Ragu-ragu Dengan Kesetiaan Si Dia

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

salam, saya nak minta pendapat sedikit tentang masalah sy skrg ni…
saya dah bercinta dgn dia selama 3 bulan, pada bulan pertama, hubungan kami boleh dikatakan sangat bahagia, masuk bulan kedua, ada lah sedikit bibit2 pergaduhan… tapi biasalah, hubungan mane yang tiada gaduh..
masuk bulan ketiga, saya rasa dia mula dah berubah…dia hide relationship saya dengan dia,malah password facebook dia pun, dia tukar…beerti, saya dah tak boleh memantau pergerakan dia di facebook…banyak kali saya minta, tapi dia selalu mengelak, malah memberi alasan yang saya fikir tidak munasabah untuk diterima…sebelum dia tukar, saya selalu membuka mesej dia di facebook, dan saya dapat tahu yang dia sedang rapat dengan seorang perempuan,cukuplah sekadar saya memanggil die A..cara mereka mesej betul2 buat saya kecewa…malah tidak mengaku yang dia sudah berpunya..tapi saya masih boleh maafkan dia, sebab saya rasa semua ini tak perlu lah diperbesar2 kan..semakin saya biarkan, mereka semakin menjadi2, malah dia menukar password..dan hati saya semakin ragu2 dengan kesetiaan dia..saya meminta password dia, bukan kerana saya tak percayakan dia, tp saya cuma nak memastikan dia tidak curang..kemudian, dia warning saya, jangan kacau A.. sbb A mengadu pada dia ada owg marah2 A, sbb berkawan dgn dia..dan dia ni pula menuduh saya mengacau dan marah2 A..saya sangat2 kecewa..bila saya tanya die, nape tuduh2 saya sedangkan dia tahu bukan saya yang marah2 A..die cume meminta maaf, dan dia backup A, die cakap A tu baik, ok je, nape ade owg sampai hati nak marah2 A..kawan2 saya yang lain sudah banyak kali menasihati saya supaya meninggalkan dia, kerana pada pendapat mereka, dia tak jujur dengan saya…dan mereka mengatakan yang saya ni bodoh sebab selalu memaafkan dia, bila dia buat hal2 yang menyakiti hati saya..saya bukan bodoh tapi saya sayangkan dia..saya ingatkan dia lain, tak seperti lelaki2 yang pernah lukakan hati saya..rupanya die sama saje..
saya betul2 perlukan pendapat dari zon cinta, apa yang perlu saya lakukan, saya keliru dan tak tahu keputusan ape yang perlu saya buat..
mizz apple

Jawapan Misz Chinta

Wassalam Mizz Apple,

Ramai pasangan yg berkongsi password dengan pasangannya. Malah setiap masa mereka akan memantau update facebook tersebut dan perkara ini biasanya pihak perempuan yang lakukan. Tapi tahukah anda, lelaki cukup tidak suka dikongkong? Lebih-lebih lagi jika teman lelaki you andalah seorang yang jenis outgoing dan mempunyai ramai rakan. Sudah tentu si dia mahu bersembang dan bermesra dengan rakannya tanpa rasa dipantau. Tambahan pula, lelaki yang terlalu dimanja oleh teman wanitanya agak tidak disenangi oleh rakan-rakan lain. Mungkin itulah sebabnya teman lelaki you agak keberatan malahan melenting apabila you mahukan password facebooknya. Hubungan you dengan dia pun tidaklah selama mana lagi, masih rapuh dan you tidak perlu tergesa-gesa.

You tidak salah dalam hal ini. Lumrah wanita, perasaan insecurity mereka lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu kita ada sifat kurang percaya dan cemburu.Perlu diakui tindakan you ‘menyerang’ A agak kurang betul sebenarnya kerana you seolah-olah cuba menyiram minyak ke api. Seperti yang I katakan tadi, lelaki tidak mahu pergaulan mereka dengan rakan-rakan diganggu. Sebab itulah kekasih you kelihatan seperti lebih menyokong A, walau hakikatnya A mungkin teman suka-suka sahaja.

