7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

Impian seorang wanita dalam hidupnya adalah untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya kerana Allah dan menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Selepas tercapai impiannya, maka mereka merasakan sempurnalah hidup mereka. Tiada kata dan lafaz yang dapat digambarkan betapa gembiranya mereka untuk memasak demi keluarga tersayang, membasuh baju dan melayan suami dan anak-anak.

Dan dalam agama pun mengalakkan perkahwinan antara lelaki dan wanita demi mengelakkan berlakunya maksiat yang semakin berleluasa.

‘Kahwinlah kamu, kerana perkahwinan itu dapat menghindari diri daripada perbuatan keji dan mungkar.’

Ketahuilah wahai lelaki sesungguhnya apabila seseorang wanita itu mengajak anda berkahwin, ini menunjukkan bahawa wanita tersebut yakin anda mampu memimpin dan membimbing mereka serta bersama menjalani pahit manis kehidupan bersama.

Tetapi mengapa si lelaki ini tidak memahami impian dan kehendak wanita? Bila diajaknya berkahwin, berbagai 1001 alasan yang diberi. Kata itulah, inilah. Macam-macam! Sehingga ianya membuatkan para wanita berasa menyampah dan muak dengan alasan-alasan yang diberikan.

Baca lagi artikel daripada kami tentang perkahwinan yang pernah kami kupaskan sebelum ini:

 

Tetapi Mengapa Lelaki Seringkali Menolak Ajakan Perempuan Untuk Berkahwin?

Kenapa perkara ini terjadi? Adakah sememangnya si lelaki tidak mahu berkahwin dengan si wanita tersebut? Atau si lelaki menganggap si wanita tadi seolah-olah alat permainannya sahaja?

Jom kita tengok apa alasan-alasan popular yang sering digunakan oleh para lelaki bila si wanita mengajak mereka berkahwin:-

7 Alasan Popular Yang Digunakan Lelaki Untuk Menolak Ajakan Perempuan Untuk Berkahwin

talk to my hand

1) Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa. Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.

2) Saya Tak Ada Duit

Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya. Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.

Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain. Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.

3) Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya

Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan? Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama. Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?

Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula. Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?

4) Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu

Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita. Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.

Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.

5) Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya

Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua? Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.

Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?

6) Saya Nak Hidup Bebas Dahulu

Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai. Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.

Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah. Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wahh, bukankah best begitu!

7) Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai

Tidak diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagian yang mereka bina itu musnah ditengah jalan. Ianya adalah sesuatu mimpi ngeri bagi mereka kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.

Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu. Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit. Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak lepas gaduh je dapat anak. Hehe 😀

Wanita ini kadang-kadang bukannya rumit sekiranya si lelaki boleh membaca isi hati mereka dari reaksi muka dan tingkah laku mereka.

* * * * * * *

Wahai lelaki, janganlah takut untuk berkahwin kerana perkahwinan itu sebenarnya adalah pembuka rezeki dan pintu kebahagiaan anda. Janganlah mudah berkata dan memberikan alasan-alasan kerana jika anda betul menyayangi dan mencintai wanita anda, anda patut segerakan perkahwinan antara anda berdua. Tidakkah anda takut sekiranya si dia dilamar oleh orang lain sebelum anda?

Sekiranya niat kita itu ikhlas kerana agama, Insyallah Dia akan mempermudahkan segala urusan anda.

Pssttttt..pernah tak si lelaki menolak bila anda mengajak mereka berkahwin wahai wanita? Kongsikan cerita anda dengan kami di ruangan komen di bawah 🙂

Google Eat this!

  • berkahwin
  • tanda lelaki menolak cinta perempuan
  • sebab bagi alasan untuk tak nak kahwin
  • kenapa lelaki belum bersedia untuk kahwin
  • lelaki belum bersedia untuk berkahwin
  • cara mengajak lelaki berkahwin
  • kenapa lelaki takut kahwin
  • perempuan ajak lelaki kahwin
  • sebab lelaki tidak mahu kahwin
  • kenapa lelaki tak nak kahwin

24 thoughts on “7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin”

