Sambungan dari Adrean Adreanelin (Bahagian 1)
Telefon bimbit Adreanelin mengeluarkan bunyi ‘bip’ menandakan dia menerima khidmat pesanan ringkas. Adreanelin membaca mesej itu.
+Salam.wtpe 2?Dh tdo?
Adreanelin berkira-kira untuk menjawab sms itu.Akhirnya dia membuat keputusan untuk membalas sms itu.
-Waalaikumusalam.Awk ni siapa?
Kira-kira lima minit kemudian,sms diterima. Adreanelin membuat keputusan untuk memaksa manusia itu mengaku siapakah dirinya yang sebenar.
+Sy suka dgr suara awk..Awk mrh kt siapa hri tu?
-Awk xda hak nk ckp cm 2.Baik awk bgthu sy siapa awk..Sy xda mse nk main-main..
+Awk ni lawak!
-Siapa ni?Kalau awk xbgthu siapa awk,sy xkn bls msj awk dah.Muktamad!
+Awk mrh ke?
+Msti comel kan awk mrh…
+Kesian sy,hbis kredit sorng2..xda org nk bls 🙁
+NurAdreanelin Amysya..?
-Mana awk thu nma sy?
+Nur Adreanelin Amysya binti Mohd Kamal.Muktamad!he3 🙂
-Siapa ni?Mengaku please… 🙁
+Elin!
-Ha?Rean..???????
+Cuba teka..
-Muhammad Adrean Amsyar..?
+Ermm….
-Muhammad Adrean Amsyar bin Mohd Kamil.Muktamad.!
+Bravo..! 🙂
+Elin buat pe skarng ni?
Adreanelin tidak membalas mesej terakhir Adrean.Dia bimbang hatinya semakin kuat menyayangi lelaki itu.Adrean merupakan lelaki pertama yang disayanginya.Namun, Adreanelin sedar Adrean sudah mempunyai buah hati.Cantik. Adreanelin menatap gambar teman wanita Adrean dalam ruangan sosial facebook.Raut wajah Adrean kelihatan gembira. Adreanelin suka melihat Adrean bahagia.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Adrean.” Cikgu Fiza memenggil Adrean ke hadapan kelas. “Tahniah.Awak dapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Melayu.Seterusnya, Adreanelin.” Adreanelin mengambil kertas peperiksaan daripada Cikgu Fiza.”Awak lemah dalam subjek ini.Saya cadangkan awak belajar dengan Adrean.” Adreanelin hanya mengangguk sambil berlalu ke tempat duduknya.”Elin…” Adrean memanggil Adreanelin separuh berbisik. Adreanelin menoleh ke arah Adrean sambil mengangkat kening.”Aku tak suka tengok kau sedih macam tu.Aku ajar kau petang ni.Jumpa kat bawah pokok.Tempat biasa.” Adreanelin mengangguk lemah.Dia sedih kerana dia sudah cuba yang terbaik namun dia tetap tidak memperolehi keputusan yang baik dalam ujian Bahasa Melayu.Dia malu dengan Adrean.
“Aku nak ajak kau pergi rumah aku.” Ujar Adrean sejurus Adreanelin tiba. “Buat apa?” “Kita belajar kat rumah aku.Aku dah beritahu mak aku.” Adreanelin mengangguk. “Mak.Adri bawa Elin.” Adrean memandang emaknya. Adreanelin bersalaman dengan emak Adrean dan mengucup tangan wanita itu penuh hormat. “Tak apa ke mak cik,saya tumpang belajar di sini?” Puan Aisya tersenyum. “Tak apa.Apa nama penuh Adreanelin?” “ Nur Adreanelin Amysya binti Mohd Kamal.“ Puan Aisya tersenyum lagi. “Nama Elin dengan Adri hampir sama.”
“Jemput minum.” “Terima kasih mak cik.Saya ni menyusahkan mak cik pula.” Senyuman Puan Aisya tidak lekang dari bibirnya.Adreanelin kagum. ”Adri selalu bercerita tentang Elin.Baru hariini mak cik dapat jumpa Elin.” Puan Aisya ingin meneruskan kata-katannya namun Adrean segera memotong percakapan Emaknya.Habislah dia kalau Adreanelin tahu bahawa dia sering bercerita tentang gadis itu kepada ibunya. ”Pasal kau menang pertandingan hari itu.Itu je.” Adreanelin mengangguk tanda faham.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Adreanelin memakai sepasang baju kurung moden longgar berwarna biru laut dengan tudung warna senada.Ringkas tetapi menarik.Itu yang terlintas di fikiran Farzana.Bagi Farzana, Adreanelin mempunyai kecantikan tersendiri walaupun Adreanelin sering kali malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana merasakan dirinya kurang cantik.Namun sesuatu yang tidak perlu disangkal lagi ialah Adreanelin seorang yang baik hati.
