{Pengakuan eksklusif seorang suami} Aku Menyesal Kahwin…!

Ini cerita aku. Aku baru sahaja berkahwin  dengan pilihan Mak aku. Aku memang tidak pernah kenal si dia. Tapi kerana Mak punya pasal kan, aku terpaksa follow sahajalah.

Arghh, menyesalnya aku kahwin..!!

Kalau dulu masa sebelum kahwin, ikut suka hati aku je nak tidur pukul berapa dan nak bangun pukul berapa pun. Sehinggakan kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah. Haha. Tiada orang marah langsung. Lecturer pun tak marah.

Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit je mesti ada orang sound.

“Jom la Abang tidur.…”.

Pastu kalau tidak bangun Subuh memang kena cubit peha aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa sebelum kahwin, ikut suka aku je nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan yang best-best sebab beli kat kedai kan..

Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!

Kadang-kadang dia masak masin la, pahit la, pedas la. Dan kadang-kadang dia bagi aku makan sayur je banyak-banyak. Tak makan nanti ada orang yang berkecil hati pula, then pergi update dekat status Facebook dia.

Arghh, menyesalnya aku kahwin..!!

Kalau dulu masa sebelum kahwin, ikut suka aku je nak shopping bila, kat mana  dan nak beli apa. Kiranya  berbelanja tanpa was-was la kan. Sebab itulah sekali shopping je, kejap je melayang 2-3 ratus dalam sekelip mata. Macam magik dah. Hohoho 😀

Tapi sekarang, nak pegi shopping jer, mesti dia dah siap-siap dengan list barang yang nak dibeli. Kalau tiada dalam list, langsung tak boleh ambil!! Dah la berjam-jam pusing bawak troli cari barang. Leceh betullah orang bernama perempuan ni kan.

Muka dia memang tidak perlu nak diceritakanlah,  memang ceria dan excited jer kalau masuk shopping mall ni. Aku ni sajalah yang muka tension macam muka memerang!

Arghh, menyesalnya aku kahwin..!!

Kalau dulu masa sebelum kahwin, rambut aku ni bermacam-macam fesyen terkini yang aku buat. Ala Korea la, ala Balotelli pun ada. Rileks jer.

Tapi sekarang, panjang sikit  jer mesti dah kena sound. Asal nampak serabut sikit jer, dah kene sound. Katanya tak hensemlah, tak kemaslah, tak macholah. Kalau tak nak potong rambut nanti dia tak nak ironkan baju untuk aku pula. Haisshh!!! Mengada betul!

Ade satu hari tu, masa sedang makan di JUSCO, ada seorang awek comel melintas di hadapan kitaorang. Aku pun terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?)

ADEH!! Terus peha aku kena cubit dari bawah meja. Cemburu buta pula bini aku (mentang-mentanglah aku ni hensem..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ. Mahunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitaorang, termasuklah awek tadi..

Arghhhh!!! First time rasa malu gila. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja tu. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu. Kesian dekat bakal anak-anak kitaorang nanti. Haha.

Tapi yang bestnya, sekarang aku dah tak perlu susah-susah basuh baju dan iron baju sendiri lagi. Semua dah ready-stock. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku agak kurang sikit. Kalau dulu masa sebelum kahwin, sekali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab malas nak iron lagi! (Oppss kantoi..).

Then baju-baju ‘bergelimpangan’ di atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas sebenarnya). Sekarang… Hehehe.

Yang lagi best, masa aku demam ke, kurang sihat ke, rasa macam diri ini dihargai jer. Yela, kiranya ada orang take care lah. Total Care!! Hehehe.

Kalau masa sebelum kawin dulu kena pandai-pandailah bawa diri kalau demam. Huhu, sadis kalau diingatkan kembali.

Sekarang ini kehidupan aku kira agak tersusunlah. Maklum la dah ade P.A. sendiri. Kalau nak dibandingkan  dengan dulu-dulu, memang agak kurang produktif sangatlah kehidupan aku ni.

Sekali-sekala dia kejutkan aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku nampak lama macam tidak baca Quran. Hmm sejuk hati aku. Maklumlah kita ni bukan malaikat, iman pun turun naikkan. Jadi kenalah ada orang yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah Abang dikala abang tidur lambat. Bolehlah Abang bangun awal-awal pagi. Then kita solat Subuh sama-sama.

Tapi kalau Abang tak bangun-bangun juga, Ayang cubit jer peha abang ni. Abang takkan murka. Lagi abang sayang ada lah.

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana menjaga makan minum Abang. Tengok sekarang Abang dah nak gemuk dah. Tak ada lah kurus jer macam mula-mula kahwin dulu kan.

Ke memang nak Abang jadi gemuk ni? Ayang takut orang lain berkenan kat Abang ek? Hihihi. Jangan bimbang atau ragu ye sayang. Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang. Wahh gitu~

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju untuk Abang. Abang memang ada allergic bab iron-iron baju ni. Hehe.

Sekarang Abang dah tak selekeh macam dulu lagi dah. Rambut dah kemas, baju pun dah kemas. Senyum jer memanjang. Hidup terurus, amal pun terjaga dan badan pun dah makin berisi juga.

Arghh, menyesalnya aku kahwin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anda yang sedang baca ni bila pula nak kahwin? Kahwin lambat-lambat kan nanti jadi menyesal macam aku kan. Kalaulah aku tahu, confirm aku dah suruh mak aku masuk meminang awal-awal lagi!

Gambar: freedigitalphotos

Artikel ini dikirimkan oleh seorang jejaka misteri di Facebook Zoncinta.

Google Eat this!

  • kisah
  • menyesal kahwin
  • aku nak kahwin
  • cinta romantik
  • Kisah sweet
  • cerita yang romantik
  • cerita kisah cinta romantik
  • cerpen cinta aku x sepadan dengan aku
  • menyesal kahwin lambat
  • koleksi cerita romantik

4 thoughts on “{Pengakuan eksklusif seorang suami} Aku Menyesal Kahwin…!”

Leave a Comment

yoeeeeeeee