Luahan Cinta: Tolong Aku Lupakan Kisah Cinta Lamaku!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam Misz Chinta,
Saya nak berkongsi satu masalah yg saya pendam selama ini..saya masih teringatkan akan si die yang hadir dalam hidup saya pada waktu dulu..walaupun hanya sekejap tapi banyak kenangan manis dan pahit antara kami berdua dan kini telah lebih 6 tahun si die meninggalkan saya, tetapi saya masih xdpt melupakannya..saya telah cuba mencari pengganti utk menggantikan die namun perasaan saya terhadap die masih kuat sehingga kadang2 saya selalu teringatkannya..saya rase macam saya nie terkena sihir die..kadang2 tu saya sering bermimpi akan si die..dalam sebulan mesti ade mimpi tu..bile saya tgk balik gmbar2, hadiah2 yg pernah die berikan dulu dan tgk fb die, saya menanges..saya terlalu rindukan dan cintakan die..namun saya juga ingin melupakan die..sbb dah tak ade jodoh antara saya dan die..saya tak nak ingat pape lagi tentang die..bagaimana saya nak lupakan si die? tolonglah saya misz chinta…saya amat-amat mengharapkan pertolongan dari misz chinta utk terus melupakan si die dan agar saya dpt mencari cinta baru..cinta yg sejati..
-jejaka terseksa

Wasalam Jejaka Terseksa,

Mula-mula sekali I rasa sangat-sangat terkejut kerana setahu I kebanyakan lelaki boleh lelaki boleh lupakan cinta dan kekasih lama mereka dalam masa yang singkat dan terus mencari cinta baru. Ini menunjukkan cinta adik terhadap bekas kekasih adik adalah amat ikhlas. Adik benar-benar sayang dan mencintai dia.

Ok, first sekali adik kena buang semua hadiah dan gambar pemberian si dia dulu. Selagi adik tidak mebuangnya selagi itulah adik tidak akan dapat melupakannya. Cadangan I adalah bakar sahaja semua pemberiannya itu. Untuk apa adik terus menyimpannya? Mungkin adik rasa itu begitu kejam tapi hakikatnya, adik yang menanggung kesengsaraan itu seorang diri. Cuba adik fikir balik adakah bekas kekasih adik itu masih ingatkan adik? Adakah di juga terseksa seperti adik? Mungkin sekarang dia sedang bahagia dengan kekasih barunya. Tapi adik? Terus terseksa dan merana keseorangan. Adik buang semua barang yang berkaitan dengannya dan delete dia dalam list friend facebook adik tu. Selagi adik tidak membuang semuanya, selagi itulah adik akan dihantui oleh dia.

Yang kedua, adik kena belajar terima hakikat yang bekas kekasih adik itu meninggalkan adik. Cuba ambil masa seketika muhasabah diri adik. Fikirkan benda positif. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Orang tua-tua pernah kata, jikalau kita terputus hubungan (kekasih), ini adalah kerana dia bukan terbaik untuk kita. Dan I percaya, ada lagi yang terbaik untuk diri adik yang sedang menunggu adik di luar sana. Bukakan pintu hati adik untuk menerima cinta baru. Lakarkan balik kisah cinta adik. Cuba berikan yang lebih terbaik kepada kekasih adik untuk kali ini. Insyallah lepas jumpa cinta baru, adik akan berjaya melupakan bekas kekasih adik ituselama-lamanya.

p/s: I berdoa agar adik dapat mencari cinta baru adik 🙂

Gambar: Danielle Page

Google Eat this!

  • kekasih lama
  • lupakan cinta
  • cerita cinta baru
  • kisah cinta aku
  • lupakan cinta lama
  • lupakan kenangan lama
  • cara melupakan kekasih lama
  • lupakan kekasih lama
  • lupakan kisah lalu
  • tolong lupakan saya

13 thoughts on “Luahan Cinta: Tolong Aku Lupakan Kisah Cinta Lamaku!”

  1. hai. saya pernah ada crush ngan sesorang tapi tak kesampaian. masalahnya saya masih berharap akan cintanya. saya cuba untuk melupakannya seperti misz chinta beritahu: bakar gmbar, buang barang, tapi still x berhasil. macammana ni? sy dah x boleh buka hati sy untuk wanita lain kerana sy dia masih mengahantui sy… :'(

    Reply
  2. assalamualaikum…
    skrg ni sy rasa sgt serba salah kerana sya mempunyai kekasih yg terlalu sygkn sy..kekasih sy ni ada kwn baik & kbetulan plak kwn baik dy 2 ialah bekas kwn rapat sy time kat sekolah rendah…sy xsangka yg kwn baik kekasih sy telah lama menaruh perasaan kat sy…perhubungan mereka menjadi renggang disebabkan oleh sy…slain 2,ada seseorang yg tiba2 luahkan perasaan dia kat sy & dy ckp yg dy akn trus mengharapkan cinta sy meskipun dy taw yg sy xkn pnah menjadi miliknya…ini membuatkn sy rasa diri sy ni tlah wat ramai lelaki kcewa…sy xnk lelaki mengharapkan cinta sy…sy buntu…bleh x awk bantu sy….?

    Reply
  3. Mengapa perlu melupakan cinta silam? Apa yang penting adalah kekuatan mentaliti seseorang itu untuk memulakan cinta yang baru berpandukan kegagalan cinta lama. Setiap kenangan silam itu adalah suratan yang berlaku secara kebetulan jadi kita perlu menghargainya; bukan melupakannya 🙂

    Reply
  4. @Naluri Ini;

    bagaimana pula jika cinta lama itu menghantui perhubungan kita yg baru? bukankah itu kecurangan kepada cinta kita sekarang?

