10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Kahwin muda‘, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

#1 Tuntutan agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

 

#2 Mengelak daripada zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

 

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

 

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa

Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina 🙂

 

#5 Fikiran menjadi lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

 

#6 Dapat Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

 

#7 Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan 😛

Baca juga 8 Tips Untuk Menyakinkan Keluarga Anda dan Si Dia Untuk Berkahwin Muda

 

#8 Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

 

#9 Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

 

#10 Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

*  *  *

Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??

Hantarkan rombongan meminang! Besok juga!

Gambar: kyreoo

Google Eat this!

  • kahwin muda
  • kawin muda
  • nikah muda
  • kahwin awal
  • kebaikan kahwin muda
  • kelebihan kahwin muda
  • manfaat nikah muda
  • kahwin usia muda
  • kawen muda
  • kelebihan berkahwin

59 thoughts on “10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!”

  1. assalamualaikum..saya baru berumur 18..and ade buah hati..kami berkawan memang dah lame..dlm 2 tahun..lama-kelamaan makin syg kt dye..dlm tahun 2012 ni lah baru lah blh keluar dating dgn dye..lps tu dye bercadang kat saya nak kahwin..tapi saya cakap kat dye..saya x ready lagi.lagipun kami mude lagi nk mendirikan rumah tangga.and dye cakap parent dye nak jumpe saya kat rumah dye.saya takut nak bagitaw kat mak nak pergi jumpe parent dye..saya ni memang takut kat mak and family sebab mereka memang mengongkong saya kat rumah..saya jarang sangat nak keluar dengan kawan2..dengan si dia pun jarang keluar..tapi saya cadang kt dye insyallah umo 20 nak kahwin..tapi sebelum tu kami harus sambung belajar untuk mencapai cita2..

    Reply
    • kalo die betul2 gentlemen, die yg patut memulakan langkah dgn berkunjung ke rumah u dan berjumpa dgn parents serta ahli keluarga u yg laen..kenalkan die dulu..suruh die bagitau niat murni si die itu..lepas dah dpt kepercayaan, insyallah, parents u akan benarkan u berjumpa dgn keluarga si dia. 🙂

      Reply
      • nk tnye pendapat,saya brumur 20tahun n dah 4 tahun couple senyap2 tanpa pengetahuan family saya tp sudah dipersetujui hbungan kami ini dari keluarga si lelaki.baru2 nie die mrncg agar kami bertunang.saya memang stju tp trdpt bbrpa mslh yang sya hdpi..
        1.saya masih muda dan msh mnuntut dip di uitm
        2.family xpernah tahu tentang hbungan kami ni
        3.si dia hanya bekerja biasa sje
        4.saya masih mmpunyai kakak yang belum kahwin..
        50takut untuk berterus terang kpda fmly saya krna mereka garang n xsporting..
        sape2 ada pendpt x?saya sgt2 buntu.sidia memng mengharapkan kami kahwin awl sebab xnak kami terpisah jauh..kwn2 tlong bg pendpt pliz…

        Reply
        • first sekali, si dia yg patut memulakan langkah..si dia ptut dtg berjumpa dgn kedua ibu bapa u terlebih dahulu..mulakan langkah secara 1 per 1.. umur muda tidak menjadi penghalang utk berkahwin sekiranya anda sendiri sudah bersedia memikul tanggungjawab yg lebih besar 🙂

          jika si dia betul2 ikhlas, suruhla si dia berjumpa secara berani dan gentleman dgn keluarga anda. katakan niat murni suci anda berdua utk membina masjid bersama.. 🙂

          i wish u gud lak 🙂

          Reply
  2. Cam mane kalau kite suka pada org yg dh berkahwin? Dua2 suka sama suka. Si die pernah ajak berkahwin tetapi die ada isteri lagi. Skrg ni, dh x boleh nk elak dari die lagi. Setiap kali die ngn bini die, sy rase cemburu. Cam mane sy nk elakkan?

