Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂
saya merupakan penuntut ipta di utara semenanjung dan kini berada di tahun 2.Untuk pengetahuan misz chinta saya baru sahaja memutuskan hubungan dengan teman lelaki saya yang sudah terjalin sejak zaman sekolah lagi,hubungan kami kira kira sudah mencapai 5tahun. Tahun lepas saya telah mengambil keputusan utk jauhkan diri dan memutuskn hubgn kerna bg sy dia telah ade yang lain,sejak kami masuk u perwatakan dia byk berubah,sy tekadkn hati utk puts demi mnjaga agama.Untuk pengetahuan misz chinta dia seorg yg kuat agama kadang2 sya rasa diri ini amat kerdil di sisi dia.Utk pengetahuan Misz chinta jga dia pnh mengaku curang pada sy dan sya terima balik dia kerana terlalu sygkn dia.Sehinggalah kini hati saya sdh tidak tahan lagi shga mengamil kputusan utk putus kerna hti sy kuat mengatakn dia berlaku curang buat kali kedua.Hakikatnya hti sya merana ttp masih menunggu dia.Dan kini saya mengenali seorg senior di tempat kerja dahulu,dia byk membimbg sy,dan sy dapt rasakn sy mula sygkn dia. Sya mula mgambil keptusn untuk berkhwin muda demi menjaga btas2 agama dan hati.Tapi pada masa yang sama hati saya keliru adakah sya masihkan syg n menghrp pd beks teman llki sya kern shga kini kami msih brhubung dn berkwan..sya tkut jika sy kwin dgn Senior sy,hti ini msh xdpt lupakn dia dan paling teruk,sya menerima senior sy adalah kerna ingin melupakn die.Sedangkn senior sy adalh lelaki yg terbaik yg pnh sy knl dia amat mnjaga bts2 agama. sy juga bimbg perkenaln yg sgkat ngn senior sy ini membuatkn saya tertipu sbenarnya??? hati saya benar2 keliru..
–Aida
Salam, Aida.
I harap you lebih bersabar dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat keputusan untuk berkahwin. Ya, berkahwin muda ada kebaikannya tetapi dalam kes you, yang masih berteka-teki memilih seorang lelaki untuk dijadikan pasangan sehidup semati, I rasa eloklah you pertimbangkan keputusan you itu semasak-masaknya.
Dalam cerita cinta you dengan kekasih lama you, yakin I nyatakan di sini bahawa you terjebak dalam ‘Sweet Moment Supremacy Syndrome’ (okey, ini term I reka sendiri. Terma formalnya ialah Disconfirmation Bias). Sindromnya adalah lebih kurang seperti ini: You terlalu mengagung-agungkan kelebihan/ perwatakan yang baik/ saat-saat manis ketika bersama si dia sehingga you menyangkal fakta di mana si dia juga mempunyai kelemahan tersendiri malahan pernah mengecewakan you. Namun apabila sindrom ini merasuk, segala kesilapan dan kekhilafan si dia akan dimaafi kerana kebaikan yang ada padanya menjadi tiket untuk you menolak semua keburukan si dia. Perlukah I ingatkan bahawa kekasih lama you itu pernah berlaku curang kepada you? Bukan sekali, tapi dua kali.
Ucapan terima kasih kepada senior you yang sudi menemani you melalui hari-hari sukar berpisah dengan kekasih lama you. Si dia sememangnya seorang yang berhati budi kerana menjadi pengubat luka dan menjadi bahu untuk you bersandar. Eh, wait a minute! Lelaki selalunya berjaya mencuri hati perempuan ketika mana si perempuan itu dalam keadaan lonely dan vulnerable – iaitu sebaik sahaja putus cinta. Ambil sedikit masa untuk menilai dari mana cinta you dan senior itu mula berputik.
Membuat pilihan menjadi rutin dalam kehidupan kita. Bezanya ialah kesan keputusan itu kepada hidup kita di hari mendatang. Jadi buatlah keputusan sebaik mungkin. Rujuk seberapa banyak sumber yang boleh terutamanya orang tua kita. Misz Chinta juga pernah di suatu ketika dahulu menggunakan Plus, Minus & Interesting (PMI) Method (boleh research di Google) dalam membuat pilihan. Memang ia kelihatan janggal dan kurang matang, tetapi percayalah ia berkesan untuk I ketika itu.
p/s : Ikut gerak hati, kerana ia tidak pernah menipu… 🙂
Gambar:Â Pink Sherbet Photography
Google Eat this!
- luahan cinta
- maskulin