Pembohongan Dalam Bercinta

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

saya ingin meminta pandangan dan nasihat tentang masalah perasaan saya ini.. pada masa ini, saya mempunyai seorg teman lelaki, A… walaubgaimanapun, sebenrnya perasaan saya bukanlah perasaan cinta, sebaliknya hanyalah sayang sbg kawan.. Dua tahun yang lalu, A telah melamar saya untuk mjadikan saya sebagai teman wanitanya, dan saya sehabis fikir samaada untuk terima @ tidak..dalm masa yg sama, pada masa itu, saya meminati seorg lelaki, B yang begitu ambil berat dgan saya..kami kerab msg n berhubung..tp saya kliru apa sebnrnya perasaan B pada saya.. dia seolah2 menyukai saya, tetapi dia tak pernah meluahkan walaupun bnyak kali saya seolah2 mberi hint padanya.. mgkin pada itu, saya sedih dengan tindak balas B yg seolah2 sambil lewa, saya menerima lamaran A..pada masa itu, saya berfikir, mgkin perasaan cinta terhadap A saya dapat pupuk secara perlahan2.. dan semgu selepas saya terima A, B mghubungi saya setlh mndapat tahu daripada kawan saya bhwa sy sudah berpunya.. pada masa itu, baru lah dia mluahkan sgala perasaannya terhadap saya.. saya berada dalam delima,, saya cintakan B, tetapi saya sudah terima A.. x mgkin saya meninggalkan A kerana x sanggup untuk melukakan perasaannya.. setelah lebih 2 tahun berlalu, saya masih blum dapat cintakan A wlupun dia sbnrnya seorg lelaki yg baik dan selalu ada ketika saya mghadapai msalah.. dan baru2 ini, B ada mhubungi saya dan ketika itu terlintas d fikiran indahnya jika saya bersama B.., sebab sy btul2 cintakan dia.. terlalu sukar rasanya mdidik hati untuk menerima A kerana dia mengaku cukup bhgia bersama saya..adakah saya terlalu kejam kerana mbhagiakan org lain atas nama pmbohongan, tetapi apa yg pasti hati sy cukup mderita kerana terpksa berkorban apa yg sy suka..sya perlukan nasihat adakah sy patut teruskan bersama A @ mberitahunya tentg perasaan sy sbnr..tp, rasanya, saya blom btul2 cukup kuat untuk memberitahu perkara sebnr..
Elia

Jawapan Misz Chinta

Ramai yang mengimpikan bercinta dengan bestfriend sendiri. Ini kerana masing-masing sudah kenal rapat dan selesa antara satu sama lain. Itulah apa yang B rasa, dan I percaya you juga merasakan cinta yang sama. Tapi cinta sebegini memerlukan masa. Atau lebih tepat lagi momen magis untuk timbul bagi memberi ruang untuk cinta itu diluahkan, sebab itu lah walau sekerap mana you memberi hints kepadanya, si B tetap masih kayu. Dan cinta antara you dan B terbuang begitu sahaja bilamana you menerima Jejaka A. Tapi itu cerita lama…

I respect dengan you kerana menghormati cinta you dengan A sekarang. Dan I juga gembira kerana A berjaya membahagiakan you. Tapi kebahagiaan sahaja belum cukup dalam cinta kerana dalam diri you masih ada rasa insecure atau rimas dengan apa yang you lakukan, kerana separuh hati you masih lagi bersama B. Positifkan minda, cuba fokuskan bahawa si A adalah segala-gala dan satu-satunya bagi you dan minimumkan contact dengan B seberapa ketika untuk hubungan you dengan A bercambah. Andai usaha you ini masih tidak mendatangkan hasil,

Jangan tipu diri lagi!

Buatlah keputusan segera sebelum hubungan you dengan A pergi ke tahap yang jauh lebih serius. Beritahu A bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam hubungan you berdua dan masalah itu datang daripada you sendiri, akuilah. I tahu ia berat untuk diluahkan. Tapi dengan cara ini sahaja you boleh settle kekusutan ini. Ia lebih baik daripada you terus meronta-ronta untuk ke perhubungan yang lain dengan B, itu lebih berdosa. I yakin, dengan kebaikan dan kejujuran yang A lakukan kepada you selama 2 tahun ini, si A boleh menerima pengakuan you ini dengan rasional.
Jika sebaliknya berlaku, you akan dapat lihat seikhlas mana cinta agung A kepada diri you, yang mungkin you pandang sebelah mata selama ini.

p/s: “Never forget that a half truth is a whole lie”

Gambar:  he(art)geek

Leave a Comment

yoeeeeeeee