Cerpen: Bahagia (Bahagian 1)

Sofea sedang melipat kain sambil menonton drama kegemaranya. Hati yang sedang sakit kerana suaminya Hilmi masih tidak pulang selama 3 hari. Minda yang asyik berfikir yang bukan-bukan.

“Apa yang telah terjadi pada suami aku” bisik hati Sofea.

Wajahnya yang selalu berseri kini kian pudar. Sering menangis dari bersenyum. Sering senyap dari banyak bercakap. Sofea hanya ditemani anak Haziq. Berusia lima tahun sahaja. Kadang-kala hatinya kembali berseri apabila melihat telatah Haziq. Budak ini sering banyak bercakap dari ibunya. Mereka berdua selalu berbual.

“Ummi, mana ayah Haziq rindu pada ayah” soal Haziq dengan penuh rindu.

“Ayah nanti balik Haziq, dia ada kerja kat luar. Ayah kerja untuk besarkan Haziq juga.” kata Sofea unutk menyenang hati Haziq.

“Tapi kenapa ayah tak nak bermain dengan Haziq lagi?”

“Betul ke? Bukan hari itu ayah pernah main dengan Haziq. Main pistol air hari itu?” kata Sofea yang bersungguh-sungguh.

Haziq hanya memandang sahaja wajah ibu yang manis itu. Ia tidak berkata-kata apa-apa. Tiba-tiba Haziq memeluk ummi.

“Ummi, Haziq rasa sedih dah lama ayah tak balik. Ayah tak nak balik main dengan Haziq ke?” kata Haziq yang sedang menangis.

Sofea tidak mampu menahan air mata. Air mata yang sering kali gugur apabila suami sering kali tidak bersama mereka berdua.

“Tidak Haziq ayah akan main dengan Haziq. Ayah sayangkan Haziq.” kata Sofea.

“Ibu sayang Ayah?”

“Kenapa Haziq cakap macam itu? Sudah tentulah sayang, Haziq.” kata Sofea sambil memeluk erat anak pada tubuhnya.

******************************

“Hilmi lama kau tak balik..kau tak risau ke keadaan keluarga kau?” kata Ibrahim

“Lepak dulu. Masih awal lagi. Benda kita boleh settle.” kata Hilmi bersahaja.

“Balik lah bro, kesian bini kau tu. Jaga dia elok-elok. Daripada kau buang masa kat sini baik kau tengok anak bini kat rumah tu lagi berfaedah bro. Dalam kasi puas bro.”ucap Ibrahim..

“Kau fikir puas je kan. Ini soal hati lah, mana boleh main-main. Ini soal perasaan bro.” kata Hilmi.

“Kenapa kau gaduh dengan bini kau ke?” kata Ibrahim.

“Tak ar, cuma aku tengok bini aku ini lain macam lah bro. Tak selesa aku dengan dia.” kata Hilmi.

“Apa yang tak selesanya? Ok jer aku tengok bini kau tu, pakai tudung labuh, siap pakai purdah lagi, wajah pun aku tak tahu kau saja yang tahu bro.” ucap Ibrahim.

“Tu lah. Tu lah aku maksudkan.” kata Hilmi.

“Asal bro wajah macam Predator ke bro!?” kata Ibrahim sambil ketawa terbahak-bahak.

“Sial perangai kau. Mana ada. Dia itu Islamik bro. Susah dengan dia.” kata Hilmi.

“Alaaaaa..aku faham kau bukannya latar belakang dari keluarga yang keagamaan. Tapi ini satu bonus bro!” ujar Ibrahim.

“Apa yang bonus bro?” kata Hilmi.

“Bonus lah bro. Wanita yang solehah lebih baik dari bidadari dari syurga bro..!!” kata Ibrahim bersungguh-sungguh.

Hilmi diam seketika. Hilmi hanya mengulang perkataan kawan karib dia itu..

“Wanita yang solehah lebih baik dari bidadari dari syurga bro…..”

Bersambung…..

[Update] Jom baca sambungan Bahagia Bahagian 2 disini

Gambar: r3novatio

[notification type=”standard”] Karya cerpen ini ditulis oleh K.A.A. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]

Google Eat this!

  • cerpen bahagia
  • cerpen tudung labuh

1 thought on “Cerpen: Bahagia (Bahagian 1)”

Leave a Comment

yoeeeeeeee