawan saya..

    Kawan saya berkawan dengan seorang lelaki..Kawan saya selesa berkawan dengan dia..tapi kawan saya telah menipu dia,dengan mengatakan yang dia tu berumur lebih tua daripada dia..saya pon tak faham kenapa dia buat macam tu..sampai satu masa tu kawan saya cakap hal yang sebenar kalau diatu sebenarnya lebih muda pada dia…
    lepas dari haritu..hubungan kawan saya dengan dia makin rapat..walaupon cuma dalam Facebook..lelaki tu tak pernah tengok muka dia..actually kawan saya cakap lelaki yang dia sayang tu jenis yang baik,tak pernah cakap kasar,tak pernah marah kawan saya walaupon kawan sy dh buat salah…
    Kawan saya cakap waktu lelaki tu cakap yg dia sayangkan kawan saya dengan ikhlas,mulanya kawan saya ingat itu orang lain…tapi padahal dia orang yg betul..kawan saya pon tk balas balik apa yang dia cakap..tapi kawan saya cakap ” dia ni kenapa tetiba cakap saya sayang awak..”kawan saya sebenarnya takut untuk jatuh cinta lagi..sebab tu dia takut sikit..lepastu lelaki tu cakap “okeylh saya tak boleh sayang awk..”dia pernah cakap jugak dkt kawan sy yg dia serius sayangkan dia..lama kelamaan kawan sy pon dah sayangkan dia lebih dari kawan biasa…Lelaki tu suka buat perangai manja,selalu ambil peduli tentang solat kawan saya,apa yang kwn sy mkn semualah..perhubungan kawan saya seronok sangat..sampai satu hari tu kawan saya cakap adakah lelaki tu sayang dia sebagai kawan tapi lelaki tu selalu kata “saya sayang awak kerana ALLAH”..tapi kawan saya rasa dia tak layak untuk lelaki tu..kerna dia takut itu cuma cinta Alam Maya dia..kawan saya cakap dekat lelaki tu yang dia taknak rasa perasaan sayang tu lebih dari kawan padahal saya tahu dia sayang sangat dekat lelaki tu..saya tak tahu kenapa lelaki tu tinggalkan kawan saya..tapi dia ada cakap dia taknak bagi kawan rasa perasaan tu,walaupun saya tahu apa perasaan awak yg sebenarnya..dan dia pon ikut kehendak kwn saya supaya tinggalkan dia..kawan sy cakap dia taknak lelaki tu menderita disebabkan dia..saya pon tak faham maksud kawan saya tu..dah lama kawan saya tk dengar cerita dia..dah lama saya tk tengok dia ceria…dia suka menangis…dia selalu ingat perkataan senyum sokmo ,pesanan dia,semua tentang dia..salahkah tindakan kawan saya..

    Terima kasih itu sahaja…

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee