Aku Juga Ingin Merasa Bagaimana Rasanya Jatuh Cinta.

[notification type=”standard”] Artikel ini ditulis oleh D’Gadis Kaca Mata. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]
Aku selalu merasakan perjalanan hidupku tidak seindah orang lain kerana mereka mempunyai insan tersayang yang sentiasa berada disisi, mempunyai teman untuk berkongsi segala suka dan duka, mempunyai bahu untuk disandarkan segala kedukaan dan insan itulah yang dipanggil kekasih hati. Tapi selama dua puluh tahun aku hidup, belum pernah sekali aku merasa bagaimana rasanya jatuh cinta.

Aku ingin sekali merasakan nikmatnya berada didalam hangatnya alam percintaan dan mungkin aku akan dikatakan gila kerana aku juga ingin merasakan betapa sakitnya bila dilukai atau dikecewakan. Aku ingin merasakan semua itu dan pada rakan–rakankulah aku meluahkan semua itu dan mereka berharap suatu hari nanti aku akan merasakan sakitnya bila dilukai itu sehingga aku tak mampu bukakan hati ku buat insan lain tetapi aku tahu mereka hanya bergurau. Mana mungkin mereka mendoakan ketidakbahagiaan buatku. Bagaimanapun, masih terselit perasaan ingin dilukai itu walaupun sedikit. It’s sound crazy,right? 

4 tahun dulu . . .
Aku pernah menerima proposal dari kawan baik lelaki aku, Firdaus(bukan nama sebenar) masa di alam persekolahan lagi untuk dijadikan girlfriend dia. Aku masih ingat lagi, masa itu kami sibuk dengan peperiksaan SPM dan aku tanpa berfikir panjang terus menerima Firdaus sebagai boyfriend walaupun tanpa sekelumit perasaan sayang atau cinta padanya. Iyelah,nama pun pelajar sekolah lagi, apalah yang aku tahu sangat pasal cinta ini. Yang aku tahu tak ade boyfriend nanti dianggap tidak laku dan mungkin itu lah sebabnya aku terima lelaki tersebut.

Aku tahu Firdaus amat sayangkan aku dan rakan–rakan aku juga nampak betapa dalamnya sayangnya padaku. Tapi sayang, aku tak hargai semua itu. Aku dah cuba untuk pupuk perasaan sayang itu tapi tidak boleh. Sebabnya hanya satu he is my bestfriend. Perasaan itu tak boleh berubah dari kawan baik kepada kekasih hati. Disebabkan itu, aku abaikan semua mesej yang dia hantar. Malah aku tak pick up pun call dari dia. Dia pernah tanya sama ada aku ni sayangkan dia atau tak. Hanya satu je jawapan aku,”Of course lah aku sayang,  kau kan kawan aku.” Disebabkan dia terasa dengan layanan aku yang dingin yang seolah–olah hanya nak mempermainkan dia, dia mula hilang fokus terhadap SPM dan hasilnya dia mendapat keputusan yang teruk didalam SPM sedangkan aku mendapat keputusan yang cemerlang dan langsung tidak berpaling padanya semasa mengambil result SPM seolah–olah dia tak pernah wujud. Kejamkan aku ni!

Setahun kemudian . . .
Akhirnya,aku mendapat tawaran kemasukan ke salah satu universiti yang terkemuka sedangkan dia dikhabarkan tidak mendapat sebarang tawaran. Sepanjang aku berada di U, aku tak pernah berhubung dengannya melainkan hanya bila aku bosan. Aku tahu dia terluka dengan perangai aku yang hanya mencarinya bila aku berada didalam kebosanan dan akhirnya aku kenalkan dia dengan salah seorang rakan ku yang sama–sama belajar, Fauziah (bukan nama sebenar). Fauziah merupakan kawan aku yang paling friendly tak kira lah dia berada dimana sekalipun, Dengan mudahnya dia berkenalan dengan semua orang. Sikapnya itu jauh berbeza dengan sikapku yang dicop sebagai seorang yang sombong. Hakikatnya yang sebenar aku adalah seorang yang pemalu dan pendiam jadi aku tidak berapa pandai nak bergaul dengan orang lain. Tapi sikapku berbeza bila aku bersama dengan mereka yang rapat denganku.

