Luahan Cinta: Malu Tapi Mahu!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

hi ,boleh saya bertanya macammana kita nak tahu yang seseorang itu benar2 cintakan kita dan mempunyai perasaan yang sama ?..saya malu untuk bertanya adakah dia cintakan saya kerana saya takut bertepuk sebelah tangan,sudah banyak hint yang saya beri tapi dia tetap juga tak mengerti maksud saya..kadangkala saya ada perasaan mahu melupakan si dia kerana saya tidak nampak yang si dia cintakan saya,tapi kadang2 si dia melakukan sesuatu yang membuatkan saya merubah pendirian dan masih mahu menunggu nya..adakah saya yang tuli dan bodoh ?..menunggu buah yang takkan jatuh..saya ingin benar sangat tahu bagaimana perasaan dia terhadap saya,saya tahu dia ramai kawan permpuan dan secret admire..tapi saya tetap tidak mahu mengalah selagi dia tidak menyuruh saya untuk melupakannya..saya buntu,ada seorang yang begitu menyayangi saya ,dan saya dapat merasai keikhlasannya..adakah saya perlu memberi peluang pada yang benar2 cintakan saya dan melupakan orang yang saya cinta tapi tidak berbalas?
-Jueanna

Hi Jueanna,

Kadangkala lelaki boleh menjadi lebih kompleks daripada apa yang kita fikirkan. Ya, mungkin mereka memakai baju-T sama, seluar jeans lusuh, dan kasut Converse nya tak pernah dicuci, tapi fikiran mereka agak sulit. Bukankah lelaki itu dikurnia sembilan akal dan satu nafsu?

Lelaki sebenarnya seorang yang perahsia. Biar I berterus terang dengan you. Lelaki yang you kenal ini pada amatan I suka disayangi dan didampingi, bukan seorang tapi beberapa orang. Bukan bermakna dia playboy, cuma dia tidak mahu ter-attach dengan seorang sahaja dan ini dengan sendirinya akan membuat ‘kupu-kupu’ lain terbang pergi. Sebab itulah dia tunjukkan respon yang lemah terhadap hints you.

Beginilah, I tahu you jarang meluahkan perasaan cinta kepada seseorang, bukan. Tidak mudah untuk you melakukannya. Tapi cuba fikir semula, adakah si dia seorang insan yang deserves untuk diluahkan rasa cinta kepadanya? Adakah si dia ini lelaki yang you akan buat apa sahaja untuknya? Lelaki yang tidak pernah gagal membuat hati anda bergemuruh setiap kali menatap wajahnya? Lelaki yang sekiranya dia menarik tangan you, dan you akan korbankan apa sahaja yang you ada selama ini hanya untuk bersama dia semula…? Jika jawapan you adalah YA, you know what should you do now, right? 🙂

Gambar: Ladynathz

Google Eat this!

  • malu tapi mahu
  • mahu tapi malu
  • cinta tapi malu
  • pantun malu tapi mahu
  • lelaki malu meluahkan perasaan
  • lelaki malu tapi mahu
  • kenapa lelaki malu luahkan perasaan
  • lelaki perahsia
  • malu untuk meluahkan perasaan
  • jatuh cinta tapi malu

8 thoughts on “Luahan Cinta: Malu Tapi Mahu!”

    • Ya, tidak dinafikan ada segolongan lelaki yang ‘lambat’ untuk mengorak langkah pertama dalam perhubungan. Mungkin mereka ada terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka benar-benar yakin untuk melafazkan kata cinta kepada gadis idaman. 🙂

      Reply
  1. hai…i nak tnye mcammne nak tau yang someone tu suke kat i…dah lbih setahun i suke kat dia…i start suke dia lepas satu incident yang memalukan…incident tu rahsia…:)…dia tu seorang yang pemalu…dia sebaya dengan i… dia tau i suke dia tapi dia buat x tau je…dia x pernah reply klau i mcez dia…pernah sekali i mcez die kat fb la…tapi klau i terpandang dia mesti ktorang bertentang mte n i dan dia akan lrikan pandangan ktorang…i x boleh brckap nan die coz i akan rse berdebar gila…bile i msok kelas dia pon i jadi camtu…jadi berdebar n x tentu arah…i selalu malu kalau dia pandang i…pernah sekali i dengan dia satu group n ktorang x bercakap langsong…i bercakap nan semue orang kecuali dia…dia pon bercakap nan semue orang kecuali i…tapi i msih x tau dia suke kat i ke x…coz ni kali pertame i rse berdebar kat orang lelaki…walaupon i pernah couple, tapi i x pernah rse camni…i slalu berharap i dpat jdi kan dia or soemone speacial to him…boleh x bagi tips or advise camne i nak rapat nan dia n camne i nak tau perasaan dia kat i jgak…please…i sangat mengharap reply dari u…thanks….

    Reply
  2. . sye keliru dgn perasaan sye skrg nie . sye dah ada boyfriend,tp sye mula sukakan sese0rang yg mula nak rapat dgn sye . sebenarnya masa mula2 kenal dgn si dia,sye dah mula sukakan dia sebab dia pandai jaga hati sye . dia sentiasa ada bila sye perlukan sese0rang . hubungan sye dgn b0yfriend sye dah tak macam dulu dah . kami jarang berhubung walaupun rumah kami dekat . apa sye patut buat dgn si dia? . sye pernah beritahu si dia yg sye sukakan dia,tapi dia hanya memberikan senyuman saja . dia tahu yg sye dh ada b0yfriend . tapi,bila kami jumpa sye rasa ser0n0k sangat . sye rasa tenang bila dpt luangkan masa dgn dia . dia pun pernah bagi tau kat sye kalau la sye masih single,dai akn lamar sye terus dan jadikan sye isteri dia . sye tak tau nak cakap apa kat dia . dia kata daia akn tetap tunggu sye . sye lebih ser0n0k dapat berhubung dgn dia daripa berhubung dgn b0yfriend sendiri . kadang2 sye rasa yg sye nie curang sebab sye berhubung dgn laki lain . 🙁

    Reply

Leave a Reply to adid Cancel reply

yoeeeeeeee