Luahan Hati: Ingin Berubah Menjadi Lebih Matang


Luahan Hati: Ingin Berubah Menjadi Lebih Matang

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda :)

adsv

Salam. akak sy nak tanye bagaiman untuk berubah perangai. untuk mnjdi lebeh matang.
kekasih sy berumur 23 dan sy 21. kami dah hmpir 2 thn bersame. tbe2 malam semalam dia ckp sy kdg2 suke wat prngai budak2. tp dia bahgia bsmae sy. boleh akk tlg sy .
-Eizny

Wassalam Adik Eizny,

Kematangan adalah satu persoalan yang subjektif untuk dibincangkan. Kebiasaannya, kematangan seseorang itu boleh dinilai melalui percakapan, gaya tubuh, dan cara pergaulan. I percaya yang ramai rakan-rakan sebaya seperti adik yang masih tercari-cari erti matang.

Kekasih you seorang yang telus kerana berani mempersoalkan kematangan you. I harap you tak salah sangka bahawa kekasih you taknak terima you seadanya, tetapi sebenarnya dia mahukan perhubungan yang lebih berkualiti dan selesa andainya you bersikap lebih matang.

Jika you betul-betul ingin menjadi matang, ini adalah antara tips yang boleh I bagi:

1. Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

- You takkan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan you sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan you. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

2. Menambah ilmu

- Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu kearah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.

- Menonton rancangan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

3. Membaca surat khabar

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja :P

4. Merubah gaya ber-SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya

Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pengalaman hidup. Contoh, jika semasa kanak-kanak, you tak perlu hiraukan masalah di sekeliling you dan hanya tahu bermain. Sekarang you sebagai anak gadis, perlu membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Inilah yang dinamakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab inilah mendewasakan you dari semasa ke semasa.

p/s: Jangan gopoh menjadi ‘tua sebelum usia’ kerana waktu remaja hanya datang sekali sahaja dan tak dapat diulang kembali. :)

Jadi pembaca kami!

Incoming search terms:

Kami Sedia Membantu Anda!

  • Dilanda masalah dalam percintaan dengan si dia?
  • Si dia curang dibelakang anda?
  • Tiada teman untuk diluahkan masalah anda?
  • Kongsikan masalah anda kepada kami disini

{ 1 trackback }

{ 2 comments… read them below or add one }

bismi aishah November 29, 2011 at 11:11 am

ermmmmmm….. adakah perempuan selalu mencari masalah dlm percintaan
adoii

Reply

anas January 1, 2013 at 3:15 am

salam kakak saya selalu ingin mencari kematangan dalam hidop saya..tapi orang di sekeliling saya yang menyebabkan diri saya tidak maju kehadapan…mereka memperlekehkan kebolehan saya..saya berusaha untuk menjadi lebih baik..tetapi masalahnyee sikap mereka yang menyebabkan diri saya tidak matang…saya tidak suka mereka yang tidak hormat dekat saya…saya benci dengan tingkah laku mereka yang menyebabkan saya x suka…mcm mnee saya nak menghadapi prkara ini…akak boleh explain..

Reply

Leave a Comment