Kenapa Lelaki Perlu Tipu Dalam Bercinta?

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

saya menjalinkan hubungan dgn a guy selama dua tahun.. seminggu sebelum tu kmi bgdo, then lps tu kmi ckp, but on anniversary, dia ckp dia dh ada sumone else, dia kta bru je mula, msa week kmi x ckp, dia ckp dia cintakan saya but not fully.. saya x fhm, sblum tu , dia ckp elok je dgn saya, kmi beza 18 tahun, im still a teenager, kenapa perlu ada penipuan..dan org yg dia suka itu adalah org yg rpt dgn saya, saya x fhm apa yg ptt saya buat.. saya buntu, apakah kesetiaan x bermakna apa2?
Syaz

Jawapan Misz Chinta

Sama ada sedar atau tidak, kebanyakan cinta itu sendiri sudah bermula dengan penipuan sedari awal lagi. This is the ugly truth. Ingat lagi sewaktu awal perkenalan, masing-masing menganggap apa jua kata-kata dari si dia indah dan molek belaka. Apa saja cadangan dipersetujui dan perbuatan yang dahulunya jadi pantang larang sudah boleh diredahi. Padahal untuk menjaga hati si dia semata-mata, tidaklah seikhlas mana.

Semua itu bergantung kepada niat dan kenapa perlu tipu. Jika ianya adalah untuk menjernihkan keadaan, itu boleh diterima. Tapi jika ia adalah untuk tujuan peribadi sebelah pihak dan sebelah pihak lagi mendapat kesan buruk daripada penipuan itu, sesuatu perlu dilakukan. Perbezaan umur 18 tahun antara you dengan kekasih you sendiri sudah seakan-akan mengizinkan penipuan untuk berlaku dalam perhubungan you, dan you adalah mangsanya. I’m not judging you, tapi cuba imbas kembali sewaktu you bersama adik atau orang yang lebih junior daripada you, tentu you melayan mereka dengan acuh tak acuh kerana mereka lebih muda daripada you. Seniority’s dominance take place here.

Keputusan si dia untuk jatuh cinta dengan orang lain perlu dihormati. Janji-janji setia si dia dahulu sudah luntur auranya kerana masa itu sentiasa bergerak, tidak statik. Cinta kadang-kadang kejam. Tapi ia akan membuka pintu bahagia untuk orang lain. Lepaskanlah. Mungkin anugerah Tuhan kali ini bukan jatuh untuk you, tapi di lain masa you perlu percaya kepadaNya. Kerana jodoh itu adalah rahsia Allah, tanpa kita sedar dan hilang percaya, Dia sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita di hari kelak. Kita hanya mampu berusaha dan redha 🙂

Gambar: pupismyname

Google Eat this!

  • kenapa kita perlu bercinta
  • cinta tipu
  • kenapa lelaki suka tipu
  • cara lelaki bercinta
  • lelaki tipu
  • cara menghadapi lelaki penipu
  • penipuan dalam percintaan
  • tipu dalam cinta

4 thoughts on “Kenapa Lelaki Perlu Tipu Dalam Bercinta?”

  1. Bella Kamal; Tabahlah. Mungkin si dia ada sebab tersendiri untuk berdusta. Anggaplah tiada jodoh antara anda berdua dan jadikan pengajaran di atas apa yang telah berlaku. Biarlah si dia pergi dengan dosa-dosanya…

    Reply

Leave a Reply to hasya diena Cancel reply

yoeeeeeeee