Luahan Hati: Ingin Berubah Menjadi Lebih Matang

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam. akak sy nak tanye bagaiman untuk berubah perangai. untuk mnjdi lebeh matang.
kekasih sy berumur 23 dan sy 21. kami dah hmpir 2 thn bersame. tbe2 malam semalam dia ckp sy kdg2 suke wat prngai budak2. tp dia bahgia bsmae sy. boleh akk tlg sy .
-Eizny

Wassalam Adik Eizny,

Kematangan adalah satu persoalan yang subjektif untuk dibincangkan. Kebiasaannya, kematangan seseorang itu boleh dinilai melalui percakapan, gaya tubuh, dan cara pergaulan. I percaya yang ramai rakan-rakan sebaya seperti adik yang masih tercari-cari erti matang.

Kekasih you seorang yang telus kerana berani mempersoalkan kematangan you. I harap you tak salah sangka bahawa kekasih you taknak terima you seadanya, tetapi sebenarnya dia mahukan perhubungan yang lebih berkualiti dan selesa andainya you bersikap lebih matang.

Jika you betul-betul ingin menjadi matang, ini adalah antara tips yang boleh I bagi:

1. Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

– You takkan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan you sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan you. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

2. Menambah ilmu

– Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu kearah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.

– Menonton rancangan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

3. Membaca surat khabar

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja 😛

4. Merubah gaya ber-SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.

Baca lagi 8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta

Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pengalaman hidup. Contoh, jika semasa kanak-kanak, you tak perlu hiraukan masalah di sekeliling you dan hanya tahu bermain. Sekarang you sebagai anak gadis, perlu membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Inilah yang dinamakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab inilah mendewasakan you dari semasa ke semasa.

p/s: Jangan gopoh menjadi ‘tua sebelum usia’ kerana waktu remaja hanya datang sekali sahaja dan tak dapat diulang kembali. 🙂

Google Eat this!

  • cara menjadi matang
  • cara nak jadi matang
  • cara untuk menjadi matang
  • cara menjadi lelaki matang
  • cara jadi matang
  • macam mana nak jadi matang
  • tips menjadi matang
  • cara menjadi seorang yang matang
  • menjadi seorang yang matang
  • perempuan matang

21 thoughts on “Luahan Hati: Ingin Berubah Menjadi Lebih Matang”

  1. salam kakak saya selalu ingin mencari kematangan dalam hidop saya..tapi orang di sekeliling saya yang menyebabkan diri saya tidak maju kehadapan…mereka memperlekehkan kebolehan saya..saya berusaha untuk menjadi lebih baik..tetapi masalahnyee sikap mereka yang menyebabkan diri saya tidak matang…saya tidak suka mereka yang tidak hormat dekat saya…saya benci dengan tingkah laku mereka yang menyebabkan saya x suka…mcm mnee saya nak menghadapi prkara ini…akak boleh explain..

    Reply
  2. haii…umr sa 26 thn tp sa x tau prngai sa mcm bdk2 ka tdk..cm org lain yg blh lht prngai sa..tp apa yg sa rs dlm luaran sa ada kmatangan sdkit tp dlm dlman sa blm mtg lg…klrmn br sa break ma gf(27) sa..to pn plhn sa sndri sbb rs cmburu katas dia..bkn prtma kali sa da bt kptsn mcm to tp da byk kli da..ckit2 mau pts ckit mau pts..dn bl da pts trus sa kc tau d fb yg kmi da pts..ada ka itu mc blm matng?dia ckp sa blm mtg g..ok sa trma smua to..skg sa tiada tmpt tuk mngadu..dn sa x pnh sskli pun kc luah prasan tiap kali sa sdh dn kcwa..kcli sa ada gf,br sa dpt luahkn ec ht sa..sa btl2 mau pndpt skg spy sa blh trus bgn dn brjln khdpn.dn x mau ingt smua to lg…plzzzzzz hrlp mee

    Reply
  3. Maafkn saya menganggu…saya cume inginkn pendapat berkaitan satu masalah…saya ada seorg kekasih…da kekasih ni masih syg gan saya ktanya…tpi dia sbnarnye da btunang gan laki lain…tpi masih mngaku syg gan saya dan ktanya xsggup bila saya tinggalkn die…saya kesian gan die dan lgipun sya msih syg kn die even hati saya sakit
    Tpi cara die layan saya tidak seperti dulu lgi…msj on mcm tpksa…tpi bile saya mnta die pilih antara saya gan tunang die…die kata die lebi syg saya…tpi die still xtgalkn laki tu gak…saya binggung die sbnarye still nk gan sya atau cuma main2….

    Reply
  4. heh… majoriti orang sekeliling sy mengatakan sy tak matang.. yg cme lihat kmtgan sy cme org yg btl2 mengenali sy like my mom n my bff…
    Cm yg sy sntiasa pgang, kematangan tu dtg dgn sndiri… bkn berpura2, bukan berlakon atau hipokrit mau mnjd mtg 🙂

    Reply
    • yup..betul tu..i sokong dear..tapi kita juga kena berusaha untuk mencari kematangan.
      kadang-kadang kita tengok walaupun orang itu sudah tua umurnya tapi masih berperangai keanak-anakan dan tidak matang. Kenapa? Sebab mereka lupa dan tidak mencari apa erti matang 🙂

      Reply
  5. Assalam,hai sis..saya nak berubah untuk menjadi seorang yang matang but why i can’t????susah nya untuk ubah diri..macam mana saya nak stop complaining tentang diri saya and bangun,teruskan berusaha untuk mengubah diri saya????

    Reply
  6. Salam Sis nak tanya kalau kita gaduh dengan pasangan kita and semua tu salah kita .Adakah lelaki tu akan berubah hati kerana sebab tu jee .sbb semenjak bgaduh dye layan tapi x semesra duluu .Please help

    Reply
  7. Sis adakah lelaki akan berubah hati selepas bergaduh walupun hanya salah faham sikit .Dia mcm dah xnk layan semesra dulu .Tapi bila dintanyaaa msih sayang dye cakap sayang .Xfaham dengan perasaan lelaki .Please help

    Reply
  8. Assalamualaikum akk….. Saya faez berumur 18 tahun…. Bru2 nie sye baru berkenalan dgn seorang perempuan yg berumur tua setahun dari saya iaitu berumur 19 tahun….. Sepanjang pengenalan kami selama sebulan saya berasa amat gembira n mula jatuh hati kepada dia…… Tetapi sewaktu saya bergayut dgn dye semalam, dgn secara spontan dia mengatakan yg saya berpewatakkan spt kebudak-budakan….. Ye saya mengakui yg saya spt budak-budak…. X kena dgn umur saya…. Kwn di sekeliling saya pun kurang berminat utk berkwn dgn saya, krn dgn perangai saya yg teruk, serta banyak cakap….. Saya di sini memohon kpd akk supaya dapat membntu saya sedaya upaya yg akk mampu untuk saya dapat lbih memikat hati awek saya itu…. Saya tkut, dgn perangai saya ini dia juga akan meninggalkan saya…… Saya buntu dan x tau apa yg harus saya lakukan…. Saya memohon pertolongan akk supaya dpt mengubah perangai saya kearah yg lbh baik serta dapat menjadikan sye lbih matang dan dapat memikat hati awek dan kwn2 utk berkwn dgn saya….. Saya hrap akk bole menolong saya sedaya upaya yg akk mampu….. Terima kasih bub sudi membaca coretan saya….. Assalamualaikum kak

    Reply
  9. kami sudah matang..tapi ade saje yg nak memporak perandekan hubungan kami ini.seolah-olah tak nak tengok kami berdua bahagia aman damai di dunia ini mmbuatkan saya serabut memikirkan ___ dan tambah geram lagi pasangan saya membenci dan mencemuh saye..

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee