10 Tanda Boyfriend Anda Pengongkong

Betapa indahnya dilamun cinta. Perasaan mencintai dan dicintai membuatkan hidup seperti di alam syurgawi dan anda sentiasa teringatkan si dia. Anda ingin didampingi si dia setiap masa, membaca ucapan SMS-nya setiap kali bangun pagi dan sebelum malam lena. Tanpa sedari, perasaan selesa dan hangat itu sedikit demi sedikit melemaskan anda. Khayalan indah dahulu kini bertukar menjadi mimpi ngeri.

“You should only be in a relationship with someone who makes you happier. If someone is not making your life better, or causing problems that you would otherwise not have, it may be best to reconsider the role he plays in your life” – Anonymous

Anda mungkin keliru mengapa perasaan rimas itu datang. Mungkin dengan mengenalpasti tanda-tanda anda memiliki seorang kekasih yang mengongkong menjadi batu loncatan untuk anda bebas dari penjara ini.

10 Petanda Boyfriend Anda Mengongkong Diri Anda


#10 Sentiasa di sisi anda
Ayat ini mungkin kedengaran manis dan mengujakan. Tapi jika maksudnya di situ adalah sentiasa 24/7 di sisi anda, peluang untuk anda memiliki controlling boyfriend  sangat tinggi. Sekarang tiada lagi masa untuk rakan-rakan, tiada lagi girls’ night out melainkan dia ada bersama.

#9 Biadab
Kata-kata tidak lagi sopan dan seikhlas dulu. Tiada ucapan terima kasih dan senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Sedikit kelewatan atau kecuaian, anda pasti dimarahinya bagai anak kecil.

#8 Dipaksa melakukan apa yang disukainya
Dia tahu anda tidak sukakan tempat yang bising, tapi dibawa juga menonton gig di bandar. Sesak, berbau, lembab, tapi apakan daya dia boyfriend anda, terpaksa mengikut kehendaknya. Hinggakan tempat makan dan dating pun dia yang pilih, selera anda langsung tak diendahnya.

#7 Sering meyoal
Apa sahaja yang anda lakukan akan disoalnya. Seolah-olah dia seorang majistret. Hatta ayah anda tidak sekecoh si dia dalam mempersoalkan dengan siapa anda bergaul dan ke mana anda pergi.

#6 Dilarang ber-Facebook
Keaktifan anda bersosial di laman facebook seakan-akan disekat olehnya. Kata kunci akaun anda juga perlu diberi padanya dan si dia akan memantau setiap gerak di wall anda. Lebih teruk lagi jika si dia meminta untuk anda memadam terus akaun facebook.

#5 Cemburu buta

Ada saja yang tidak kena di matanya. Urusan sesama rakan atau atas dasar kerja pun diraguinya dek cemburu tidak bertempat. Kadangkala perbalahan ini tidak masuk akal dan anda mula penat melayan kerenahnya yang keanak-anakan.

#4 Melimpahkan wang kepada anda
Jangan mudah terpedaya dengan kesenangan material yang diberikan oleh kekasih anda. Adakalanya (bukan semua), hadiah atau wang yang diberi kepada anda ada tersirat sesuatu. Si dia cuba menjadi superior daripada anda, si dia akan berusaha untuk ‘menang’ dalam semua perkara agar anda mudah mengikut telunjuknya kemudian.

#3 Anda tidak berharga baginya
Benar, anda girlfriend-nya. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan masalah anda. Anda menghadapi situasi genting, gagal dalam ujian, atau tekanan dalam keluarga, tapi si dia hanya buat endah tak endah sahaja.

#2 Berlaku kasar
Jika si dia sudah berani menghamburkan kata-kata kesat di hadapan anda, apa lagi yang perlu diagung-agungkan dengan lelaki dayus sebegini? Apatah lagi jika si dia mula naik tangan…

#1 Anda tidak gembira bersamanya
Jelas sekali, semua perasaan datangnya daripada hati dan naluri kita. Jika anda sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anda rasa lebih tenang jika si dia tiada di sisi berbanding bersama, tiba masa anda perlu keluar dari kepompong ini. Ingat, kata hati tak pernah menipu!

 

*   *   *

Ramai yang menghadapi situasi seperti ini, tapi berapa ramai yang punya keberanian untuk bangkit. Walau seteruk mana pun layanan si lelaki itu, tidak mudah untuk si perempuan meninggalkannya dek kerana sayang. Tapi bukankah cinta itu untuk menyenangkan dan bukannya derita? Usia remaja seharusnya diterokai dan dinikmati, bergaul mesra bersama keluarga dan memupuk kenalan baru, bukan untuk disia-siakan dengan menjadi ‘hamba’ kepada kekasih yang pentingkan diri dan tidak menghargai anda sebagai seorang wanita 🙂

p/s: Kongsikan dengan kami pengalaman anda dibawah jika anda pernah mengalami situasi seperti dibincangkan di atas 🙂

Gambar: brains the headIrfaanPhotography,  hang_in_there

Google Eat this!

  • zoncinta com
  • mengongkong kekasih
  • lelaki pengongkong
  • kenapa lelaki suka mengongkong
  • bf mengongkong
  • https://zoncinta com/10-tanda-boyfriend-anda-pengongkong/

10 thoughts on “10 Tanda Boyfriend Anda Pengongkong”

  1. ada beberapa tnda yg sama tp sy x anggp sume tnda 2 sbg ngetif.. Sy anggp sume 2 positif.. Bg sy perbalahan yg kcil 2 harus dpt diselesaikn bkn dgn cra break up.. Tp dgn cra yg blh menyelamatkn hubungan seseorg.. Andai msih lg syg menyayangi

    Reply
  2. hahaha terbaca ni entri tringat ex bf… selalu kn kongkong.. hp pun dya yg pegang..fb dya yg kontrol..pi mana2 mesti ada dya..hahahah n the most ridicule thing is sya xble ada or rapat dgn lelaki..hahaha even dgn abg sndri.. kompom perang dunia ke33 tercetus… hahaha bla gado kompom tangan dya pndai nek.. n last bla da xtahan.. minta break up n kompom la tyme tu hbis kn blasah da.. takot smthing bad happen so sya pi wat repot kat balai.. n now im freely xda kna ganggu da ole dya walaupun after breakup tu mcm2 jgak la yg jadi..hahahaha.. tp ati kna kuat la… jangan kerna syg sanggup jd hamba..hihihi n now u know what.. dya kapel blik dgn ex gf dya yg dy bagi tinggal be4 kapel ngan sya..hahahah so funny rupanya dya jdkan sya nie sndaran dya jer…tmpt dya lepas gram coz clash dgn ex gf dya tu… hahaahaha

    Reply
  3. bf sye dlu mula2 bcinta ,dia kongkong sye,tpi dia tk la ksar sngt,sejak dia tk mengkongkong sye ni la dia semakin kasar,memaki,naik tangan,maklumla panas baran..tpi sye yakin dia takde yg lain,dia syg sye sngt.

    Reply
    • nurul senang ja mau hadap ni mula mula kau buat dia cemburu pakai cantik-cantik keluar jalan jalan lepas tu buat dia makin suka pada awak tak percaya cubalah……….:)

      Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee