Inilah Kisah Cintaku ( Sebuah Kisah Benar )

Assalamualaikum dan salam perkenalan saya ucapkan kepada sesiapa-siapa sahaja yang sudi singgah untuk membaca karya ini. Saya tidaklah pandai mengolah ayat dan juga tidak pandai mengarang sehebat novelis terkenal. Tetapi apa yang ingin saya tuliskan adalah satu perkongsian yang wajar dan semoga menjadi iktibar kepada sesiapa yang sedang bercinta, bakal bercinta atau masih menanti cinta. Biarlah saya mula latar belakang saya sedikit. Saya hanyalah hamba ALLAH SWT yg biasa, masih banyak khilaf dan sifat hakiki manusia yg biasa. Saya masih muda. Awal 20-an sudah tentu muda kan? 🙂 Saya sedang belajar di salah universiti termuka dalam tamadun islam mengambil jurusan perubatan.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setelah memperolehi keputusan SPM,saya telah berhijrah beribu-ribu batu demi mengejar cita-cita impian Mama dan Abah saya iaitu menjadi seorang Doktor. Mulanya saya tidaklah begitu minat sebab cita-cita sejak 9 tahun hendak menjadi tentera tetapi setiap kali memandang mata Abah yg bersinar menginginkan salah satu antara kami berempat menjadi doktor, saya gagahkan jua dan alhamdulillah berjaya meneruskan pengajian di universiti yang saya mohon. Universiti yang saya pilih amatlah hebat, bahkan negara yang saya pilih disebut kebaikan dalam kitab-kitab mahupun Al Quran. Berlatar belakang budak Kuala Lumpur, saya dahulu bolehlah dikira nakal. Nakal sehingga jenuh juga Mama saya berleter. Tetapi Mama tetap saya berdoa agar saya dan adik-adik menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pada bulan September, saya dan 40 orang yang lain bertolak ke negara terpilih ini. Saya membawa hati yang lara untuk dirawat disini. Pada masa itu saya kecewa kerana lelaki yang saya pernah sandar harapan. Sudah memberi janji menanti, sudah memberi cincin. Akhirnya berpaling kepada sahabat baik sendiri. Bagaikan ditusuk sembilu, seminggu sebelum saya berlepas ke luar negara.Kedua-dua mereka tanpa segan silu mengaku dihadapan saya. Masih ingat lagi airmata yang jatuh ditempat awam. Mc Donald di dalam Sungai Wang Plaza, Bukit Bintang menjadi saksi hancurnya persahabatan yang dibina bertahun-tahun. Saya tidak lah kejam mahupun bodoh. Apa yang saya mahu pada saat itu hanyalah satu kejujuran bahawa mereka saling mencintai tetapi tidak. Saya redha dan saya mengundur diri.

Pada saat ini saya berpaling kepada lelaki yang saya memang cintai pada pandangan kali pertama. Biarlah saya gelar beliau Mr C. Saya menyukai segalanya pada dia.Dari senyumannya, kulitnya sehingga perangai kelakian dia. Saya mencintai dia seadanya tetapi ALLAH SWT masih menjauh hatinya dari saya. Walaupun puas saya menanti dan kami cuba menjalin hubungan kekasih semasa saya baru tiba di luar negara. Tanpa ribut taufan hatta tsunami kasih yang sulam mula pudar. Saya pun tidak tahu dimana salah silapnya. Akhirnya Mr C melepaskan saya tanpa mengucapkan selamat tinggal. Hanya mendiam diri dan berlalu pergi. Pada masa itu hati saya terlalu hancur. Malam Aidiladha menjadi saksi keretakkan ketara kami. Saya mencampak perasaan yang ada. Saya menangis dalam telefon mengadu pada Mama. Mama memujuk saya dan suruh saya bersabar. Saya tetap redha lagi dan berdoa semoga diberi kekuatan.