    Reply
    • suka tidak bermakna cinta kan?

      sy pun pernah menyukai ramai org..apa yg saya buat, juz lupakan si dia…dan dlm situasi u nie, si dia sudahpun berkahwin..tidak baek jika kita merosakkan rumahtangga org laen..tp andai kata itu jodoh kita, kita kena terima seadanya.

      cekalkan hati..buang perasaan itu jauh2..anggaplah die itu biase2 sahaja..dan selalaulah berdoa agar tuhan mempertunjukkan jika si dia mmg jodoh anda 🙂

      Reply
    • puasa lebih baik, untuk mengelakkan nafsu terus membara.

      kalau blh, putus la hubungan..kita kan blh fikir…die dh ada isteri,anak2…so buat apa ganggu rumah tangga org…dosa…memang la lelaki blh kawin 4,jika ade persetujui oleh si isteri..kan ramai lg lelaki lain,mgkin lebih baik drpd yg anda mahu selama ini…TQ

      Reply
      • sama lah dgn sy.. dan kami pernah ringan2.. tipu lah kalau saya tak rasa serba slh. berdosa pd Allah, mak ayh sy dan isteri dia. tapi sy betul2 sygkan dia. cuba untuk lupakan dia, tapi tak boleh. nasihat tlong

        Reply
  3. saya berumur 25 tahun..br menamatkan pengajian..mslh sy dh 4 tahun bercinta dgn bf..bf bekerja kerajaan dan telah mempunyai kewangan yg kukuh.umur bf sy 30 tahun..sy bercadang untuk nikah dlm bln 8 sekali bertunang.sy ingin berkawin segera memandangkan telah berkenalan terlalu lama dan ingin mengelakkan perkara tidak diingini dan ingin menjaga kehormatan diri. ayh saya tiada masalh tetapi kakak sy tidak bersetuju dengan alasan bertunang terlebih dahulu. memandangkan sy anak bongsu kakak2 saya mahu mengadakan perkahwinan saya yg terlalu sempurna..sedangkan sy mahu bernikah terus spy mempunyai hbgn yg halal memandangkan jrk perkenalan yang terlalu lama.apa perlu sy buat?? sy rasa sedih dengan perkara ini:(

    Reply
  4. kalau nak kawin…teruskanlah…janji mak bapak setuju…
    xpyh nk kawin lari,akhirnya duduk ngn mak bapak jugak..

    bab kawin ada 4 hukum:-
    1)wajib=kalau nafsu dh xleh tahan dah.
    2)harus=jika dh cukup duit,pendapatan
    3)sunat=orang yang kuat agama,takut la iman dia turun..hehhe
    4)makruh=org yg xdok duit/pndapatan dan takut apabila kawin akan mendatangkan bala kepada keluarga.

    Reply
  5. my bf umur 28 n i 18 n still beljr lagi..dy ajak i kawin.. tapi i takot family i tak setuju untuk kawin awal2 nie.. i anak bungsu kan , , tapi i rasa kawin muda rue elok … i tak kesah if i nak kawin usia muda asal family i setuju jek , ,macamane nak baut family i setuju ?

    Reply
  6. Salam. Hye saye umo 22 and sudah ade kekasih berumo 27 tahun. saya bekerja dan masih belajar baru nak masuk sem 2. kluarga sy jenis yang mengongkong lg pon sy anak sulong. da berkenalan selama hampir tiga tahun. tanpa pengetahuan parents sy dah pon berjumpa dengan kluarga kekasih dn mereka sgt merestui. yang sy takut sekarang ni, mcm mane sy nak bawak kekasih berjump dgn parents sy sdg kan sy masih fobia sebb dulu pernah perkenalkan kekasih lame pd parent tapi mereka mnghalang(berusia 18 tahun mase tu, perkenalan selama 2 tahun). tujuannyer skrg kami nak langsungkn (kalau boleh) pekahwinan dlm tahun depan. ada taktik x mcm mne nak pikat hati parents sy y susah nak terima anak die nih dah besar dan nak berkahwin dalam usia masih muda.tq

    Reply
  7. nikah adalah sunah bagi umat Muhammad,,tapi klo nikah dibawah umur 17 tahun berpotensi me nimbulkan permasalahan terhadap kesehatan, kecerdasan, dan masa depan dunia akherat….

