Kisah Cinta: Segalanya Untukmu

Lisa memandang sekilas pada jam dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Hatinya resah. Ketakutannya muncul .’Dasar penakut’, detik hati kecilnya. Lisa kembali tekun menelaah. Memandangkan peperiksaan SPM hanya tinggal 4 Jumaat (sebulan), dia mengambil keputusan untuk stay out selama mana yang boleh.

Deringan telefon bimbit menandakan satu pesanan ringkas masuk. Lisa menghentikan kerjanya. Telefon bimbit yang sudah dicampak jauh2 diambil kembali. ‘Hmm,nasib baik kau yang text aku’, bisik Lisa sendirian.

Night syg.Stdy betul2.Jgn takut pulak 😀

Pesanan yang cukup ringkas itu membuatkan Lisa tersenyum.

Ok darl.Thx. XOXO

Lisa meletakkan telefon bimbitnya kembali. Fikirannya terus melayang.

********************************************************************

“Hi, Lisa,” tegur Mirul
“Hi, sorry la awk, Lisa tak dapat teman awak kebelakangan ni, busy la.”
“It’s okay Lisa. Lagipun awak kan nak study. Bukan lama lagi pun kan.”
“Thanks faham saya,” dalam hati Lisa bersyukur kerana dikurniakan insan istimewa seperti Mirul.
“Da la. Jom,saya belanja makan. Dah lama saya tak belanja awak kan??’
“Hehe, haah la awk. Saya pun da lapar. Jom.”

********************************************************************

‘Lisa, belajar betul-betul. Jangan hampakan perasaan parents Lisa. Mereka nak sangat tengok anak tunggal kesayangan mereka ni berjaya. So, teruskan usaha. Jangan sesekali fed up. Kalau saya tak ada pun awak masih boleh berjaya, kan? Good luck sayang. Saya akan sentiasa sokong awak walau kita ditakdirkan berpisah.’

Kata-kata semangat yang diberikan oleh Mirul petang tadi masih terngiang-ngiang di telinga Lisa. Pelik.N asihat yang Mirul berikan seolah2 memberi petanda mereka tidak akan berjumpa lagi. Lisa sudah mula memikirkan perkara yang diluar jangkaan. Segera perkara itu diusir dari kotak pemikirannya.

********************************************************************

Lisa memandang sekilas pada telefon bimbit kesayangannya. Dia berharap agar ada pesanan ringkas daripada Mirul. Sudah hampir sebulan Mirul tidak memberikan sebarang khabar. Rindunya pada lelaki itu memuncak. Risaunya juga semakin menebal. Lisa mengambil keputusan untuk bertanyakan sendiri khabar Mirul pada adiknya, Nilia. Lantas jarinya mendail nombor Nilia.

“Hello, Nilia. Ni Kak Lisa,” Lisa memulakan bicara.
“Hello, kak. Kenapa call Nilia? Ada hal penting ke?”
“Emm, mana Abang Mirul pergi?” suaranya gugup
“Ya Allah, Kak.Akak tak tahu ke, Abang Mirul dah meninggal seminggu lepas.”

Lisa terdiam. Lidahnya kelu. Setitis mutiara jernih jatuh dari kelopak matanya.

“Nilia, akak tak tahu. Abang Mirul sakit apa?” suaranya mulai serak.
“Leukemia kak. Sebenarnya dah lama abang Mirul menderita kak. Tapi dia tak nak akak tahu. Dia tak nak akak susah hati. Dia risau result akak teruk,” jelas Nilia
“Terima kasih, Nilia. Bye.”

Telefon bimbitnya segera dimatikan. Hidupnya terasa kosong. Lisa terlena dengan air mata berbaki di pipinya.

********************************************************************

‘Amin.’ Lisa menyudahkan bacaan Yassinnya. Tangannya meramas-ramas lembut pusara Mirul. Hatinya kembali terusik,

‘Mirul, Lisa dah berjaya. Lisa dah dapat apa yang Lisa inginkan. Lisa dah buktikan pada mama,papa dan Mirul. Lisa sentiasa doakan kesejahteraan Mirul. Mirul sentiasa ada dalam hati Lisa.’

Lisa, Mirul sayang Lisa.
Mirul harap hubungan kita berkekalan.

[notification type=”standard”] Karya cerpen ini ditulis oleh FyzaIshak . Jika anda juga berminat untuk menghantar hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]

Gambar: Victor Bezrukov

Leave a Comment

yoeeeeeeee