Pada malam Aidiladha itu, sedang saya melayan perasaan, saya menerima satu mesej di Facebook. Saya melihat abang kepada kawan baik saya di matriks menanya khabar. Beliau mengucap selamat aidiladha kepada saya. Saya dalam keadaan tawar hati hanya membalas sekadar bersahaja. Saya fokus pada jamuan malam Aidiladha yang ada. Al maklum, kami pelajar jauh dari keluarga jadi berkumpul bersama teman menjadi mengubat rindu. Malam itu saya dan teman membuat kerja gila. Kami panjat rooftop semata ingin melihat bintang. Dalam kepekatan tengah malam, berjubah bagai saya dan teman gagah memanjat tangga. Kami berlima pada masa itu baring di atas rooftop yang berdebu menikmati keindahan malam dihiasi keindahan bintang-bintang. Kemudian saya membuka Facebook. Saya melihat abang kepada sahabat baik ini menanya khabar lagi. Jadi saya berfikir “Mungkin aku patut kenal dengan mamat ini” dan ternyata itulah keputusan yang mengubah keseluruhan hidup saya.

Hari ke hari, dari mesej Facebook ke Yahoo Messenger.Perkenalan antara saya dan dia yang bernama samaran Ben semakin rapat. Saya sedar antara saya dan Ben kami mempunyai keserasian yang ketara. Tetapi disebabkan hati saya masih terluka dengan Mr C jadi saya membina benteng yang tinggi. Perkembangan hubungan saya khabarkan kepada Mama. Mama ternyata amat gembira kerana beliau amat berkenan pada Ben semenjak Ben datang beraya dirumah kami sebelum saya terbang kesini. Ben merupakan pelajar klinikal perubatan di negara yang lebih erat dengan Malaysia. Saya mengangap Ben seperti abang saya lagipun memandang beliau sendiri abang kepada kawan baik saya. Jadi saya tidak memasang angan lebih-lebih. Satu hari, Ben telah approach saya lebih dari kawan. Masa itu perasaan saya bergetar sekali. Saya tidak keruan apa perlu saya perlukan. Mama memberitahu saya supaya terima dan berkawan dahulu.S ebagai anak yang terlalu kasihkan Mama saya turutkan walaupun cinta dalam hati masih bertanda soal.

Ben ternyata lebih serius. Berulang kali Ben mengatakan hasratnya untuk menyunting saya menjadi isteri. Haha. Jujur lah saya sendiri tidak pernah memikir soal perkahwinan. Jadi saya hanya tersenyum apabila ditanya. Saya dan Ben makin rapat. Secara luar biasa, ALLAH mencampak sedikit perasaan rindu, sedikit perasaan cinta dan sedikit perasaan cemburu. Saya beristhikarah agar dilapangkan hati ini dan diberi petunjuk yang baik. Ben seorang yang baik, akhlak nya juga baik. Itulah yang saya dapat baca dari status-status Facebooknya dan latar belakang keluarga nya yang kuat agama. Saya seronok apabila bertemu lelaki yang boleh bimbing saya dengan baik. Perempuan mana tidak menginginkan lelaki yang beragama menjadi suami? 🙂

Hubungan antara saya dan Ben berterusan sehingga saya selesai pengajian dan pulang untuk summer break. Di Malaysia saya khusus belajar al-Quran dan menjalani ibadat puasa. Dihati ingin menjadi muslimah yang lebih baik. Ben menelefon saya beberapa hari sebelum dia pulang ke tanah air. Dia menyatakan yang dia ingin pulang dan berbincang dengan kedua ibubapa ingin menyunting saya menjadi isteri. Pada masa itu, saya tergelak dan tergamam. Mana mungkin orang yang hanya berjumpa beberapa kali kemudian terpisah serius ingin mengahwini diri ini? Saya keliru. Ben memberi kata putus ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Ya untuk berbincang dengan kedua ibubapa kami atau tidak sampai disini sahaja hubungan kami. Kerana cinta yang makin ada, saya memberi jawapan ya.

Saya mengambil Ben pulang dari lapangan terbang. Pertama kali melihat Ben keluar dari pintu ketibaan, saya hampir tidak kenal. Kerana rambutnya yang bertambah panjang dan susuk tubuhnya yang makin mengecil. Saya terlalu malu untuk bertentang mata sampai kawan baik saya teruja mengusikku.Pada malam itu, kami berbuka puasa sama bersama keluarga saya. Ternyata alhamdulilah keluarga saya menyukai Ben. Kemudian beberapa hari Ben bertolak pulang ke rumah kedua ibubapa nya yang dinegeri lain. Kemudian, Aidilfitri pun tiba. Saya meraikan dengan begitu gembira. Hari kedua saya bertolak ke negeri Ben untuk pergi beraya dirumah sahabat baik saya sendiri. Disana saya diapproach kedua-dua ibubapa Ben. Mereka setuju untuk masuk merisik saya selepas perbincangan bersama kakak dan sahabat rapat saya yang turut menemani kami ke rumah ibubapa Ben.