    Reply
    • Maksud Naluri Ini adalah agar cinta lame itu kita jadikan kenangan. perbaiki kelemahan2 kita semasa dengan cinta dahulu agar kita dapat nikmati kebahagian dengan cinta kita sekarang. bukan bermakna kita perlu ingatkan balik cinta lama. tidak perlu untuk kita ingat kembali peristiwa pahit kita cuma untuk dijadikan teladan dan pengajaran agar kita tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kita semasa cinta dahulu 🙂

      Reply
  5. You all kena lupakan cinta lama you apabila mahu membina perhubungan yang baru dengan orang lain. Jika tidak, you dikira tidak telus dan jujur dalam perhubungan sekarang
    Pernah berlaku, si isteri bersungguh-sungguh mahu menamakan bayinya dengan nama Arman. Apabila si suami bertanya mengapa nama itu dipilih, si isteri hanya mengakui suka dan minat dengan nama itu saja.
    Hakikatnya, Arman adalah cinta pertamanya ketika remaja dulu yang masih dirindui walaupun sudah berumahtangga.

    Fikir-fikirkanlah. <3

    Reply
  6. sy pong mengalami macam nih.. 6taun yg lepas sy kenal dgn die.. mase tuh fom 5. kapel skejap. lepas tuh putus.. lepas tuh even sy da terima org lain.. n then putus.. smpai skrg sy masih teringatkan die.. n jujur sy masih mengharapkan dier.. kekadang smpai termimpi2. gambar2 ex yg lain sy buang.. tp gamba die. sy still simpan. kekadang sy rase sedih sndri. slalu stalk fbook die.. ntah la. myb kne tggu die kawen dulu agknye. baru prasaan cinta tuh boleh hilang..hee

    Reply
  7. yelakan…saye dulu mcm tu jugak..ms mule frust dulu,mmg payah nak lupakan…brg2 die pon masih simpan,but then slowly je remove brg2 yg die bagi tu…dlm hati hanya tuhan yg tahu Hancurnye hati ini..n now..dia dhpon bkawen..n we still bkawan..terima dia seperti mula2 kitorg bkawan dulu..cume bezenye,dunia kite msg2 dh berubah..hukhuk..tp takpe..redha dgn ketentuan Allah..da hikmah dsbalik kejadian..awk byk bersabar . 🙂

    Reply
  8. Salam. saya ingin bertanya. saya ada seorang calon isteri. wanita ini pernah punyai cinta pertama. sehingga skrg sudah hampir setengah tahun dia kecewa dgn cinta pertamanya itu. Dalam tempoh itu juga, dia menjalinkan hubungan dgn saya. Dia kata dia tak cintakan lelaki itu lg. Dia dh tak ingin bersama dgn lelaki itu lagi. Dia kata dia cuma ingin bersama dgn saya, dan tak mahukan org lain. tindakan2 dia sepanjang kami bersama buatkan saya percaya dia mencintai saya. Namun, sehngga skrg, dia katakan pada saya bahawa dia masih teringatkn lelaki cinta pertamanya dulu. bahkan setiap hari dia akn teringatkan lelaki itu. dan dia sedih setiap kali mengingatkan masa silamnya itu. bila saya tanyakan pd dia adakah dia masih cintakan lelaki itu, dia katakan tidak. bahkan dia akan marah kerana mengatakan saya meragui cintanya.
    jd, saya ingin bertanyakan pendapat, adakah benar bakal isteri saya ini kini dah tak cintakan lelaki lama itu lagi. dan apakah yg sebenarnya berlaku, mengapa kenangan cinta lamanya itu masih mengganggu hidupnya sedangkan dia sudah mencintai saya skrg ini.
    mohon pendapat semua ye. saya mohon sgt. 🙁

    Reply
  9. assalam,, bagai mne plak kalaw kite thu passward fb die?? se da cbe nk lupekan die,, tp bayang2 die sllu mnghantui sye,, alasan kmi putus die kate sbb sye xdga ckap die,,, aty skit, rse resh & gelisah,, sye da buang smue yg mngenai dri die,,, kerana sye twu passwrd fb die,, 2 yg sllu sye stalker die,, sye da suruh die tkar tp sampai skarg die xtukar.. & aty sye sllu nk bkak fb die,, mcm ne niy,, tlg sye,, sye nk lpekan die,, tp ssah,, disbb an twu passwrd fb die je.. smuey trgngu,, plez bntu sye

    Reply
  10. hmm..kalo sy bf sy yg mcm xbole lupakn ex dia..sy first time kapel ngn bf sy ni..dia btul2 seyes dgn sy..bf sy ckp dia bencikn pmpuan tu tp brg2 yg pmpuan tu pnh bg dia still simpan lg..ape makna tu?even kat fb lama dia pun still simpan lg gmbr2 yg ade kaitan dgn pmpn tu..itu ker dinamakn benci?smpaikn sy dpt tahu dr fb lama dia..klu lah sy xcbe korek rahsia dia.smpai ble2 pun sy xkn tahu..ble sy dah tao dn gado sbb tu..bru dia nak pdm..itu pn sye rse dia juz hide je..help me pliz how to make him totally forget about her 🙁 sy btul2 sygkn dia 🙁

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee