Luahan Hati: Aku Keliru!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Assalamualaikum…
Hanya inginkan pendapat atas masalah yang dihadapi. Saya telah perpisah dgn seseorg biar saya namakannya sbgi A kira2 7 bln yang lps atas permintaannya. Dalam masa 4 bln kemudian sy telah menemui cinta baru R. R seorg yg blh dikatakan baik dan memiliki perwatakan yg sgt berbeza dengan A. Sekarang ini A ingin kembali kepada saya walaupn A tahu sy tlh bersama dgn R. R memberi masa kpd sy semoga akhirnya A tidak lg mengganggu saya tp pd masa yg sm Z seorg tmn sy menyatakan hasratnya kepada sy. Z juga seorg yg blh dikatakan baik. Layanan Z kpd sy membuatkan hati sy jdi berbelah bagi. Dan sy prnh terfkr adakah sy x sepenuhnya menyayangi R. Saya xtahu nk buat keptsn apa. Mana yg terbaik utk saya. Harap dapat memberi pdngn atau nasihat. Terima Kasih
-Iffah

Waalaikumussalam Cik Iffah,

Ringkasnya, sekarang you berpacaran dengan R. Semestinya you harus memberi keadilan kepada R dan terus setia bersamanya.

A cuba untuk kembali untuk bersama you, buat apa dia kembali? Orang cedik pandai pernah berkata: Sekali terguris, lukanya boleh sembuh kembali tetapi parutnya tetap takkan hilang, bukan? Lainlah kalau you benar-benar yakin 100% bahawa si A takkan mengulangi kekhilafannya dahulu yang mengakibatkan hubungan you all berakhir.

Mengenai Z pula, I rasa you patut put that on hold dulu, jangan slow sangat dan jangan bersungguh sangat, kenali hati budinya terlebih dahulu.

Jika Si R benar-benar menyayangi you, dia akan berusaha untuk terus bersama you dan menyingkirkan lelaki-lelaki lain yang cuba potong line (I mean bersaing dengan cara gentleman la, tak macho lah angkat tangan kan…)

Ya, you memang ramai peminat. Tapi apakah minat itu sekadar minat sahaja? Minat, suka, dan cinta adalah perkara yang berbeza nilainya. Hanya hati you yang dapat menilai ditahap mana cinta mereka kepada you. Semoga anda memilih cinta dari lelaki yang terbaik, lelaki sejati. 🙂

Leave a Comment

yoeeeeeeee