Kekasih Terpaksa Ikut Pilihan Keluarga

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

salam misz chinta;
saya baru je putus dgn kekasih saya kerana keluarga dia minta dia berkahwin dgn pilihan mereka..dia anak yang baik dan tak akan lawan ckp ibu bapanya..dia terpaksa putuskan hubungan kami walaupun dia terseksa..saya xdapat terima kenyataan ni sebab die laangsung xcuba pertahankan cinta kami..die xcuba nak bercakap dgn ibu bapa dia pasal saya..dia takut dia mengecewakan ibu bapa dia..tp saya tetap nak pertahan kan cinta saya..saya runsing apa yang boleh saya buat sekarang ni..perlu ke saya jumpa ibu bapa dia??atau saya terpaksa lepaskan die??saya xsanggup nak lepaskan dia..kerana kami masing2 cintakan satu sama lain..saya sanggup buat apa saja utk cinta kami..
Miey

Jawapan Misz Chinta

Waalaikumussalam Miey,

Masalah seperti ini pernah terjadi kepada rakan I sewaktu di universiti dulu. Ibu bapa pasangannya tidak mengizinkan perhubungan mereka berdua. Sebabnya, si gadis beperwatakan ‘happy-go-lucky’ tetapi anaknya ini pula agak pendiam dan warak.

Pengaruh ibu bapa dalam pencorakan hidup anak muda amat besar, begitulah cara hidup kita orang Melayu. Tanpa izin dan restu ibu bapa segala perkara yang dibuat akan rasa serba tidak kena. Itu tidak termasuk yang jenis ‘anak mak’ lagi (siapa yang tak mengaku dia anak mak, kan?). Hatta jika ingin potong kuku pun mahu diberitahu ibu dahulu. Inikan pula mahu bersama dengan orang yang berlainan jantina.

You sepatutnya berbangga dengan bekas kekasih you yang penyayang terhadap keluarga. Benar, you cinta amat kepadanya, tapi beranikah you mendabik dada dan mengisytiharkan cinta you lebih agung daripada cinta ibu kepada anaknya? Ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Dan itulah perkara yang I mahu highlight-kan di sini. You perlu berani tampilkan dirinya you kepada keluarganya supaya ibu bapa si dia tahu dan kenal siapa you sebenarnya. Mungkin selama ini mereka menyangka you tidak sebaik mana dan tak sesuai dijadikan menantu. Boleh jadi bekas kekasih you sudah bermati-matian meyakinkan ibu bapanya bahawa dia cintakan you, tapi tidak berhasil.

Tiba masanya you sendiri yang merubah persepsi ini segera. Jika you mahu pergi bersemuka dengan keluarganya, I rasa ia kurang sesuai. Takut dikatakan kurang adab pula. Cara I, beransur-ansur mengirim hadiah kepada ibu bapanya, atau menjalin silaturrahim dengan adik-beradiknya yang lain. Ia sedikit sebanyak boleh melembutkan hati ibu dan bapa bekas kekasih you itu. Jika benar you betul-betul cintakan dia, ikhlaskan hati, dan kejarlah cinta mu…

p/s: If its worth having then its worth fighting for.

Gambar: didbygraham

Google Eat this!

  • cerpen kahwin pilihan keluarga
  • https://zoncinta com/kekasih-terpaksa-ikut-pilihan-keluarga/

2 thoughts on “Kekasih Terpaksa Ikut Pilihan Keluarga”

  1. Memang terjadi kpd sy…. Ungkapan blh bg “Teman Tapi Mesra”. Bila sy luahkan perasaan cinta pada si dia, si dia ckp dia blum bsedia lg utk bcinta sbb penah di kecewakan bberapa kali shingga ptus tunang n anggap sy ni sbg kwn baik dia shj. Tp dlm masa yg sama, dia akn bkawen dgn pilihan mak dia. Sy xpahm dia… Dia kata dia blum bsedia utk bcinta tp dh bsedia utk bkawen? Hati sy sgt remuk…Dia bkawan dgn sy hanya utk mlupakn kkecewaan dia shj.. Sy xtau pe patut sy buat sbb sy sgt sygkn dia lbh dr seorg kwn… =(

    Reply
  2. jawapan u bodoh sekali
    i penah rasa nie semua…dan i terima jer
    dan dia pun rasa besalah terpaksa tarima
    kerana terlalu banyak gosip yang kami terima dan dia terima….ter utama
    adik dia yang suka buat cerita mcm2.terhadap diriku…

    Reply

Leave a Reply to Jiwa Hancur Cancel reply

yoeeeeeeee