Luahan Cinta: Keliru Dengan Hati Dan Perasaan

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Assalamualaikum, Misz Chinta. Saya mengalami masalah dalam memilih dua lelaki di dalam hidup saya sekarang ini. Lelaki pertama adalah A yang saya hanya kenali dari satu laman web dan kami belum pernah lagi berjumpa secara berdepan. Sudah hampir setahun kami bercinta dan disebabkan sekarang dia berada di dalam kem tentera, kami tidak lagi saling berhubung dan berjanji akan berjumpa selepas dia selesai menjalani kem tentera selepas dua tahun. Saya juga telah berjanji dengannya akan menunggu dia dalam tempoh dua tahun ini. A amat memahami hati dan perasaan saya dan sentiasa menyokong saya tetapi dia bukan seorang Muslim. Setiap kali berchatting dengan dia, hati saya berbunga-bunga dan perasaan saya menjadi sangat kuat. Sejak kebelakangan ini saya mula tertarik dengan seorang lelaki seuniversiti dengan saya iaitu B, seorang Muslim, selepas A bertolak pergi ke kem tentera. Namun, saya tidak pernah bercakap dengannya. Setiap kali saya dan dia bertemu, kami kerap kali akan bertentang mata, kadangkala saya dapat merasakan dia memerhati saya secara diam dan ini telah membuatkan saya mula suka dengannya , di tambah dengan penampilannya yang kemas, bersih dan senyumannya yang manis. Hanya melihat kelibat dia membuatkan hati saya bergetar dan amat sukar untuk saya menyembunyikan perasaan. Namun, saya jadi keliru kerana saya tidak tahu sama ada dia betul-betul menyukai saya atau tidak memandangkan kami belum pernah bertegur sapa dan saya amat risau mengenangkan teman lelaki yang berada di kem kerana khuatir saya akan curang denggannya. Saya juga tidak pasti sama ada saya masih lagi cinta atau tidak akan teman lelaki saya sekarang. Apakah yang patut saya lakukan sekarang? Perkara ini membuatkan saya gusar dan susah hati kerana saya tidak mahu curang dengan teman lelaki saya~
Hazwani

Waalaikumussalam, Adik Hazwani.

I begitu tertarik dan kagum dengan hubungan cinta you dengan Lelaki A. Cinta sememangnya begitu, tidak pernah mengenal latar belakang si pencinta. Walaupun Lelaki A bukan muslim tetapi cinta itu tetap hadir kerana urusan hati dan perasaan bukan dibawah kawalan kita.

Nasihat I tentang hubungan you dengan Lelaki A – JANGAN TERUSKAN. Emm, I bukan menghalang cinta berlainan bangsa, itu bukan soalnya. I cuma kurang setuju dengan cinta di alam maya ini. Ya, you mungkin mendapati bahawa Lelaki A romantis, berjenaka dan pandai mengambil hati semasa berchatting. Tapi sedarkah anda bahawa you hanya tertarik dengan tulisannya semata-mata dan bukan si dia yang nyata? Jika you pernah melihat gambar atau video chat dengannya sekalipun, itu belum cukup kuat untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar jujur. Boleh jadi Lelaki A bukanlah sehebat mana seperti yang you gambarkan di alam maya dan hanyalah seorang lelaki yang hanya berbekalkan mulut manis sahaja.

You perlu pastikan terlebih dahulu adakah kehadiran Lelaki B dalam hati you adalah cinta sebenar atau hanya sekadar ‘angin cinta’ semata-mata yang hadir seketika dan akan pergi bila-bila masa. Cuba cari masa yang bersesuaian untuk berkenalan dengan Lelaki B seperti join events / kelab yang turut disertainya dan etc. Kalau boleh elakkan daripada menggunakan orang ketiga (seperti meminta nombor telefon) kerana kita ni perempuan, dan lelaki hanya akan lebih bertambah egonya jika dapat tahu si perempuan yang lebih dahulu menggilainya. To be safe, biarlah Lelaki B itu dahulu yang memulakan perkenalan.

Sekali lagi I nak jelaskan, I bukanlah nak menafikan hubungan you dengan Lelaki ‘tentera’ A. Tapi you perlu bertemu empat mata dahulu dengannya dan selepas itu barulah you boleh bawa hubungan you ke tahap seterusnya.

Dan apabila cinta you dan Lelaki A sudah nyata, bolehlah you menganggap cinta you kepada Lelaki ‘sekampus’ B hanyalah mainan nakal perasaan you sahaja 🙂

Gambar: floluong

Google Eat this!

  • luahan perasaan cinta
  • keliru dengan perasaan cinta
  • perasaan hati
  • hati dan perasaan
  • perasaan keliru

5 thoughts on “Luahan Cinta: Keliru Dengan Hati Dan Perasaan”

  1. satu je saya nak bgithu…saya pernah putus dengan teman lelaki saya gara2 perempuan yang dikenalnya di alam maya.mereka bersama lebih kurang 2 tahun.Mereka berchating FB,skype…perkara rutin,bergurau senda..tanpa benar2 bertemu…namun apabila bertemu…semuanya lain..teman lelaki saya tidak berasa serasi dengan perempuan tersebut..dan memutuskan terus perhubungan…sedang perempuan tersebut makin menyintai teman lelaki saya..sekarang perempuan tersebut merana,memujuk hati sendiri kerana teman lelaki saya tidak mahu bertemunya takut hanya akan memberi harapan pada perempaun tersebut..saya nasihatkan,jumpa dulu sebelum meyebut perkataan sayang cinta itu..teman lelaki rasa bersalah pada saya kerana pernah menduakan saya dan ingin kembali pada saya.saya menerimanya kerana masih menyayanginya.

    Reply
  2. Terima kasih Miss Lela kerana sudi berkongsi. Bak kata orang, Cinta Itu Buta. Belum jumpa empat mata dah kemaruk cinta padahal apa yang terpapar di skrin komputer bukanlah gambaran sebenar seseorang itu. Tiada cinta mukabuku, yang ada hanyalah cinta yang bermula perkenalannya daripada muka buku, kemudian, untuk menyulam cinta sebenar kenalah berjumpa face to face pula kan. Harap boyfriend you dapat pengajaran. kihkih

    Reply

Leave a Reply to Misz Chinta Cancel reply

yoeeeeeeee