Nasihat I pada you, jika you sayangkan dia, dan mahukan kasih sayang itu dibalas olehnya, you kena belajar mempercayai antara datu sama lain. Cinta memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak untuk berkesan. Jika salah seorang tidak mahu beralah, mengapa perlu diteruskan lagi?

p/s: A guy, he may flirt with every girl he sees, but every night before sleep he could just think of someone really special at the bottom of his heart.

Gambar: Bugidifino

Google Eat this!

  • https://zoncinta com/ragu-ragu-dengan-kesetiaan-si-dia/

9 thoughts on “Ragu-ragu Dengan Kesetiaan Si Dia”

  1. Assalam saya perlukan sedikit pandangan disini mengenai tunang saya.
    Hubungan kami dah masuk 3tahun , dan akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ni. Masaalah saya ialah kebelakangan ni kami sering bergaduh tentang hal yg remeh temeh. Awal nya saya akui mmng kesilapan sya. Tapi setiap kali bergaduh dia akan diam dan hantar teks yg sya xpnh nk phm dan hargai dia. Dia kerja keras siang dan malam hnya utk persiapan pernikahan kami awal taun ni. Lepastu sya pnh bertanya soalan yg agak privasi saat dia bersama yg dulu. Tapi dia tipu sya. Bila sya dpt tau email dan pswrd fb dia hati sya hancur tgk msj2 dia dulu. Sya akui hal dh lma berlalu tpi knpe perlu tipu sya. Payah kah nk berterus terang . Andai dia jujur sya mngkin xkn ambik serius bnda tu. Tapi sekali dah menipu mustahil utk dia tk menipu lgi. Kemudian sya selalu tgk dia sering hntr chat kepada prmpuan lain di dan sya prnh menghantarkan pesanan ringkas ( tkpela abg nk buat apapun buatla. Syg dah xtay nk ckp apa. ) tapi lansung xde respon. Malah dia terus tukar psword fb. Dan sekarang dia seakan mencari salah sya sering bertanya sya chat dgn spe? Smpai belikan sya sim baru. Sya buntu semakin dekay hari bhgia semakin byk perkara yg membuatkan kami jauh mcm 3hari xmsj lpas gaduh. Sy buntu knpe begini. Hrp blh berikan sedikit pandangan

    Reply
    • Wasalam dear..Misz simpati dengan apa yang terjadi.

      Orang kata lelaki ni walaupun banyak melayan perempuan, tapi hatinya tetap pada yang satu. Mereka kadang-kadang hanya mahu mengisi masa terluang mereka.

      Lelaki ni takut untuk menyatakan yang benar kerana takut si perempuan salah anggap dengan niat mereka dan demi menjaga hati si perempuan. Contohnya bila perempuan bertanya kepada lelaki adakah mereka cantik pada hari itu? Semestinya walaupun perempuan itu tidak cantik, lelaki tetap akan berkata cantik. Cuba si lelaki itu berkata yang perempuan itu nampak comot. Semestinya merajuk 20 hari si perempuan. Tapi jauh dalam hati mereka, perempuan itu tetap cantik di hati mereka. 🙂

      Bagi Misz sendiri setiap kali Misz sendiri ada masalah dalam perhubungan dengan si dia, Misz akan bersemuka/berdepan dengannya, pegang tangannya, lihat ke dalam matanya dan bertanya dengan nada lemah-lembut. Insyallah si dia akan ‘mengalah’ dan bercakap dengan jujur. tapi sekiranya si dia gagap @ cuba menipu, u sendiri pasti dapat membacanya.

      p/s: pegang tangan hanya untuk yg sudah berkahwin sahaja taw 🙂

      Reply
  2. Assalammualaikum nama saya ct BIDURIAH badriah …saya nak Tanya pendapat misz… Hubungan kami dah setahun lebih..tapi stiap Kali saya minta PW Facebook Dan emailnya dia x mau bagi….sebenarnya saya ragu ragu dengan dia ….sebenarnya begini dia ada bekas gf Dan sampai skrg mereka masih brhubungan sbagai kawan..saya meragui boyfriend saya…kawan saya pun cakap yg boy saya nie banyak layan pompuan lain sbb itulah saya minta PW fb Dan email fbnya tp dia bilang nantilah …saya bukan nak kongkong dia.. harap miss dpt tolong saya

    Reply

Leave a Reply to world chef hack for android Cancel reply

yoeeeeeeee