Idea Romantis #1
Pada malam sebelum birthday si dia, berpakat dengan housemate-nya untuk ambil sekejap kunci kereta si dia semasa dia tidur. Buka kereta dan hiaskan dalam but kereta dengan riben, bunga, dan belon helium. Letakkan satu teddy bear besar sebagai hadiah di dalam but kereta itu. Jangan hias bahagian dalam dan luaran kereta itu kerana ia hanya akan spoil surprise anda ini. Akhir sekali, lekatkan nota di setering kereta bertulis
” Buka but kereta cepat! Ada bom 🙂 “
Anda hanya perlu tunggu keesokan harinya apabila si dia mahu menghidupkan kereta untuk ke kuliah dan terlihat nota anda itu.
Idea Romantis #2
Apabila tiba ulangtahun perhubungan anda. Beli sepasang gelas kaca cantik siap beserta ukiran nama anda berdua dan tarikh hari ulangtahun tersebut seperti
Rosyam & Diana
10 Jun 2011
Pergi ke restoran hotel di mana anda telah membuat tempahan makan malam dan minta pelayan restoran untuk menggunakan gelas khas itu apabila anda tiba malam nanti. Gelas itu akan dibawa pulang dan menjadi koleksi indah berdua lebih-lebih lagi apabila gelas itu bertambah dari tahun ke tahun.
Idea Romantis #3
Cuba lebih peka dengan apa yang diceritakan oleh pasangan anda dan catatkan secara rahsia. Contohnya jika si dia asyik bercerita mengenai kegemarannya makan ais kacang dengan kacang tabur lebih semasa di bangku sekolah.
Kenal pasti di mana kedai yang ada menjual ais kacang dan bawa pasangan anda ke sana tanpa memberitahu ke mana anda membawanya. Sesampainya di kedai, order dua mangkuk ais kacang spesial, dan jangan lupa pesan kacang lebih untuk si dia 🙂
Idea Romantis #4
Bagi pasangan yang sudah berumahtangga; jika anda mandi dahulu sebelum si dia pada pagi hari, panaskan ruang bilik mandi anda dengan shower heater sehingga terhasilnya wap. Tulis mesej romantis seperti “Aaron cinta Juliana” pada cermin untuk pasangan anda membacanya apabila dia masuk mandi kemudian.
Pada yang belum berkahwin, cara ini boleh juga diguna di cermin tingkap kereta apabila cuaca sejuk 🙂
Idea Romantis #5
Beli sepohon anak pokok dan tanamkannya di sebuah tempat khas. Setiap kali hari ulangtahun perhubungan anda, kembali semula ke pokok itu bersama-sama dan lihat bagaimana pokok itu tumbuh dan membesar sebagaimana cinta anda pada si dia.
Idea Romantis #6
Beli sepaket kertas atau stiker glow in the dark dan lekatkannya di syiling bilik tidur anda dan isteri membentuk tulisan:
‘I love you, forever’.
Apabila saja anda berdua mahu tidur dan lampu ditutup, mesej anda akan kelihatan!
Idea Romantis #7
Pergi ke sebuah kedai bunga dan pesan sejambak bunga ros segar. Juga minta pekerja di sana menghantar bunga itu terus ke tangan pasangan anda yang sedang bekerja di pejabatnya. Apa lagi yang boleh membuatkan seorang wanita merasa bangga kalau bukan dapat membuat rakan sekerja lain cemburu. Hehe 😛
Idea Romantis #8
Anda sedang berjalan-jalan di sebuah taman. Bawa pasangan anda ke buaian/ swing dan bantu si dia bermain. Ini akan menggamit kembali memori zaman kanak-kanak nya. Kehadiran pakcik aiskrim juga mungkin lebih membantu 🙂
Idea Romantis #9
Perempuan selalu mahu melakukan apa yang biasa lelaki buat, dan tentunya mereka tak dapat lakukan tanpa pertolongan anda. Rancang sebuah petang untuk anda pergi berkayak di tasik, ataupun menerbangkan layang-layang.
Mungkin ini perkara biasa bagi lelaki tapi bagi pasangan anda, ia adalah satu momen yang akan dikenang sampai bila-bila.
Idea Romantis #10
Jika anda tahu video editing, rancang satu malam untuk anda dan pasangan menonton DVD di rumah. Pilih sebuah filem cinta kegemaran anda berdua dan anda buat video cutting filem tersebut terlebih dahulu.
Mulakan filem seperti biasa sehingga 30 minit, dan letakkan video buatan anda sendiri di pertengahan filem itu. Video anda itu menyiarkan 5 minit montaj gambar-gambar atau dari video cam yang anda rakam sepanjang percintaan anda bersama. Selepas montaj yang anda edit itu, filem akan bersambung seperti biasa. Burn filem yang telah diedit kedalam bentuk DVD dan pasangkan di home theatre rumah anda.
Untuk lebih impak romantis, beberapa saat sebelum montaj anda bermula, minta izin daripada si dia kononnya nak ke tandas sebentar dan kembali semula bilamana montaj itu selesai. Duduk semula di sofa bersebelahan pasangan anda dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Genggam lembut jari jemari si dia sambil menatap wajahnya yang kemerah-merahan 🙂
Apa pula idea romantis anda yang anda pernah buat terhadap pasangan anda? Kongsikan bersama kami. Oh ya jangan lupa share artikel ni kepada rakana-rakan anda 🙂
Gambar: yoga – photowork , el7bara
Google Eat this!
- surprise untuk boyfriend
- tempat romantis di kuala lumpur
- tempat makan romantis di kl
- restoran romantis di kl
- tempat makan romantis di kuala lumpur
- tempat romantik di kl
- tempat dinner romantis di kl
- tempat makan malam romantis di kuala lumpur
- surprise birthday untuk boyfriend
- ulangtahun perkahwinan idea
this is bullshit idea .
idea no.7 tu bapak aku pernah buat untuk mama aku! perghh, bapak aku jiwang syial
wahhh jiwangnye bapak u~
untung mak awak~ tapi anak die jiwang x? hehe
perghhh..romantis romantik habis lah buat macam ni..hahaha
kompem si dia xnk lepaskan awak 😀
Trimas sbb idea yg terbaek nie 😀
nanti blh la try buat kat pasangan u dan tgk apa reaksinya 🙂
Pehhh…nak baca pun malu…wahaha…Jiwang nyerrrrrrrr….tapi kalu try pun best gak….balik nie nak try laa…wahahahahaha…..
Fotografi Perkahwinan ???? Meh singgah blog kami…http://www.combatphotographic.com/
best baca ni..romantik sungguh! hehehe..
wah….romantisnye…..
Idea Romantis #5 tu agak kurang sesuai. Cuba bayangkan pokok tu mati, mesti perancangan kita untuk tengok pokok tu setiap kali ulangtahun kita akan terbantut.. Hehe.. Idea romantis yang lain, semua terbaik !!
sebab itulah kite kena jaga pokok tu baek2 seperti mana kite menjaga cinta kita kan 🙂
Mcm mane kte nak jamge hati kekasih kte.
Hi I am so excited I found your blog, I really found you by accident, while I was looking on Bing for
something else, Anyhow I am here now and would just like to say many thanks for a marvelous post and a all round exciting blog (I also
love the theme/design), I don’t have time to read through it all at the minute but I have bookmarked it
and also added in your RSS feeds, so when I have time I
will be back to read a great deal more, Please do keep up the fantastic work.
Hola! I’ve been following your blog for some time now
and finally got the courage to go ahead and give
you a shout out from Kingwood Texas! Just wanted to say keep up the fantastic job!