    Reply
  8. nk kwin muda tp ada mslah sbb skrg nie msh bljar..si dia dh byk kli ajk kwin tp fmily x bg lg sbb risiko kwin mse blja, tkt pregnant..so, tgh tggu msa yg sesuai la nie untk kwin..kalau la bleh kwin muda..sronok kn 🙂

    Reply
  9. salam..sy 19,dan teringin khwn awl dgn psgn..n psgn pom ada hajat yg same.tp dia takut na kasitahu dgn perants dia.hari mkn hari sy seperti melukut ditepi gantang aje.sy terlalu beria ia na khwn tp dia mcm xpom..kdg sy menyerah kalah dan ingin melupakan dia.tp cinta kami amt kuat.sy ingin nikah awl sbb sy nak pelihara maruah dan nak halalkan perasaan syg n rindu..kami xpernh date berdua2 n berpggan tgn.kami cume sms n dia selalu dtg ke rumh tok berjmpe.parents kami tahu hbgan kami.and izinkan kami nikah,tp mgkn bukan pd usia yg muda.apa nasihat / pandangan korang?

    Reply
    • si dia perlu jadi ‘jantan’ dan datang berjumpa dengan keluarga u..berbincang dan luahkan niat suci masing2..insyallah jika niat itu ikhlas, segalanya akan dipermudahkan 🙂

      Reply
  10. assalam. bagus entry ni..pasal kawen muda..sy tahun ni akan berumur 25tahun..klu ikutkan hati, sy mmg nak kawen muda/awal..tp, sy tak punye calon..mgkn ALLAH pelihara sy dari org2 yg nk pmainkan hati sy.. sy skrg smbung blaja..llaki ny sume dah kawen..mula2 slalu jugak pikir, mana nak jumpa calon ni.. lama2, malas nk pikir..baek sy dapatkan cinta yang pasti, iaitu CINTA ALLAH..

    Reply
    • wslm..yes dear..setiap org telah ditentukan jodohnye cuma lambat @ cpt sahaja..semoga anda terus berusaha berdoa kpdnya agar dipertemukan dengan si dia yang beriman dan blh mbimbing anda 🙂

      Reply
  11. salam,sye memg klu leh nk khwin muda tp sye keliru ade 2 jejaka yg sye syg,,2 2 obses nk khwin gan sye..

    Jejaka A : bekerja,carring,bertanggugjawb,setia,ade rupa,umur 25,
    perasaan sye pde die: syg sb dia sekepala gan sye,,dan pdai bergurau..kmi dh 7 bln bercinta

    Jejaka B : tgh mncri kje,pnyayang,bertanggujawb,setia,jujur,bekas banduan,x de rupa,dan memahami,
    perasaan sye : syg tp die sering kua msuk pjra atas kslhn yg bkn di buat, dia x berkerja dan susah nk mdpt kje sb x d SPM,,umur dh 29, sye mgenali dia dh 8 thun..syg kat die x pnh ilang wlupun die slalu dlm kesushan..family sye smua x suka pdanye..

    Reply
    • sangat rumit masalah u nie.

      for me, u kena bertanya kepada pada diri u sendiri dan berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan yg melibatkan perjalanan hidup u.

      i xboleh nak suruh u pilih jejaka A ataupun B sebab kebahagian itu terletak di tangan u. 2-2 ade kelebihan dan kekurangan masing-masing. dan i tahu u mesti nak seseorang yang terbaik dan boleh memberikan u kebahagian nanti kan.

      banyak2 kan solat hajat dan istikharah memohon petunjuk drpd-Nya sayang 🙂

      Reply
  12. Point #3 dan #4 tu betul-betul bermakna. Pengalaman mengurus rumah tangga sangat membantu kita mengendalikan kerja dengan lebih baik. We know how to be a better leader.

    Reply
  13. urmm . . saya mmg ok jak klau kawin muda ne , tpi masalah keluarga plak yg x puas hati . . . dorank kata klau kawin muda , x bagu ssss . . nanti dorank duk gosip kita ne pragnant plak , 2 la sbb kawin awal tu . . . . . lagi pon , mesti dorank ckp kite ni gatal . . . susah jugak nak kasi pham kat dorank , sbb kita ne mesti paham kat dorank . .

