Keliru Antara Dua

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam misz Chinta…
d c ni sy nk kongsi mslh cinta yg sy hdpi.Harap misz Chinta dpt membantu sy.Sy dgn ‘A’ sdh 4 thn brsama.Pd mulanya,bg sy cinta sy trhdp dia xjelas lg.tp bila dh lama2 sy dpt terima dia seadanya dan yakin sy dpt mengubah dirinya utk ms dpn km brsm.tpmalangnya,slama 4 thn peluang yg sy bg utk cinta sy trhdp dia dan utk dirinya brubah mcm takde.kene fhmla dia llki,pemimpin dlm rumah tgga.prubahn tue ada tp xkekal lama.seolah2 sy yg mengatur hdp ktorg.’A’ pnya sikap yg sy kurang slesa bila marah,sikap tue blh bt sy semakin lama semakin pudar cinta trhdp dia.slama 4 thn tue,sy sabar dan terus sabar prtahannkn hati sy utk trs mencintai dia.tp rs mcm sia2,sy tetap katakn yg sy cintakn dia walaupn hati sy semakin pudar utk dia.tp xdnafikn dia mmg sygg,ikhlas,jujur dan setia dlm prhubungn km.1 hari sy dgn ‘A’ dpt twran smbung bljr d tmpt yg brbeza.keadaan ini lg lah bt sy pening melayan karenah ‘A’ yg x pena putus2 buruk sangka dgn sy.biasalah bila brjauhn ada saja keraguan melanda.kawan pn xblh,kwn dlm FB pn ktorg blh gaduh.tiba2,1 hari semasa bt keja kmpln sy knl 1 llki yg sm negri dgn sy.bila dh lm knl dia,dia sorg yg periang,mesra,dn sk menolong.1 hari dia meluahkn kpd sy yg dia tertarik dgn sy.dlm ms yg sm sy trtarik dgn sikap dan sifat dia.dn sy trtanya2 dgn diri sy,mn yg baik utk menjadi pemimpin dlm hdp sy satu ms nnti…sy keliru,keliru,keliru,dan trs keliru nk pilih pilihan hati sy atau trs mmpertahankn cinta sy??
YaNne

Jawapan Misz Chinta

Salam Yanne,

I faham apa yang you rasa. Dalam soal memilih pasangan kita seringkali keliru, lebih-lebih lagi jika kita rasa berbelah bagi antara dua.

Namun dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya dalam soal memilih pasangan, kita perlu melihat dulu dari pelbagai aspek.

Yang pertama, keserasian antara kita dan si dia.  Pastinya sebagai wanita, kita nak hubungan yang terbina tu berkekalan ke jinjang pelamin dan seterusnya sampai akhir hayat. Jadi di sini keserasian tu amat penting agar hubungan kita tu terus harmoni dan kita dan pasangan akan sentiasa memahami antara satu sama lain.

Keduanya you kena tanya diri you sendiri, apa yang you nak dalam sesuatu perhubungan dan siapa antara mereka berdua yang boleh memberikan semua itu kepada you.

Antara persoalan yang boleh mencari jawapan  kepada kekeliruan you tu adalah kalau you berada dalam kesusahan, agaknya siapa antara mereka berdua yang akan berada di sisi you? Dan juga siapa yang boleh membahagiakan you.

Cinta sepatutnya membahagiakan dan menyenangkan. Cinta perlukan persefahaman antara kedua-duanya. Cinta juga perlukan kepercayaan.

I harap you dapat membuat satu pilihan yang tepat. Carilah seorang pasangan yang boleh membimbing dan membahagiakan you. Seorang pasangan yang memahami dan menyenangkan hati you.

Berdoalah dan minta petunjuk dari-NYA agar you berjaya membuat pilihan yang tetap untuk kebahagian masa depan you. 🙂

Gambar: raruschel

Google Eat this!

  • keliru memilih pasangan
  • memilih antara dua lelaki
  • keliru antara dua lelaki
  • tips memilih antara dua lelaki
  • misz cinta
  • pilih antara dua lelaki
  • pilihan antara dua lelaki

Leave a Comment

yoeeeeeeee