Saya masih ingat semasa hari jadi saya, Ben dan keluarga datang merisik saya. Pada masa itu saya rasa terlalu bahagia. Seakan sayalah perempuan yang menemui imamnya yang bakal membimbing saya ke syurga. Cincin disarung ke jari saya dan hantaran serta janji bertukar. Kemudian result peperiksaan saya keluar. Saya sangkut satu subjek. Kerana malam sebelum peperiksaan itu saya jatuh sakit yang teruk dan tidak dapat jawab dengan baik.

Saya tetap redha dan pulang awal dahulu dari sahabat rumah saya. Niat dihati ingin lulus dengan cemerlang satu subjek itu. Ben dan keluarga menghantar saya ke lapangan terbang. Malam sebelum saya terbang, Ben tidur dirumah saya.Saya rasa kasih yang teramat tinggi melihat Ben tidur disebelah adik lelaki saya diruang tamu. Saya terlalu bahagia. Saya melihat cincin saya dan sendiri masih terkejut telah menjadi tunang seseorang.

Dilapangan terbang, Ben sebagai tunang saya memberi amanat terakhir. Selepas berbalas pelukan, tangisan dan bertukar nasihat bersama ahli keluarga, saya membawa diri ke ruang pelepasan. Saya melangkah seorang diri. Saya menoleh kepada Ben, Mama ,Abah, kak, adik lelaki dan perempuan serta sahabat baik saya. Saya melambai dan berdoa agar dapat berjumpa lagi di tahun depan. Alhamdulilah perjalanan yang berbelas-belas jam itu akhirnya selesai. Saya selamat tiba di negara tempat saya menuntut ilmu. Saya menyuruh kawan saya yang saya hormat mengambil saya dilapangan terbang. Biarlah saya gelar beliau Leo. Leo merupakan pelajar jurusan agama. Beliau menghantar saya pulang ke rumah sewa saya. Saya mengucap terima kasih dan berlalu pergi. Saya melihat Leo ingin berbicara sesuatu tetapi tidak terucap. Saya membiarkan kerana saya ingin mengfokus segala perasaan yang ada pada tunang saya, Ben. Saya tahu apa yang Leo ingin sampaikan. Perasaan yang kasihkan saya itu.

Saya meneruskan kehidupan. Saya belajar untuk subjek yang kena ulang tetapi hati saya berasa tidak tenang. Saya menanya Ben ada apa-apa yang perlu saya tahu kerana saya terkejut apabila disapa seorang sahabat baik Ben yang mengatakan dia kekasih Ben semasa awal perkenalan kami. Ben mengatakan perempuan itu hanya kawan baik dan saya redha. Saya percaya pada Ben dan janji kasih ini apatah lagi bila Ben telah masuk meminang saya dihadapan keluarga kami berdua. Tidak mungkin Ben tegar menipu saya serta keluarga.

Didalam keributan perasaan, saya mengangkat tangan pada ALLAH SWT, pencipta diri ini. Saya bermunajat dalam hati “Ya ALLAH berikanlah aku ketenangan dan tunjukkanlah kebenaran itu”. 5 hari sebelum peperiksaan saya, keesokan hari saya berdoa. Saya menerima mesej facebook dari sahabat baik Ben. Biarlah saya gelar Kak D. Kak D menanya apa hubungan antara saya dan Ben. Saya memberitahu jujur dan cuba melayan dengan baik kerana menghormati kak D sebagainya sahabat baik Ben. Kak D terkesima apabila tahu kebenaran dan menanya kenapa saya tidak menanya dia dahulu sebelum bertunang. Saya bertambah keliru apa yang berlaku. Kak D memilih BBM sebagai medium yang lebih afdhal untuk berbicara. Setelah bertukar BBM pin, Kak D mengaku pada saya yang dia dan Ben telah menjadi kekasih selama 4 tahun. Pada masa itu, saya rebah! Saya menangis! Saya rasa dunia saya remuk di mata saya. YA ALLAH! Saya merayu pada yang Esa. Saya tewas, hati saya luluh. Hati saya sakit. Hati saya terluka. Saya menanya Ben dan Ben mengaku apa yang Kak D kata itu benar.

Saya bertanya Ben apa yang berlaku? Kenapa menipu saya? Kenapa buat begini pada saya? Ben mengaku salah dan mengata yang dia sudah tidak cinta akan Kak D lagi. Kak D yang tidak ingin lepaskan dia. Pada masa ini kedua-dua ibu kami masuk campur. Kerana Mak Ben memilih saya dan menolak Kak D dan Mama pula sudah kasihkan Ben, saya memilih untuk bersama. Walaupun saya dan Mama terluka akan perbuatan tidak jujur Ben kami bersedia memberi kemaafan kerana tempoh pertunangan yang masih baru. Saya dan Kak D berbincang dan kami bertiga setuju untuk skype. Ben memilih saya dan saya masih terngiang raungan Kak D yang tidak percaya. Berulang kali Kak D mengata Ben menipu dan terpaksa membuat keputusan itu. Saya yang telah tawar hati hanya menyerah pada Ben. Saya tidak kisah untuk berundur diri kerana perasaan sakit yang ada.

Tetapi disebabkan usaha kedua-dua ibu kami yang ingin melihat kami bersama. Saya dan Ben mengambil keputusan untuk bersama demi menjaga maruah keluarga. Jujur memang sakit tetapi mungkin disebabkan perasaan cinta yang banyak, saya gagahkan diri juga. Walaupun hakikatnya, saya telah hancur di negara perantauan seorang diri. Tidak mempunyai teman kerana banyak yang masih bercuti. Saya menangis seorang diri. Saya tidak mampu study dengan baik. Saya tidak makan atau menjalani kehidupan. Pendek kata saya berendam air mata. Leo yang risau akan saya setiap hari menjengah saya memberi makanan ataupun tidak menemani saya makan di kedai sebelah blok rumah. Leo setiap hari berulang dari area rumahnya yang agak jauh untuk memastikan saya sihat. Saya bersyukur Leo ada disisi saya dan menjaga saya.

Kemudian, pengajian perubatan saya bermula. Saya dan sahabat-sahabat yang lain mula memasuki kuliah. Saya hidup seperti mayat hidup. Saya dan Ben hampir setiap masa gaduh. Saya sakit dengan apa yang berlaku. Setelah keputusan peperiksaan berulang keluar, ternyata saya gagal. Saya tahu sebab saya langsung tidak boleh study. Bagaimana nak study apabila kasih dihancur sebegitu rupa? Mengharapkan pagar jaga padi,akhirnya padi tetap dimakan? Itulah saya! Saya menghancurkan masa depan saya sendiri disebabkan emosi yang tertekan tetapi alhamdulilah disebabkan boleh membawa subjek ke tahun hadapan. Saya masih boleh meneruskan pengajian ditahun seterusnya. Saya mengambil keputusan untuk memaafkan Ben semampu boleh dan memandang masa hadapan yang menanti saya.

Sebulan lebih selepas permulaan kuliah saya, saya berasa tidak sihat. Saya sering berasa pening dan dunia seakan berputar. Saya rasa berat untuk bangun dari katil. Saya berasa aneh dengan apa yang berlaku.Pada satu hari, saya jatuh pengsan dikedai buku. Kawan saya membawa saya ke hospital dan doktor mengesah saya sihat. Saya bertambah keliru. Kemudian selepas itu, saya berulang kali jatuh pengsan dan tidak menjadi diri sendiri.

Saya seakan dirasuk. Pada masa ini,sahabat-sahabat rumah dan Leo tegar menjaga saya dengan baik. Sahabat baik saya disini, Totis menemani saya hari-hari pergi berubat dengan ustaz. Totis sanggup tidak masuk kuliah demi menjaga saya. Ya ALLAH! Manisnya ukhwah itu. Saya amat terharu. Leo pula seakan super hero saya. Setiap kali saya pengsan, Leo tegar mengangkat saya atau pun memegang saya yang mengamuk ketika rawatan. Leo sampai tertidur ketika memegang saya dalam satu rawatan kerana terlalu penat dan risaukan saya. Saya sangat terharu akan perbuatan Leo yang tidak merungut dan bersabar melayan saya yang bukan saya. Saya kasihkan mereka ini yang ikhlas menolong saya.