    Reply
  14. sebenarnya, semalam si dia telah explain dekat sy yg dye akan kahwin dgn sy secepat mungkin. tapi, secepat mungkin? sy rasa nnt sy kahwin lagi awal dari kakak sy. sbb, kakak sy tak kahwin lagi. family sy tahu tentang hubungan kami. tapi, tidak terlalu medalam. mcm mana lah cara untuk menyakinkan lagi ibubapa supaya niat dye ingin tahu latar belakang si dia. family sy agak susah sikit. terlalu mementingkan kerjaya untuk masa depan. Klau lah sy kahwin awal anggapan orang ramai terlalu negatif dekat sy. macam mana lah nak hapus benda2 negatif tuu dari kelapa sume orang. hmm.

    Reply
  15. salam semua…akhirnya banyak jugak orang yang nak kawin muda ni kan..ingatkan zaman moden camni..topik kawin muda ni xkan hangat..
    sebenarnya ceq pelik nape ada mak bapak yang x bagi anak2 nak kawin muda dengan alasan nak tgk anak berjaya di menara gading dulu,bekerjaya..at least ada asset dlu walaupun motor ja..
    ceq rasa kesian dengan pemikiran yang camni sedangkan arwah tok nek kita dlu dalam serba kkurangan berjaya membina family bahagia hingga akhir hayat walaupun dalam serba kekurangan..
    ok ..ceq xnk la sama kn waktu dulu dengan waktu sekarang tp mak ayah oi..para muslimin muslimat yang so called modern ..yang kita takut dengan ya RABB..kita takot DOSA…apa nak cakap waktu di masyar nanti kalo waktu muda kita dok penuh dengan dosa..yang kita nak elak DOSA..atleast xda la dosa besar sangat yang kita wat pada usia muda kita sebab da selamat dengan pernikahan
    satu hal lagi..rezeki ni kalo kita renung balik..yang bagi semua kat kita adalah dari Allah..dahtu jangan dok kalut takut makan pasiq pas kawen sedangkan hewan seperti anjing jalanan pun Allah yang bagi rezeki..hangpa jangan doq kolot sangat gelabah tak tau nak makan pa pas kawin sok..islam x kan menganjurkan kawin muda kalo xda manfaat dia..kalian renung kaat2 aku ni
    doq panjang lebaq aku meraban kat sini..aku doakan all the best utuk semua masalah hangpa lagipun aku da nak kawin tggu buah ati ceq turun dari kapal bln 9 ni..btw..ceq orang muda gak baru 20 thn..xnak gentaq dengan apa pn cakap n pemikiran orang kerna ceq kenal diri ceq sapa..ceq tahu tujuan ceq nak kawen napa..n the core is ..i have a big faith in ALLAH..He know the best for us..ok..salam semua!:)

    Reply
  16. salam….sy lelaki…umo 21thn…mmg nk kwen awal…tp fmly xbg…sbb ngah blja….6thn dah couple….xsanggup dah kumpul dosa…cmner ek…

    Reply
  17. assalamualaikom,,,apa pndapat kalian sekiranya kahwin di usia 20an,,n suami umur 26,sudah bekerja,bakal istrinya brlatang pndidikan agama,manakala bkl suami pula brlatang blkng biasa2 saja sj,dr segi pndangan saya mereka tdaklah sefikrah(sehaluan),mksudnya mcm ltr pndidikan mreka brbza,bkl isteri ni bkl ustazah,n memakai purdah,,agak2 bila dah masuk alam rumahtangga boleh sehaluan x??

    Reply
    • waalaikumussalam,

      persefahaman boleh diwujudkan sekiranya masing-masing berusaha dear 🙂
      kenali dulu hati budi dan saling bertolak ansur adalah antara langkah untuk mencari persefehaman 🙂

      Reply
  18. asalamualaikum …., umur saya baru 16 tahun dan kekasih saya umur 21 … dia sudah mengenali keluarga saya dah lama..dan saya mula mengenali keluarga dia … kami saling mengenali masa umur 13 dan dia 17 … dan akhirnya lama lama tersangkuk pula menjadi pasangan kekasih … dia menracang apabila umur saya 18 dan dia 23 dia ingin membawa robongan meminang … tapi saya masih berfikir mcm trlalu awal untuk bernikah tapi mengikut agama islam ia tidak menjadi masalah … saya takut kalau ada yang buat buat cerita mengenai kami nikah awal …. apa pandangan anda ???

    Reply
    • Waalaikumussalam Aliaa 🙂

      Misz Chinta menyokong usaha dan niat murni U untuk berkahwin di usia muda. Tapi U kena ingat, perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang main-main. Banyak tanggungjawab dan komitmen perlu dibuat. Terutama U yang masih muda.

      Adakah U rasa dah bersedia dari segi fizikal dan mental? Sudahkah U bersedia untuk menjadi isteri dan ibu yang penyayang? U tentukan apa yang terbaik dalam hidup u. Berbincanglah dengan keluarga anda untuk mencapai kata sepakat 🙂

      Insyallah Misz Chinta doakan yang terbaek untuk u 😀

      Reply
  19. salam sy umo 18. dh ad bf. kitwg bru je kapel. tp da lama kenal. dia laki brtggungjwb. dia bljar n at the sam time die keje. dia ajak sy kawen.sungguh2 nak kawen dlm masa trdkat. tp sy xtawu cara nk ckp kt fmly. hope ad y bantu. sy xnak kcwakan bf n fmly sy.

    Reply
  20. Assalamualaikum. Saya baru je umur 16 dan buah hati saya berumur 18 tahun. Saya dah kenal dengan si dia sejak bangku sekolah, pada masa tu saya darjah 5 dan dia form 1 dan kami bercinta dari saya darjah 6 dan dia form 2 sampai sekarang dia dah 18 tahun… Dia banyak kali bagitahu saya niat untuk menjadikan saya isterinya dengan masa terdekat .. Dia ada bawak saya jumpa keluarga nya, so far family dia okay.. dan family saya pun okayy, ibu restu hubungan kami.. Ibu juga laa yg bagi cadangan pada si dia untuk ikat saya biar saya tidak jadi milik orang lain. Ibu pun suka dan berkenan dengan si dia. Saya tahu si dia juga memang ikhlas dengan saya.. Dia setuju dgn apa yang ibu kata, tapi masalah utamanya cuma ayah saya. Ayah saya tak izinkan saya berkahwin awal. Katanya belajar sampai menara gading semua.. Hm macam mana ya? cuma tunggu green light ayah je. Sebab ibu kata , kalau dah betul suka sama suka, sayang antara satu sama lain, ibu tak da masalah kalau nak ikatkan kami. Boleh tk sape2 bagi cadangan/tips utk tambat hati ayah? dan jugak tambat hati bakal mak mertua? ecwah :p

    Reply
  21. hi, saya berusia 22 tahun, saya ade kekasih yang sebaya dengan saya. hubungan kami sudah 2 tahun. kami merancang untuk berkahwin tapi ibu teman lelaki saya tidak bersetuju. kewangan bukan la penghalang. saya pernah membawa teman lelaki saya berjumpa ibu bapa saya tetapi tanpe pengetahuan ibu nya. kerana ibu tidak benarkan dia buat demikian. Ibu nya tahu mengenai kami . malah ibu nya tidak mahu dia bawa saya berjumpuapakah yang harus saya lakukan.

    Reply
    • hai dear.

      Pernah tak si dia bertanya kepada ibunya kenapa ibunya tidak bersetuju utk anda berdua berkahwin dan mengapa ibunya tidak mahu berjumpa dengan anda? Mungkin ada sesuatu seperti perkara yg ibunya tidak sukakan pada diri u. Cuba selidik dahulu.