“Dah siap?” Soal Farzana. Adreanelin hanya mengangguk. “Jom.” Farzana dan Adreanelin memandu kereta sendiri menuju ke destinasi yang sama.Mereka berjalan beriringan menuju ke arah lif.Pintu lif sedang tertutup.Tiba-tiba pintu lif terbuka semula kerana ada orang di sebelah luar menekan butang buka.Seorang lelaki melangkah masuk.Lelaki tersebut memakai kemeja biru laut beserta tali leher yang sepadan dengan baju yang dipakainya.
“Adri!” Farzana menjerit kegembiraan. Adreanelin terkejut.Dia memandang wajah lelaki itu.Adrean tersenyum gembira. ”Faizal tak datang?” Soal Adrean kepada Farzana sementara Adreanelin terus membisu. “Hari tu masa aku chat dengan dia kat fb,dia cakap insyaallah dia datang.” Suasana kembali senyap sehinggalah pintu lif terbuka.Mereka bertiga beriringan ke dewan yang telah disediakan.
“Selamat datang kepada semua.Diharapkan anda semua mengambil tempat mengikut nama yang telah diletakkan di belakang kerusi masing-masing.” Suara pengacara kedengaran menandakan majlis bakal bermula sebentar lagi. Adreanelin mencari-cari namanya. ”Zana.Tempat kau sebelah kanan aku.Sini.” Adreanelin memanggil Farzana. “Nama sayalah.” Adrean terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah kiri Adreanelin. “Eh,bukan lelaki dan perempuan duduk berasingan.” “Tak tahu.” Jawab Adrean selamba. Adreanelin pelik kerana semua meja mengasingkan lelaki dan perempuan.Bertambah pelik apabila meja yang didudukinya hanya menempatkan empat buah kerusi sedangkan meja yang lainnya menempatkan lapan buah kerusi.
“Diharapkan hadirin menikmati makanan yang disediakan.Sementara kita makan-makan,marilah kita berhibur bersama lagu permintaan seseorang yang dirahsiakan namanya ditujukan khas buat Cik Nur Adreanelin Amysya binti Mohd Kamal.” Hampir tersedak Adreanelin dibuatnya.”Lagu daripada kumpulan Spider bertajuk Mungkinkah Terjadi.”Lagu diputarkan.
Seringkali hati bertanya tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harusku memendam rasa
Tak pernahku merasai bibir terkunci
Jiwa rasa bergelora tak percaya
Adakah ku bermimpi..Mimpi di siang hari..
Dirimu…
Telah lamaku nantikan..
Wajah yang bermain di mimpi-mimpiku..
Hidupku..
Kini bagaikan berjalan
Tanpamu di sisi tak bermakna..
Setiap bait-bait lagu itu Adreanelin hayati dengan memejamkan kedua belah matanya sehinggalah lagu itu sudah habis barulah Adreanelin membuka matanya. Adreanelin terkejut kerana keadaan sekelilingnya gelap dan sunyi.”Zana.Kau kat mana?” Suara Adreanelin bergema dalam dewan itu seperti dia sedang bercakap menggunakan mikrofon. Adreanelin senyap.Tiba-tiba satu cahaya menyuluh ke arahnya. “Selamat hari lahir..Selamat hari lahir..Selamat hari lahir Adreanelin..Selamat hari lahir..” Suaraorang ramai menyanyi untuknya.Dewan itu kembali terang. Adreanelin terkejut kawan-kawannya berdiri mengelilingi dia yang sedang duduk.
Adrean berjalan menghampiri Adreanelin dengan membawa sebuah kek yang besar lalu diletakkan kek itu dihadapan Adreanelin. “Tolong bacakan tulisan ni.” Faizal bersuara sambil memandang Farzana. “Selamat ulang tahun ke-25 Adrean &Adreanelin.” Semua orang bertepuk tangan.Adreanelin baru teringat bahawa tarikh lahir mereka sama.Adrean berlutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya lalu dihulurkan kepada Adreanelin. ”Sudikah awak menjadi pemaisuri saya?” Adreanelin mengalirkan airmata kerana terlalu terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh Adrean.
### Bersambung…. ###
[notification type=”standard”] Karya cerpen ini ditulis oleh AinaFauzi. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]
Google Eat this!
- www kisah cinta
- novel cinta
- Cerita romantik cinta
- kisah cinta sweet
- Cerpen adrean adreanelin bahagian 1
- cerpen adrean adreanelin
- cerita cinta yang sweet
mana sambungan nya….xsabar nak baca
mane bahagian tiga??? 🙁