Okay back to story of Firdaus dan Fauziah. Pada mulanya aku ingatkan perkenalan mereka biasa–biasa sahaja tetapi sehingga sekarang mereka masih berhubung lagi dan Fauziah langsung tak bercerita satu apa pun mengenai sejauh mana hubungannya dengan Firdaus sehinggalah hari tu, Firdaus call aku ditengah–tengah pagi dalam pukul satu semata–mata nak tanya pasal Fauziah; sama ada budak itu okay atau tidak untuk dijadikan suri hatinya atau dengan lebih mudah dia ingin serius dalam hubungannya dengan Fauziah. Dia bertanya pada ada aku adakah aku jealous atau tak. Oh pleassssee, tak kuasa mak, nyah oi. Fauziah pula baru nak buka cerita pasal hubungan dia dengan Firdaus dan menerangkan pada aku sebab sebenar dia tak buka cerita selama ni. Selama ni dia beranggapan yang aku masih sukakan Firdaus dan sebab tu lah dia tak nak aku jealous jadi dirahsiakan semuanya dari pengetahuan aku sedangkan aku tidak mempunyai sebarang perasaan pun dekat mamat tu. Sekarang ni Fauziah berani cerita semua kat aku sebab dia tahu yang aku crush kat orang lain, Amir yang lebih mempunyai ciri–ciri lelaki idaman aku.

Aku tak kisah sebenarnya kalau diorang nak couple pun tetapi aku kenal Fauziah tu. Baik buruk dia semua aku tahu. Bukanlah aku nak kutuk kawan aku sendiri tetapi aku tak rasa perasaan Fauziah terhadap Firdaus sama seperti apa yang Firdaus rasakan sebab Fauziah ni hatinya cuma untuk seseorang yang dah lama tinggalkan dia. Dia masih lagi terkenangkan orang tu dan kalau boleh aku tak nak apa yang aku buat kat Firdaus tu berulang lagi. Rasanya dah cukup Firadaus makan hati dengan sikapku dulu dan aku tak nak tambah lagi kelukaan tersebut dengan sikap kawan aku pula. Kekadang aku terfikir kenapa aku perlu risaukan hubungan diorang sedangkan aku berani jamin aku tak de langsung perasaan cemburu tu. Mmungkin sebab aku nak tebus perasaan bersalah aku kepada Firdaus dan dia deserve someone yang lagi better daripada aku dan Fauziah.Walau apapun,aku tetap mendoakan yang terbaik buat keduanya.

Untuk diriku pula,mungkin ada hikmah kenapa aku masih single sehingga sekarang dan kenapa pintu hatiku tidak pernah terbuka untuk sesiapa. Aku jadikan puisi dibawah ini (from iluvislam) sebagai perangsang untuk diri aku yang masih solo ini :

Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, 
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, 
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri. 

Ya Allah, 
Jika aku jatuh cinta, 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, 
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 

Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku, 
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, 
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, 
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 

Ya Allah, 
Jika ini bukan masanya, 
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami, 
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami, 
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 

Ya Allah, 
Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku, 
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, 
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, 
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, 
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 

Amiin.. 

*Untuk para wanita yang masih single diluar sana ,tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki kerana Dia tak nak kita ternoda jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya. In Sha Allah, ada kebahagiaan buat kita 🙂

Gambar: salmawatts

[notification type=”standard”] Artikel ini ditulis oleh D’Gadis Kaca Mata. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]

Google Eat this!

  • kisah tentang cinta
  • aku ingin merasakan cinta
  • bagaimana rasa jatuh cinta
  • bagaimana rasanya jatuh cinta
  • bagaimana kami jatuh cinta
  • belum pernah merasakan cinta
  • ingin merasakan cinta
  • kenapa aku tidak pernah merasakan cinta

Leave a Comment

yoeeeeeeee