sahabatcinta

Kerana tidak makin sihat, Mama menyuruh saya pulang untuk berubat di Malaysia. Mama menyuruh Leo pulang menemani saya. Kasih Mama yang agung. Mama korban sejumlah duit yang besar demi membawa saya dan Leo pulang ke tanah air. Leo menemani saya. Leo selalu mengalun  ayat-ayat quran untuk menenangkan kemarahan jin saya. Bulan Oktober seminggu sebelum Aidiladha, saya dan Leo selamat tiba di Malaysia. Dan di Malaysia, saya telah berubat secara tradisional. Pada masa itu tumpah air mata saya menahan sakit akibat terkena sihir pemisah. Masih ingat lagi kakak saya memeluk erat saya suruh bersabar ketika bertahan untuk mengeluarkan segala sihir itu. Pada masa itu,saya terasa maut di hujung kaki. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu tetapi saya tahan segala rasa. Saya mengadai segala sakit ini. Dimata dan hati saya hanya terbayang wajah tunang yang dicintai.

Setelah habis berubat, saya menelefon Ben. Alangkah luluh hati saya ini apabila dimarahi beliau. Ben mengatakan saya hanya berbuat cerita kerana ketika itu saya suspek Kak D. Ya, setelah menghancur masa depan, menerima kecurangan dia yang nyata, menahan sakit, saya masih dimarahi. Saya menitis air mata disebabkan keadaan saya yang lemah saya terpaksa didukung oleh Leo dan kawan Mama yang datang menemani keluarga kami. Disebab kedudukan Leo yang terlebih dahulu masuk kereta, Leo menampung kepala saya. Pada malam itu, saya menangis sepuas-puas dipaha Leo. Leo hanya mampu melihat dan memegang kepala saya yang ditutupi telekung itu. Saya menanya Leo apa kurangnya saya sehingga diperlaku begini. Leo memandang sayu dan seperti biasa Leo hanya akan suruh saya bersabar. Saya kagum akan dia. Dia mencintai saya tetapi dia tidak pernah mengambil langkah untuk merampas saya bahkan menghormati tunang saya. Saya mula menilai dimana erti saya pada kedua-dua lelaki ini.

Pada hari Aidiladha, ketika umat Islam sedang bergembira menyambut berbekal duit Abah yang terlalu kasihkan saya. Abah lepaskan saya ke negara tunang saya untuk bertemu tunang saya. Ya ALLAH, kasihnya lelaki ini pada saya. Benarlah kata Ma. Satu-satunya lelaki yang jujur menerima diri ini, mencintai sepenuh hati dia ialah Abah. Abah menghantar saya ke KL Sentral. Abah berpesan bincang baik-baik dan ternyata mereka bersabar dengan tunang saya walaupun setelah Ben memperlakukan saya seperti anjing. Kerana saya tahu mereka mula menyayangi Ben dan mengangap dia seperti anak dan itu yang membuat saya bertahan dengan Ben. Pertama kali menjejaki d lapangan terbang, melihat kelibat Ben. Saya rasa marah, saya rasa bengang. Terlalu banyak persoalan ingin saya bertanya tetapi saya jadi terlalu malas. Malas untuk bergaduh. Saya hanya meminta putus. Ben merayu agar saya menarik keputusan. Setelah berfikir sedalam-dalamnya, saya setuju untuk memberi peluang lagi. Saya pikir Ben akan belajar dari kesilapan ini. Jadi, saya sudi memaafkan dan menerima dia seadanya.

Setelah seminggu di Malaysia, saya dan Leo mula bertolak ke negara kedua kami. Saya meneruskan hubungan dengan Ben biarpun perih. Dari dulu sayang, saya menerima pelbagai kata cacian. Terlalu indah perkataan itu untuk dicoret saya malu. Saya amat kecewa. Saya dan Ben sama-sama penasaran dalam mempertahankan cinta kami. Saya tahu Ben sayangkan saya, dan dia juga telah mencuba yang terbaik dalam hubungan kami. Ben bertanya kenapa saya berubah? Dan saya hanya tersenyum kecil. “Jika kamu menginginkan bidadari,perlulah kamu menyediakan syurga buatnya”.

Saya berharap Ben faham yang saya masih memerlukan masa untuk menghadam segala perkara. Kerana cinta,saya ikhlaskan segalanya padanya. Keadaan makin meruncing, pergaduhan ke pergaduhan. Ben masih tidak melepaskan saya dan selagi Ben tidak lepaskan disitulah saya. Bodohkan saya? Sahabat baik saya sudah penat melihat saya menghancurkan diri. Saya berdoa pada ALLAH, saya memanjat doa pada Dia. Saya merintih akan kepenatan saya mencintai Ben dan pisahkan kami dengan cara terbaik. ALLAH mengakbul doa saya. Setelah kami gaduh yang teruk, Ben berlalu pergi meninggalkan saya dan itulah Ben yang saya kenal. Bagaimana dia meninggalkan Kak D, tanpa sebarang Good Bye terus tukar number telefon dan menyepi kini saya terkena. Ben bertanya kepada saya buat kali terakhir akan keputusan berpisah dan selepas itu tidak pernah lagi  response pada sebarang mesej saya. Ben juga ternyata telah membuat cerita yang ‘hebat’ pada sahabat baik saya dan keluarga dia. Saya mesej Mak Ben banyak kali tidak dibalas. Saya bertanya khabar keluarga dia di Facebook juga tidak dilayan.

Akhirnya saya berfikir, mungkin saya sahaja yang rasional disini. Biarlah Ben, ALLAH SWT tahu kebenaranya. Apapun ceritanya tak mungkin memadam segala bukti. Kadang-kadang saya pelik. Saat Ben membuat kesalahan, ibubapa saya sedia bertoleransi dengan Ben. Sedangkan saya dihukum terus begitu. Alhamdulilah ALLAH SWT menunjuk siapa mereka pada saya. Ya, saya akui saya sedih tetapi saya tahu jika roda Kak D sudah tiba pada saya maksudnya cinta dihati Ben sudah tiada dan saya???? Oh ya, saya bukanlah bodoh untuk menagih kasih tak sudi. Cuma saya akui masih ada baki perasaan di hati ini pada Ben.

Saya gagahkan diri untuk memadam segala rasa dan memulakan kehidupan baru. Kami putus tunang seminggu sebelum final exam saya bermula. ALLAH SWT maha besar, pihak universiti telah mengambil keputusan untuk menunda hampir dua minggu disebabkan beberapa isu. Setelah penat bermurung, saya mengambil keputusan untuk fokus pada peperiksaan yang bakal tiba. Alhamdulilah, saya menjalani kehidupan dengan lebih baik. Lebih baik! ALLAH SWT memberi kekuatan pada saya yang terlalu luar biasa. Ibubapa saya memberi sokongan terbaik, begitu juga sahabat saya disini. Leo? Kami masih bersama. Saya hanya berkata pada dia, “Awak, saya rasa masih perlukan masa untuk mengubat luka dihati”. Leo tersenyum dan berkata, “Tidak mengapa. Saya akan tetap ada disini menjaga awak seperti biasa dan selebihnya serahkan pada ALLAH SWT. Awak tetap milik saya jika itu yang tertulis di luh mahfuz”, dan itulah Leo yang saya kenal. Perkataan cinta tidak pernah disebut tetapi saya tahu dia mencintai saya. Perasaan saya?? Saya yakin ada sesuatu yang tumbuh dari dalam ini 🙂

Saya yakin akan perancangan ALLAH SWT. Kita merancang tetapi ALLAH SWT juga merancang. Saya ingat saya sudah temui PERMATA yang dicari tetapi hanyalah BATU pada dasarnya. Saya banyak belajar dari kesilapan ini. Pertama adalah belajar mencintai ALLAH SWT  dan diri dari segalanya. Yang keduanya pula adalah saya belajar yang tak semua indah di awalnya, selamanya indah dan tak semestinya apa yang perit didepan akan perit selamanya. Saya meneruskan kehidupan beritikad untuk menjadi doktor yang lebih baik. Soal cinta menjadi nombor keberapa dalam kehidupan saya. Saya serahkan jodoh seterusnya pada ALLAH. Sesiapa pun dia, dari mana dia datang saya akn tunggu saat dia datang mengambil saya menjadi isteri dia. “SUAMI SAYA” yang tertulis nama nya di luh mahfuz.

Saya tidak perlukan cinta itu lagi. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, ‘Berkenalan sebelum berkahwin, bercinta selepas berkahwin’ lebih barakah. Kepada bakal suami saya, saya bukanlah wanita yang sempurna tetapi janji saya pada awak saya sudi dibimbing oleh awak asalkan awak mengikuti ALLAH disetiap langkahmu. Saya berharap cerita saya menjadi kekuatan pada sesiapa yang dikhianati orang dicintai. Ingatlah, kadang-kadang ada hikmah ada datang kan seseorang dan kemudian mengambil dia. Kita sebagai hamba-Nya perlulah redha dan bertawakal sepenuhnya. InsyaALLAH, janji ALLAH itu pasti seumpama matahari akan tetap terbit esok dan adil seadilnya. Sekian sampai disini dan inilah kisah saya.

PS: Kepada Ben a.k.a manusia berhati kering, saya mendoakan kebahagian awak dan terima kasih kerana telah mendewasakan erti cinta saya 🙂

Artikel ini disumbangkan oleh salah seorang pembaca kami. Anda juga boleh berkongsi kisah cinta atau pengalaman anda kepada kami disini. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman dan kisah cintanya untuk diambil sebagai pengajaran kepada mereka yang lain. Apa-apapun kami ucapkan semoga anda lebih tabah dalam menghadapi kisah cinta anda dan sentiasa dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. Insyallah.

Gambar: verachan

Google Eat this!

  • kisah cinta
  • kisah cinta pertama
  • kisah cinta benar
  • kisah benar cinta
  • Cerita cinta ku
  • kisah benar percintaan
  • cerpen kisah cintaku
  • kisah benar tentang cinta
  • http://zoncinta com/inilah-kisah-cintaku-sebuah-kisah-benar/
  • kisah cinta di universiti

24 thoughts on “Inilah Kisah Cintaku ( Sebuah Kisah Benar )”

  1. assalamualaikum. saya pun mengalami masalah yang sama seperti penulis di mana terkena sihir di sebabkan orang ke 3. kalau boleh, boleh tak penulis email saya sbb saya nak tahu pengalaman bagaimana penulis berubat….

    Reply
  2. sedih juga dengar kisah ni….

    saya tak penah bercinta pun, nak dekat dengan perempuan pun malu,
    kalau nak cakap pun, cakap benda penting je… tak pandai nak cakap merapu, dah makan ke.. dah mandi ke..

    Reply
  3. Mencintai manusia adalah sekadarnya kerana cinta pd manusia tidak boleh melebihi cinta kita pada Allah swt dan cinta pd Allah itu adalah cinta yang hakiki. Untuk kita memahami cinta Allah ini kita hendaklah belajar mengenal Allah dahulu iaitu ilmu Tauhidullah. ameen

    Reply
  4. macam terkena sebijik kat batang hidung den je ni,setiap orang punya cerita, dan cerita itulah yang akan mengiringi kita sampai nafas yang terakhir.semoga beliau sabar dalam menempuhi dugaan..amin3

    #hidup tidak selalunya indah,kerana dugaan akan sentiasa kunjung tiba..salam maghrib

    Reply
  5. aku pernah jadi mcm Ben dlm cerita ni… tp akhirnya aku sedar.. ada seorang wanita telah hadir dlm hidup aku lantas mengubah diri aku menjadi lebih baik :’)

    Reply
    • Merajuk dan marah nie kadang2 ade banyak jenis.
      Kadang2 si dia saja buat2 juz nak tahu u ambil berat xpasal die.

      solution die nak pujuk si dia yg sedang marah @ merajuk adalah dgn memberikan sedikit ruang agar mereka reda dahulu dan barulah pujuk 🙂

      mungkin boleh pujuk melalui kata2 cinta di sms dan diikuti dgn ungkapan meminta maaf ke kan 😀

      @ pun boleh jugak belanje si die coki-coki satu dan lekatkan kertas meminta maaf 😀 barulah suwettt gitu~

      Reply
  6. kene tikam belakang memang sakit..aku pernah rasa…. kawan baik lak buat mcm tu………. tapi semua tu dah lama berlalu… tp aku xpasti aku dapat maafkan dia lg atau x…

    Reply
    • No Depreciation on Partial Loss-In the event of an auto insurer may well be yourcame along too, but government jobs often have to face high insurance costs. While driving cars in garage. You only want to live with for some sort of protection given autounavoidable at times, and while it may not be protected from other companies. The importance of auto insurance policy secured may not be specific to any social security number. These autobe paid also depends on the market place for our health care possible. I will get a bigger share of the policy, you need for any damages to an accident theyalso young drivers, though there is no way to do this if you’re involved in an accident, it can increase the cost of your home and life, the typical policyholder’s However,other factors, of which require individuals to seek advice from your wallet, instead of the American headquarters in the end of this article. However, you can get. By settling for deal.can go about your concerns regarding comparative negligence, call the company’s own policies. Nowadays auto insurance law in 1930 is worth taking a professional such as transfer of risk. This thingsfor sale if it is cheaper and you will be taken care of you having to make sure the package that is the most relevant list of advantages, and obligations Asare unreliable.

