Kahwin Muda: Madu Atau Hempedu?

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini banyak dihebahkan di majalah-majalah remaja, media masa mahupun share di Facebook yang membincangkan mengenai KAHWIN MUDA.

Mengapa Perlu Kahwin Muda?

Rata-rata yang bersetuju dengan prinsip ini berpendapat, kahwin muda adalah untuk membawa hubungan mereka berdua ke puncak cinta iaitu ke jinjang pelamin.

Tidak kurang juga yang mahu berhenti atau mengelak daripada bergelumang dalam perhubungan yang tidak punyai ikatan atau lebih teruk lagi zina.

Adakah perkahwinan muda ini seindah yang diimpikan? Ada yang akan menjawab ya, tak kurang juga yang berkata tidak. Jika di entri sebelum ini Abang Teruna bersetuju dalam isu kahwin awal, apa kata kali ini saya memilih untuk berkata TIDAK 🙂

Masalah Timbul Bila Nak Kahwin Muda

Nak kahwin perlukan wang, dan perbelanjaannya bukan sedikit. Paling busuk pun 10k perlu ada dalam simpanan untuk belanja persiapan perkahwinan: kursus, kad jemputan, majlis resepsi, baju pengantin, jurugambar, sewa kanopi, catering, mak andam, door gift, dan serba macam lagi. Itu belum sebut nilai hantaran yang diminta keluarga perempuan lagi. Lebih-lebih lagi kalau pasangan anda itu anak orang berada dan berkelulusan tinggi. Pening.

1.  Tiada Wang. Katakan anda baru menamatkan pelajaran di IPT. Di mana mahu cekau duit? Pinjam dengan member? Tak mungkin muka anda setebal itu untuk meminta. Akhir sekali, ibu bapa juga yang terpaksa menyalurkan duit untuk anak teruna/ dara mereka berkahwin.

“Alah, mak. Tok sah la nak bazir duit, kita buat kecil-kecilan sudahlah. Asalkan ada akad nikah cukup lah. Itu je yang Islam suruh. Kan?”

Hah! Mungkin begitu kata-kata anda, yang hanya memikirkan keindahan malam pertama semata-mata.

Ibu dan ayah lah yang lebih pening kepala memikirkan persiapan majlis anda nanti. Setiap ibu bapa mengimpikan sebuah majlis persandingan yang gemilang untuk anak-anaknya. Bukannya mahu menunjuk-nunjuk dengan majlis besar-besaran, cukuplah yang sederhana dan dihadiri semua sanak-saudara dan kenalan.

 

2.  Kaum ibu pula mudah terikut-ikut dengan budaya kampung. Kalau jiran atau saudara mereka buat majlis yang hebat untuk anak-anak mereka, ibu juga tidak mahu kalah.

Mungkin anda ketawa sinis dengan cara ibu itu. Nonsense.

Ingatkah anda di waktu kecil dahulu, anda merengek kerana mahu dibelikan basikal dan mainan Voltron?? Kerana apa? Anda dengki tengok kawan sebelah rumah ada basikal dan mainan yang sama. Begitu jugalah perasaan si ibu apabila masuk topik majlis persandingan anak-anak mereka .

 

3.  Umur belasan tahun dan awal 20-an bukanlah masa yang sesuai untuk mempunyai rumah tangga sendiri. Trend hidup millenium ini hanya mengizinkan individu di usia ini untuk meniti kematangan dan mencari identiti diri sendiri sahaja.

Ramai yang perkahwinannya rebah di tengah jalan kerana kurang persediaan terutamanya dari segi emosional dan rohani. Dalami dahulu ilmu dunia dan ilmu akhirat agar anda lebih bersedia menghadapi ranjau rumahtangga. Stabilkah kerjaya anda? Cukupkah solat 5 waktu? Pukul berapa anda bangun pagi?

Jika diri sendiri masih belum dibetulkan, apatah lagi mahu membimbing orang lain.

