Niat Kahwin Awal Yang Tidak Direstui

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam Misz Chinta,
Saya ingin mendapatkan pendapat. Saya ingin berkahwin awal, umur saya sekarang 21. Saya mempunyai hubungan rapat dengan si dia sudah hampir 5 tahun sekarang. Ibubapa kami mengetahui perhubungan kami dan sudah saling mengenali. pihak ibubapa saya menyokong 100% saya berkahwin awal. Akan tetapi di sebelah perempuan agak kurang. Mereka suruh kami habis belajar dahulu. Saya sudah menjumpai mereka dan menerangkan hal ini, tetapi mereka masih tidak setuju. Saya bukanlah ingin kahwin awal semata-mata untuk keseronokkan, tetapi lebih untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dari segi kewangan semua alhamdulillah cukup. Bagaimana lagi saya boleh lakukan untuk menambat hati ibubapanya? (yang sebenarnya si ibunya sahaja, bapanya sangat sukakan saya, tetapi tidak berani membuat pilihan).

-MAMEK

Jawapan Misz Chinta

 

Wasalam Mamek,

Misz puji sikap awak yang ingin berkahwin awal untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Namun dalam dilema yang awak hadapi ini, ada beberapa perkara yang perlu difahamkan.

Yang pertama ada kemungkinan ibu pasangan awak, tidak memberi persetujuan untuk anaknya berkahwin awal mungkin kerana merasakan anak perempuannya belum bersedia untuk bergelar seorang isteri. Biasanya naluri seorang ibu ini akan lebih memahami isi hati anaknya.

Kedua awak dan pasangan masih muda dan masih belajar lagi, mungkin ibunya risau awak berdua belum mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri dan akan mengabaikan pelajaran kamu.

Memandangkan ibu bapa awak dah bersetuju, Misz rasa awak boleh meminta ibu bapa awak berjumpa ibu bapa pasangan awak dan berbincang secara baik. Mungkin ibu pasangan awak perlukan lebih keyakinan untuk membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan awak.

Awak juga boleh minta pasangan awak untuk berbincang elok-elok dengan ibunya dan meyakinkan ibunya bahawa dia telah pun bersedia menjadi seorang isteri dan juga mampu memberi tumpuan pada pelajarannya dalam masa yang sama.

Awak pula kena membuktikan pada ibu bapanya yang awak betul-betul dah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik yang mampu membimbing dan menyayangi anak perempuan mereka.

Misz harap niat baik awak ini akan mendapat restu dari ibu bapanya nanti.

P/s: Niat yang baik selalunya akan diredhai.

Google Eat this!

  • perkahwinan tidak direstui

Leave a Comment

yoeeeeeeee