      Mengambil tindakan untuk berjumpa ibunya secara berdepan dimana ibunya tidak mahu berjumpa mungkin boleh menyebabkan berlakunya masalah lain kemudian. Seperti yg Misz cakap tadi, better u berdua selidik dahulu sebab kenapa dear 🙂

      Reply
  22. saya berkawan dengan seseorang yang umur dia dalam 30 tahun keatas…. saya takut family saya tak terima je… sebab saya masih belajar.. si dia nak kami bertunang dulu hujung tahun nie… tapi saya tak tahu nak cakap ape kat family saya…. lagipun kami baru je kenal… tapi saya dah mula sayang kat dia

    Reply
  23. saya berkawan dengan seseorang yang umur dia dalam 30 tahun keatas…. saya takut family saya tak terima je… sebab saya masih belajar.. si dia nak kami bertunang dulu hujung tahun nie… tapi saya tak tahu nak cakap ape kat family saya…. lagipun kami baru je kenal… tapi saya dah mula sayang kat dia… boleh bagi pendapat tak ?

    Reply
  24. Durability and performance make these great for battling big ones.
    People again turned to astrology during the late 19th h and 20th
    centuries when spiritualism made a comeback. Located in a much quieter area than the
    other dive shops, at the far end of the beach, the hotel
    is more upmarket than most on the island although the ‘free’ rooms are still basic.

    Reply
  25. Saya ada masalah yg ibu tidak restu hbungan dgn alasan psangan lbih muda dan tidak matang. Psangan 21 dan saya 22 tidak pekerja tetap dan psangan ada pendapatan tetap yg agak lumayan.saya buntu bgaimana caranya untuk pastikan yg psagan saya matang untuk menguruskan rumahtangga.

    Reply
  26. Assalammu’alaikum
    Saya pun terfikir juga ingin kahwin di usia yang muda,saya sudah ada seorang yang istimewa,yang bakal menjadi isteri saya,keluarga sebelahnya bersetuju dengan hubungan kami.Umur kami baru 15.Tapi saya merancang supaya berkahwin apabila habis tingkatan 5,sementara itu saya akan cari kerja sambilan untuk menampung keperluan kami.In shaa Allah.
    Apa pendapat kamu?

    Reply
  27. Salam,sya da brcinta gn dy hmpir 8taun,parents sya sruh dy msuk mnang sya..mslh ny dy xbrkerja,kwngn pn xde,.parent dy xbg lg sbb dy xmmpu nk tngung sya..tp parent sya mndesak dy ats sbb kami da kwn lme and nk ttup mlot2 puaka..and pnh parent nk jodoh kn sya dgn org kaya,tp sya xnk sbab syg akn dy..ble sya cite kt si dy mmg mule2 ad smgt nk crk keje then lme2 dy naek malas tok crk keje..mcm mne 2 ek.?sy syg kn dy.?tp dy mls..sy nk kekal kn hbgn kami..tolong.!

    Reply
  28. Assalamualaikum.. Saya harap luahan hati saya ni dapat meredakan hati saya ni, dan harap dapat membantu saya dalam masalah saya ni. Saya umur 20 tahun. Dan pasangan 21 tahun, kami bercadang untuk berkahwin tahun depan. Tapi saya nak sambung belajar. Pasangan saya pula bekerja sambil belajar. Niat kami memang nak kahwin.. Hati kami tetap untuk berkahwin setelah solat istikharah, namun banyak halangan org sekeliling mengatakan masih muda untuk berkahwin dan saya tidak bekerja. Mcm mana ya?

    Reply
  29. salam,eem sy bru berumur 15 tahun dan pasangan sy pun berumur 15 .tpi sy dan psangan sy da rancang nk kawin d usia muda ni kmi dah berangan dah nak dirikan ruma tngga tpi bnyk halangannya antaranya tentang parents kitorang. tentang kewangan n sebagainya . sy tak kesa pun hdup susa ni n tentang tmpt tinggal kenderaan apa semua sy tak kesa sngt ,sy just nak hidup bhgia dngn dia jer .sy tahu memng awal tpi kmi dah bersedia.tentang mas kahwin berian? sy tak nak mahal sngt tpi parents sy yg nak melebih smpai nak rm20 000 ni sy msih ingat lagi apa kta abah sy ” klau ada rm20 000 abah boleh kahwinkan klau dah ada psangan .apa pndangan klau sy berkhwin di usia skrng?

    Reply
  30. I see you don’t monetize zoncinta.com, don’t waste your traffic,
    you can earn additional cash every month with new monetization method.
    This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all websites),
    for more info simply search in gooogle: murgrabia’s tools

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee