Luahan Cinta- Mengapa Harus Aku Lalui Semua Ini?

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Assalamualaikum. Saya berumur 20 tahun dan telah mengenali pasangan saya sejak berumur 10 tahun lagi. Dia menyukai saya sejak sekolah rendah tetapi saya tidak ada perasaan padanya. Akhirnya, ketika berumur 16 tahun, saya jatuh hati juga padanya. Kami berdua sangat berbeza perwatakan. Dulu saya antara pelajar cemerlang di sekolah manakala dia adalah seorang yang nakal dan merempit tetapi alhamdulillah, dia telah pun berubah kini dan telah pun bekerja tetap. Saya pula sudah pun menyambung pelajaran ke ijazah di Universiti Malaya. Kami kerap berjumpa dan tiada sebarang masalah. Cinta kami memang terlalu banyak dugaan tetapi kami tetap bersama dan oleh sebab perwatakan kami yang berbeza, kami kerap bergaduh tetapi akan berbaik semula dalam masa yang singkat. Saya seorang yang sangat setia, tidak pernah berlaku curang dan dia pula seorang yang nakal suka mangusik perempuan tetapi cintanya tetap pada saya. Tetapi akhirnya, cinta kami berakhir setelah bermacam macam dugaan yang kami hadapi bersama. Pada 29 Disember 2011, dia kebetulan berkenalan dengan seorang perempuan yang berumur 24 tahun dan pada 2 Januari 2012 dia telah memilih untuk bersama perempuan itu dan tinggalkan saya begitu sahaja. Cuma dalam masa beberapa hari dia jatuh cinta pada perempuan tersebut. Kenapa? Dia berubah sekelip mata. Katanya, hati dia benar benar sudah terkunci untuk perempuan tersebut. Bukan itu sahaja, dia seolah olah lupa pada saya dan membuang saya terus dari hidup dia. Perit saya menelan semua ini, melupakan segala kenangan kami. Pada mulanya saya cuba memujuk, mempertahankan hubugan ini tetapi dia berkeras memaksa saya untuk lupakan dia. Kini saya hanya berdiam diri kerana saya dengar dia benar benar sedang bahagia. Betul ke tindakan saya ini? Perlu kah saya terus berjuang merebut kembali cinta ini sedangkan dia langsung tidak mengingati saya lagi. Tidak tahu di mana salahnya saya sehingga ini balasannya terhadap saya sedangkan susah senang kami hadapi bersama sebelum ini. Apa yang saya mampu buat, tidak putus putus mendoakan supaya Allah tabahkan hati saya dan lindungi dia. Jika benar perempuan itu adalah cintanya, saya ikhlas untuk melihat dia bahagia. Tetapi apa yang harus saya buat untuk mengubati hati yang terluka sangat ini. Dia akan berjumpa saya pada bulan 2 ini kerana masih ada lagi barang dia pada saya dan mungkin dia akan datang bersama teman wanita barunya. Mampukah saya untuk melihatnya? Bantu saya…..
Syafiqah Nabilah

Waalaikumussalam Syafiqah Nabilah,

Tak pernah ada kepastian mutlak dalam percintaan. Tambahan pula, you bercinta dengan lelaki yang kontra dengan perwatakan dan latar belakang you. I juga ada mengenali lelaki yang jenis suka mengurat gadis tapi hatinya hanya ada satu girlfriend sahaja. Mungkin itu salah satu kebaikan yang ada pada si dia. Apa yang dikhuatiri adalah apabila si dia digoda gadis lain. Bagaimana pula? I bukan nak mengapi-apikan you dengan teman baru ex-boyfriend you, tidak perlu wujud perbalahan sesama wanita. In a relationship, this kind of things happens a lot. You tidak tahu apa yang berlaku di belakang you.

Anggaplah apa yang you lalui ini adalah satu lumrah dalam hidup bercinta. Ya, you mungkin menuduh I hanya tahu berkata-kata sahaja tapi percayalah bahawa bukan you seorang saja yang mengalami nasib begini, orang lain juga pasti dan akan merasa pahitnya cinta sehingga manis itu akan diketemui jua di akhirnya.

Andai kata si dia datang bertemu you dengan kekasih baru, berilah reaksi yang natural dan bersahaja, jangan tunjuk bahawa you kecewa atau jealous kerana ia hanya menunjukkan bahawa you seorang yang lemah tak mampu menerima kenyataan. Tidak salah jika you tetap mahu menunggunya tapi adakah ia berbaloi? Tepuk dada, tanya hati.

p/s: “Walau sepuluh tahun sekalipun hubungan yang telah terjalin, andai Tuhan tuliskan bahawa kamu bukan untuknya, si dia tidak akan menjadi milikmu. Ironinya, jika Tuhan tentukan si polan itu adalah jodoh anda, sedetik pertemuan sahaja sudah cukup untuk menyatukan kamu bersama.”

Gambar: kelsey_lovefusionphoto

Google Eat this!

  • luahan hati seorang isteri yang terluka
  • luahan hati seorang wanita kepada lelaki
  • luahan hati seorang wanita
  • luahan hati seorang istri yang terluka
  • luahan hati seorang perempuan
  • luahan hati seorang lelaki kepada wanita
  • luahan hati seorang istri yang kecewa
  • luahan hati wanita yang terluka
  • cara untuk tabahkan hati
  • dugaan dalam percintaan

11 thoughts on “Luahan Cinta- Mengapa Harus Aku Lalui Semua Ini?”

  1. Mslh saya adalah kurang percaya pada bf ..da 5 tahun kami b’cinta..1 masa saya m’dapati yg bf saya ada perempuan lain @ curang dgn saya..kami kerap kali b’gaduh pasal hal kecil shaja,gaya nya b’rubah tiba2 dan dia jarang m’nelefon atau sms dgn saya,perasaan saya pada masa 2 lain dan b’fikiran yg bf sa itu ada perempuan lain..t’nyata btl,da 6 bulan bf saya dgn perempuan itu,saya m’dapati bf saya curang dgn saya dari kwn baik saya s’diri..pada mula nya saya tak p’caya dgn kwn baik saya itu..T’tapi p’bila saya t’nmpk msg kat hp bf saya 2…saya sangat…sangat sakit hati krana p’dapati bf saya itu ada perempuan lain,T’nyata apa yg kwn baik saya beritahu saya 2 adalah benar..dlm masa yg sama juga sa m’duduki SPM..masa 2 saya tak dapat m’numbuh kn b’hatian s’penuhnya m’jawab soalan t’sebut dan sa pun b’doa agar dpt m’numbuh kn b’hatian utk m’jawab soalan itu…s’lepas habis exam saya pun bawa dia bincang mslh t’sebut..setelah b’bincang mslh itu dia pun mgaku bhawa dia ada perempuan lain @ curang dgn saya..masa 2 saya nak putus dgn dia..saya beritahu kat dia yg saya tak nak tepuk sebelah tangan @ t’gila2 kat dia..tiba2 dia b’lutut d’depan saya utk minta maaf kerna tlh b’buat k’salah dan m’curangi saya..dan dia m’minta peluang k’dua utk dia m’nebus kslhan nya itu..dan saya pun beri kn dia peluang ukt k’dua kali..adakah tindakan saya itu btl?? emm..slepas 2 hubungan kami s’makin baik,tetapi dlm masa yg sama juga saya tak brapa pcaya kn nya..apa yg perlu saya buat utk m’percayai nya lagi..?? bnyk cubaan dan dugaan ya saya tlh hadapi..t’tapi saya b’syukur kerna saya dpt m’hadapi semua itu..dan lebih gembira lagi saya dpt k’putusab baik dlm SPM..

    Reply
    • hurmm. sama la macam saya kena… tapi saya tetap memberi peluang dkt dia, sebab saya sayang dia… tapi sapa boleh tolong jawab soalan awak ea ? nak tahu nii.. macam mana nak buat kita percaya balik dekat si dia yang dulunya penah curang ..

      Reply
      • Tidak ada jalan pintas untuk kembali mempercayai orang yang pernah membohongi dan curang dengan kita. Hanya cinta, sayang, kemaafan serta KEPERCAYAAN 150% yang memberikan kepercayaan itu dear 🙂

        Reply
  2. hai saya nak tanya kalu lelaki berkelakuan sedemikian adakah dia mencintai saya ???

    ~~TIDAK SUKA SAYA BERTANYA TENTANG KLUARGHANYA alasannya kerana takut kecewa apabila berpisah nanti..
    ~~TIDAK SUKA MELAYAN SMS SAYA alasannya kerana dia tidak mahu gaduh… dan menganggap saya suka merepek benda yang tidak tentu(saya cuma tidak tahu nak sembang dengannya kerana dia terlalu dingin, silap cakap antara tidak sedar atau sedar dia tetiba jak tiada mood) katanya kalu nak sms hal yang penting saja.
    ~~SUKA MENCARI KESALAHAN SAYA..kalu saya da mengaku sala dia biarkan je la saya sakit hati….
    ~~SUKAR UNTUK DIBAWA BERBINCANG sekiranya saya ingin berbincang tentang hubungan kami dia sering memberi jawapan entah,terpulang saya ok je. setakat sini shaj yang dapt sa trgkn sift keksh saya….prngai lainnya saya lupa pla heheh

    Reply
  3. Salam syafiqah… syafiqah kne byk2 bersabar dalam mengahadapi ujian ini…anggap shj fiqah xada jodoh ngan dia n life must go on dik .. adik pown masih muda lagi… kisah adik ni lebih kurang mcmana saya hadapi…kisah akak terjadi 6bln lepas… kami bercinta 3tahun,dan akak dah siap beli brang kahwin dh dik yg dikatakan utk kami yg akan kawen insyallah bln 1…tapi Allah nk tnjuk dimana akak perlu tau segala2 nya sblm kami diijab kabul…akak tiap2 ari menangis n bagai nk giler ble dpt tau ada seorg gadis kol akak n memaki hamun akak supaya jgn ganggu bf dia iaitu si dia yg bakal suami akak tu….mereka hanya mengenali dlm masa beberapa ari shj melalui wechat…akak buat kptsn yg akak xakan pndng belakang lagi utk si dia yg lgsg xhargai akak…saban ari gadis itu kacau akak…gadis itu masih muda lagi berumo 21thn…memaki hamun akak yg dh 25..tapi 1 jew yg akak smpn dlm diri akak iaitu Allah itu tau mana yg baik utk akak… sedih mmg sedih tapi apa blh buat,ini semuanya ada hikmah drNya…x guna nk gado sbb lelaki… dlm masa akak bersedih tu hanya kpd Allah akak mengadu, minx petunjuk drNya…1ari akak diajak oleh mak akak supaya minx air penawar utk lupakan si dia dn lagi 1 mak akak ckp akak dh mcm bkn diri akak…menangis,meraung,mimpi yg bkn2,byk yg akak alami, akak kuatkan diri utk berubat di N.9…amik masa dlm 1jam utk smpai ke masjid tmpat utk akak berubat… hanya Allah jew yg tau mcmana debaran akak time tu…Ustaz itu hanya tersenyum memandang akak n ckp akak kne sihir buatan orang… betapa luluhnya ati akak ble dpt tau gadis itu nk wat akak sakit,kalo blh nk jdkan akak susah n senang citer jd giler…tp nasib baik ustaz tu ckp akak kuatkan diri utk berubat n benda tu blm dpat menyeluruh pd akak…akak xknl pown sapa dia tp knp sggup dia wat camni kat akak…Ustaz pesan pd akak supaya byk2kan solat,berzikir sbb hanya itu yg dpt kuatkan lagi diri akak dr nasir2 tu…n si dia yg wat akak lg sedih dimana gadis itu dptkan dia dr cara yg teruk iaitu calit…air mata mengalir x henti2 dpn Ustaz tu…hanya Allah dpt tau mcmana perasaan akak time tu…semuanya ada hikmah dimana akak cuba minx air penawar tp akhirnya kebenaran telah terbongkar…tp 1 jew skang ni akak hanya berdoakan utk dia sbg kawan sbb bkn akak putus asa utk dptkan dia tp dia yg x berusaha utk ikhtiar walaupun telah diberitahu oleh abg angkatnya yg nk bwk dia g berubat…dia terlalu sygkan gadis itu…dan kebanyakan akak jumpa pown ckp doakan shj sbg rakan sbb gadis itu xakan lepaskan dia n gadis itu xakan tenang kalo akak gembira…tp skang akak gembira dg kehidupan akak sbb dh pulih alhamdullilah,terima kasih sgt2 pd family akak yg byk memberi sokongan ketika akak jatuh..akak msih pgg dgn sumpah setia si dia akak simpan skang tp lgsg x menghrp dia akan muncul… titipan doa akak wat dia insyallah akan smpai buat dia supaya dia g berubat… adik,kuatkan semangat yew…kalo adik rasa dh teruk,pk ada org yg lebih teruk ujiannya…Insyallah fiqah akan dpt yg lebih baik dr dia…kumbang bkn seekor….chaiyok3 dik

    Reply
    • Terima kasih atas perkongsian cerita u dear.

      Oh, tidak sangka masih ada manusia yang suka menggunakan syaitan demi merosakkan perhubungan seseorang.
      Misz harap Atie terus tabah dan selalu mendekatkan diri kepada Allah. Dan Misz doakan Atie mendapat jodoh yang baik dan bahagia selamanya 🙂

      Reply
  4. Tq so much misz chinta… saya hanya berkongsi pengalman saya…jgn bersangka zaman moden mcm ni xada org wat benda syirik n bersekutu ngan syaitan…saya pown xsangka tp nk wat camne benda pown dh jadi pd saya… apa yg penting kne kuatkan semangat n tabah… tp percayalah ini semua ada hikmah disebalik kejadiaan…wlaupun samai skang saban ari pmpuan itu ganggu saya melalui panggilan,msj sedangkan saya lgsg xmembalas…krn apa krn saya tau Allah akan balas segala perbutannya bknnya kte yg hanya manusia kerdil ini…harap semua amik ikhtibar dgn pengalaman saya ini… jgn terlalu syg tkut skit kemuadian ari kecuali kalo dia benar2 dh jd hak kte….kalo 10thin berkwn pown kalo xada jodoh xada mknanya juga…assalammualaikum….

    Reply
  5. Saya seorang lelaki yg dicurangi. Si dia masih cintakan saya. Dia mesej dengan kawan2 lelaki dia. Tp mesej dengan cara yang agak manja.tapi mereka tiada apa2 hubungan. Tapi selama ini bila saya bertanyakan samada dia pernah contact lelaki , dia cakap tidak. Ni bukan kali pertama perkara ini terjadi. Saya bukan seorang yang terus menghukum. Cuma saya tak sanggup teruskan hubungan kalau dia masih berperangai begitu. Saya tidak pernah curang malahan mesej perempuan pon just pasal belajar di Uni. Saya minta pandangan.apa yang harus saya lakukan.saya masih cintakannya tapi pada masa yang sama saya tak sanggup ditipu begini. Dia cakap dia akan berubah. Sekiranya saya memaafkannya , adakah dia akan berubah? I hope u put your position on my position then advice me. Im sorry. I need a help

    Reply
  6. Salam.Saya seorang lelaki yg dicurangi. Si dia masih cintakan saya. Dia mesej dengan kawan2 lelaki dia. Tp mesej dengan cara yang agak manja.tapi mereka tiada apa2 hubungan. Tapi selama ini bila saya bertanyakan samada dia pernah contact lelaki , dia cakap tidak. Ni bukan kali pertama perkara ini terjadi. Saya bukan seorang yang terus menghukum. Cuma saya tak sanggup teruskan hubungan kalau dia masih berperangai begitu. Saya tidak pernah curang malahan mesej perempuan pon just pasal belajar di Uni. Saya minta pandangan.apa yang harus saya lakukan.saya masih cintakannya tapi pada masa yang sama saya tak sanggup ditipu begini. Dia cakap dia akan berubah. Sekiranya saya memaafkannya , adakah dia akan berubah? I hope u put your position on my position then advice me. Im sorry. I need a help

    Reply
  7. Rakan perhatian,
    Nama saya Vanessa Wayne Morgan dan saya mendasarkan di Texas Amerika Syarikat. “Kehidupan saya kembali !!! Selepas 1 tahun perkahwinan patah, suami saya meninggalkan saya dengan dua kanak-kanak. Saya rasa seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan i berani mati hampir komited, i emosinya turun untuk masa yang sangat lama. Terima kasih kepada si penyihir kesan hebat yang dipanggil Imam Dr Idahosa ABOSUN yang saya bertemu dalam talian. Pada suatu hari setia, seperti yang saya telah melayari internet, saya terjumpa banyak testimoni mengenai ini ejaan bedak tertentu. Ada yang memberi keterangan bahawa dia membawa kekasih Ex mereka kembali, ada memberi keterangan bahawa beliau mengembalikan rahim, kanser mengubati, dan penyakit lain, ada yang memberi keterangan bahawa dia boleh membuang ejaan untuk menghentikan perceraian dan sebagainya. saya juga mencari satu kesaksian Khususnya, ia adalah kira-kira seorang wanita bernama Sonia, dia memberi keterangan tentang bagaimana dia dibawa balik kekasih Ex dia dalam masa kurang dari 7 hari, dan pada akhir keterangannya dia jatuh Imam Besar Dr Alamat emel Idahosa’S ABOSUN . Selepas membaca semua ini, saya membuat keputusan untuk mencubanya. Saya menghubunginya melalui e-mel ([email protected]) dan menjelaskan masalah saya kepadanya. Hanya dalam 3 hari, suami saya kembali kepada saya. Kita menyelesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia daripada sebelum ini. Imam Dr ABOSUN adalah benar-benar seorang yang berbakat dan saya tidak akan berhenti menerbitkan dia kerana dia adalah seorang lelaki yang baik … Jika anda mempunyai sebarang masalah di sini adalah alamat e-mel untuk sampai kepadanya. [email protected] anda akan senang anda lakukan.

    Nota: Dia juga boleh membuat anda kaya, menyembuhkan HIV / Aids, Penyembuhan apa-apa jenis penyakit kanser, menghalang anda daripada mempunyai mimpi buruk, membuat anda hamil jika anda tidak mempunyai anak dan melepaskan kamu dari orang-orang yang jahat okay. sila hubungi beliau hari ini dan hidup bahagia selama-lamanya.
         ([email protected])

    Reply

Leave a Reply to lydia Cancel reply

yoeeeeeeee