Tibanya Saat Menilai Cinta

Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang begitu magis dan mengasyikkan. Lahirnya seorang manusia adalah kerana jalinan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Tiada yang dapat menyangkal kehadiran cinta dalam setiap jiwa insani.

Perlukah cinta itu dinilai? Berapa pula harganya?

Cinta itu suci. Bagi mereka yang masih belum berpunya, mereka akan menganggap cinta mereka begitu berharga atau dengan erti kata lainnya ‘jual mahal’. Lebih-lebih lagi mereka yang belum pernah memberi cinta kepada sesiapa di dalam hidup mereka. Lebih lama seseorang itu hidup single, lebih mahal harga yang perlu ‘dibayar’ untuk cinta itu dirangkul sang pemuja. Tak hairan lah ada yang belum berkahwin hingga lanjut usia kerana mendabik dada dan terlalu memilih jodoh.

Ada yang menilai cinta berdasarkan selama mana perhubungan itu bertahan. Ada juga yang menilai dengan wang ringgit yang dihabiskan semasa dating bersama pasangan. Lebih ironik, pasangan yang menilai cinta mereka berdasarkan pertelingkahan antara mereka berdua; lebih teruk perselisihan atau cemburu yang terbit selama mereka berpacaran, semakin mahal harga cinta, selagi mereka masih survive dan bersama. Pelik bukan? hah! Itulah penangan cinta.

Usah sebut mengenai cinta yang berkiblatkan paras rupa, ia stereotaip. Cinta sebegini biasanya tidak bertahan lama kerana paras rupa hanya ibarat pembalut kertas hadiah hari lahir. Apa yang lebih penting ialah isi kandungannya, kertas itu pasti akan direnyuk dan dibuang sahaja. Rupa tidak akan kekal,kelak akan luluh ditelan usia. Hanya hati budi yang tulus menjadi hiasan yang abadi, hingga ke hari tua.

Kata pujangga: Cinta yang hakiki ialah keserasian, dan seluas mana kebebasan yang kamu kecapi ketika hidup bersama kekasih anda. Ia bukanlah satu penjara atau kokongan tetapi adalah ikatan yang wujud dengan sendiri tanpa kita rasa secara langsung. Cinta agung diumpamakan oksigen di udara, yang kamu tidak mampu hidup tanpanya tapi pada masa yang sama kamu tidak sedar dan tidak berusaha untuk terus bernafas, ia mekanisme yang tergerak dengan sendiri secara natural selagi jantung masih bernyawa.

Sesungguhnya cinta itu fitrah insan. Cinta datang dan pergi silih berganti, cinta baru yang pasti berbeda darjatnya daripada cinta yang lalu. Persoalannya, apa yang anda sanggup korbankan demi cinta itu? Apakah yang akan berlaku apabila cinta membunuh cinta.

Adakah Kekasih B lebih baik berbanding Kekasih A yang dulu? Atau mungkin Kekasih A punyai kelebihan yang tiada pada Kekasih B?

Kasih sayang aku terhadap abang angkat lebih utuh daripada cintaku kepada teman lelaki?

Wajarkah anda mengenepikan kasih sayang keluarga demi membina hidup dengan teman lelaki/ wanita anda?

Atau lupakah anda bahawa kita masih seorang hamba kepada yang Maha Pencinta?

 

Anda sendiri yang menilainya…

Gambar: Linds:)

Google Eat this!

  • motivasi percintaan

5 thoughts on “Tibanya Saat Menilai Cinta”

  1. Cinta sememangnya anugerah yang komplikated untuk dihuraikan. Pelbagai pandangan tentang cinta dirumuskan namun untuk menuruti setiap rumusan itu adalah terlalu sukar. Kehebatan nilai cinta itu hanya dapat dinilai oleh si pencinta. Sesungguhnya tafsiran tentang cinta itu terlalu luas dan tiada ternilai harganya.

    Reply

Leave a Reply to Elie Cancel reply

yoeeeeeeee