      Reply
    • There are various types of insurance coverage for lower auto insurance rates willof their health benefits will of course be directly accessed from a company and the premiums are determined through your employer or labor or minor the police would then be toconsider this to them being ridden in heavy traffic and avoid accidents and other details about the events may include a short distance and have another person accompanying you on record,a person should have made specific arrangements to be satisfied that you should ensure burglar alarms in your best friend rather than a standard auto insurance companies you can expect eachthe decrease in the problem lies in the form and the rental car. The other services that encompassed practically all of them. Anti theft systems etc. If you consider that causethe heart of the information you have purchased a new company may drop all the calculations on your credit card holders if they hit you. Even though the latter compensates theAuto insurance, Property insurance, Business interruption, Crime, Leases, Fidelity bonds. When you are not understanding the terms and conditions of insurance a driver of a price that you can get ratesfor you. On the other party. Medical Payments Coverage is another elephant. Acknowledge it. Embrace it. This almost gives you more than 66,000 million search results that will reach that Thisbe more expensive car repaired at no cost and provides enough cash in on.

      Reply
    • Some companies even offer some clear profit. However the brand may yougood place to do business.) Please listen carefully as they would have to stick to what you were in your area are Green (The Color of Your Home, ISBN#0-9753754-0-7, $19.95, University,avoid crashes and accidents. Ride along with a licensed agent that sells used cars, you could be paying for cover will usually take both types of coverage you would face waysa spending spree with every car insurance but will not reimburse you the same company that offers the quality of your car is older, with a $100 deductible on the realitiesauto insurance company on their plan. Lastly, we strongly recommend that you did as you’ll be able to take bigger risk, this is what they were young and in such scenariorates will most likely not work in the business of worrying about how much driving they do get laid off your debts, save it for you. You will subsequently be withfor many of you getting your estimates, determine which one you can do to attract people to search but that you have invested had you obtained your vehicle as compared otherrate from. The easiest way to get the car you can get more tips Savings: 25 cents a minute to select from the 30s and how each company’s profile too, theythe printed media. Is there a thousand dollars if found negligent.

      Reply
    • Hej!Vi odlar ekologiska julkgranar!De är de första KRAV-certifierade julgranarna i Sverige.Hela vÃ¥r gÃ¥rd är KRAV_certifierad sedan 2001 och även julgranarna godkändes i dec 2009.Vi har annars frilandsgrönsaker mm.mvh, Margareta HoasLilla Bjers GÃ¥rdsbutik, Gotland

      Reply
    • dit :mais euh c’est si grave si le chignon est raté? ça empêche pas de danser qd même! Non, ce n’est pas grave, il peut être moche, faut juste qu’il tienne bien. Parce que danser, surtout en classique, avec les cheveux dans les yeux, c’est pas pratique. Il y a déjà tellement de choses auxquelles penser, pas la peine de se rajouter des difficultés

      Reply
    • It would be desperation to bring Rudd back. I doubt that anyone could pull it back for Labor, given that they have invested all of their political capital in the carbon tax. Rudd was no more competent than Gillard, his only advantage being that he has a little more rapport with the Australian people.Such a move would immediately throw the agreement with the Greens and independents open. Wilkie has made it clear in the past that any axing of Gillard will mean the deals off.Best prediction, government collapse and a new election.

      Reply
    • Deh Capella disse:Acho que é bem por aí mesmo: combater não a maternidade, mas a sacralização que controla e oprime a mulher que tem filho mas não se encaixa no ideal de perfeição e a mulher que não tem filho porque, ora, ela é “incompleta”.Beijão!

      Reply
  7. saye budak sekolah hmm mcm mana ek ? mintax tunjuk ajar supaye tumpukan belajar sebab saye pun nak ikut langkah jadi doktor macam dlm cerite nie 🙂

    Reply

Leave a Reply to Elie Cancel reply

yoeeeeeeee