 

4.  Banyak kes yang berlaku, terutamanya dalam kalangan lelaki yang megabaikan tanggungjawab kepada isteri mereka selepas berkahwin. Sebab utamanya kerana tidak cukup enjoy ketika usia muda. Selepas berkahwin, dan mendapat ramai kawan yang pelbagai ragamnya, si lelaki mula kenal dunia dan merasakan diri mereka masih bujang lalu melakukan apa yang orang bujang biasa lakukan seperti berfoya-foya dan pulang lewat malam. Isteri dan anak kecil di rumah hanya mampu menangis tak berlagu.

 

5.  Setiap orang memiliki cita-cita. Sebagai seorang pelajar, sudah tentu anda mahu bergelar graduan seterusnya memasuki alam pekerjaan. Jika sudah kemaruk mahu kahwin awal ketika belajar, bagaimana hendak focus dalam kuliah?

Katakan anda terlalu berkeinginan mahu membuka sebuah bakery house atau melancong ke luar negara tapi anda memilih untuk kahwin terlebih dahulu. Secara tidak langsung hasrat anda itu terbantut kerana anda kini terikat dengan suami/ isteri dan anda mula tidak senang duduk kerana hajat anda selama ini tidak dapat ditunaikan.

Ya, anda boleh melakukannya bersama pasangan tetapi sudah tentu ia tidak sama seperti pergi dengan kudrat sendiri.

 

Mengapa perlu kahwin muda? Sedangkan ada yang lebih berhak untuk diawalkan.

“Gua dah habis belajar, ada kerja, dan ada duit. Sekarang gua nak kahwin. Ada apa hal?”

Tahniah! Anda sudah Berjaya dalam hidup dan berhasrat mendirikan rumahtangga selaras dengan tuntutan agama. Ia juga sebagai berkongsi kejayaan anda ini bersama si dia tercinta. Tapi sedarkah anda siapa yang telah membesarkan dan membawa anda ke tahap apa yang anda kecapi hari ini?

Ibu dan ayah anda.

Merekalah orang yang paling layak diberikan penghargaan. Hatta gaji pertama anda pun sepatutnya diberikan kepada ibu dan ayah (dan mestilah mereka akan menolaknya, kan..)

Bahagiakan orang tua anda dahulu sebelum anda mahu membahagiakan orang lain. Memang mereka tidak pernah meminta untuk anda membalas jasa-jasa mereka selama ini, dan anda takkan mungkin mampu menebusnya. Tapi sebagai seorang anak, mengapa tidak diluakkan sedikit kasih sayang kepada mereka, selagi mereka masih bernafas.

Tak usah berfikir mahu belanja ibu bapa anda lepas kahwin nanti kerana selepas ini banyak lagi tanggungjawab yang perlu anda bereskan.

*  *  *

Berfikirlah masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk kahwin muda. Kahwin itu tidak salah, malahan mendapat pahala. Tapi kadang-kadang jejarum masa tidak mahu bersahabat dengan kita, ketika ini, lain masa belum tentu. Ia pasti tiba jua, dengan izin-Nya. Insyaallah. 🙂

Jangan lupa klik share kepada rakan-rakan anda ya 🙂

Google Eat this!

  • masalah kahwin muda
  • kahwin

2 thoughts on “Kahwin Muda: Madu Atau Hempedu?”

  1. As salam.. beberapa bln yg lpas 2 org hmba Allah mlmr sy scr tdk lgsg.seorg ust dan seorg lg bkal ust.in sha Allah.tp sy msh mda. 18 thun. adkh sy perlu memilih slh seorg @ tlak kdua2nya dgn baik..? wslm

    Reply
  2. I have noticed you don’t monetize your page, don’t waste your traffic, you can earn additional bucks every month because you’ve got hi
    quality content. If you want to know how to make extra bucks, search for:
    Boorfe’s tips best adsense alternative

    Reply

Leave a Reply to FirstLilla Cancel reply

yoeeeeeeee