  1. Hi….nak cerita sikit…ini kisah benar dan memang biasa berlaku…saya mengenali jejaka da hampir 4 tahun….kami da kenal masing masing baik dan buruk perangai kami berdua…memang kmi masing2 saling meyukai..saya rasa da cukup untuk saya kenal dia 4 tahun…kala ketika itu saya bertanya dgn dia bagi hin sikit untuk ajak berkahwin sebaliknya dia bagi alasan… (ha begitu cepat buat kputusan untuk kita kawhin?) Saya terkilan sikit dia masih mengangap 4 tahun tu baru saja kami mengenali.alasanya lagi ialah dia nak stabil ada rumah dan kereta yang diidamkan…sebelum ini saya da bagi peluang sampai 4 tahun tak nampak pun habuk apa yang dia buat….saya ajak dia keluar tetapi bagi alasan sibuk…selepas macam2 alasan yang dibuatnya saya mula berdiam dan tak bagi komen apa2…saya masi bagi ruang masa tetapi sampai pada satu ketika masa hati saya benar2 suda merajuk dan give up lalu saya buat macam2 alasan dan demanding sikit….saya beritahu dgn dia supaya jangan mencari saya lagi sepertimana saya tdk pernah mengacau ruang masa dimana ia tdk pernah luangkan masa bersama dgn saya….saya minta supaya kami break up perhubungan kami sehingga saya block numbernya d hp saya….namun ia seringkali juga cuba hubungi saya melalui telepon bimbit tetapi saya da block number hp nya.saya menanti supaya ia memberikan saya jawaban yang memuaskan hati saya sepertimana apa yang saya mahu dalam perhubungan kami….jika ia tdk dpt memberikan jawaban yang tepat maka saya akan menukar no hp saya….saya perlu kuatkan hati sacrifice something yg menganggu hidup ini dgn jln yg tiada ksudahan wpun pada hakikatnya saya sangat mencintai dia..menunggu dan mencintai sesorang yang tdk menjamin kebahagiaan…sila beri komen kepada saya…sekian dan terima kasih…

    Reply
    • Elsa , what u did is wise , sb kenapa kamu kena settle what is lessen then what you should deserve …u deserve more sb bf awak takde niat langsung untuk halalkan cinta kamu. Maaf ya tp sy bgtau dr pengalaman sendiri sb exbf sy asyik ckp kahwin n family kami dah jumpa n dah pilih tarikh utk bertunang dlm masa 2 bln dr skrg n tiba2 2 minggu yg lepas xbf sy kata dia tak nak kahwin alasan dah jumpa ppuan lain dgn hantaran murah n dia rasa peraturan ibubapa sy tu kuno (kita sbgai ppuan selagi blum kahwin masih bw jagaan ibubapa) biarpun alasan dia…tindakan dia tu bukan hanya mengaibkan sy n family sy tetapi sebenarnya aibkan ibubapanya. Crita kita hampir serupa exbf sy kata bapa dia nak dia ada harta supaya jamin blh jaga anak org tetapi kadang2 harta ni alasan je n kereta bukan harta klu nak hanta beli rumah tp rezeki lepas kahwin kita x tau makanya klu awak elsa bukan seorg yg pentingkan harta benda (kerna benda ni boleh cari bersama lepas kahwin) let him go … bf awak tu tak berbaloi utk awak tunggu lagi…dah cukup r tahun awak buang masa awak … move on find a man who deserve u…. mmg 4 tahun tu lama n susah n lupa ..mcm sy jg biarpun tak selama awak tp sy mmg masih cintakan exbf sy cuma yg buat sy kuat utk teruskan perjalanan hidup seorg diri sehingga sy temui jodoh yg telah tertulis buat sy adalah Allah ….kadang2 kita rancang tp perancangan Allah lagi baik utk kita.

      Lebih baik kita tinggalkan dia skrg drpd kita bercerai. I hope my advise helps u abit . I know its hard to forget but d hearts needs d brain to lead it sometimes.

      Reply
      • Salam . Cerita kita bertiga sama juga . Crrita saya pula saya sudah bertunang selama setahun . Dan dlm tempoh pertunangan kami macam macam dugaan kami tempuhi .. Dahulu saya terima dia untuk bertunang dgn sya dan dia bersungguh sungguh nk bertunang dengan saya dan kahwini saya bila saya dapat tahu belkang saya dia ada permpuan lain ( masa kami knal kanl belum bertunanng ) . Jadia disebab kan dia rasa bersalah n kantoi dgn perempuan lain kelam kabut dia nk bertunabg dgn sya dan tkut lelaki lain nk saya . Jadi saya pun memaafkn dia dan terima dia sebagai tunang saya . Setahun kmi bertunang mcm mcm dugaan dan smpai lh bru bru ni saya cuba ada bertanya dgn dia tntng hubungan kami dan mjlis . Tiba tiba dia narah saya ” awak jgn ckp pasal bnde bnde pelik ni ” . Saya teekejut . PELIK??? Dia ckp bercerita tntbg berkahwinan ini pelik sdgkn dia dah bertunang dgn saya . Skrg ni saya tkthu samaada betul ke dia mahukan saya ataupun cuba nk main main sahaja . Ap sbbrnya yg dia nk . Bermula dgn curang pada saya . Kemudian saya maafkn dan terima . Tiba tiba . Kli ni ckp soal perkahwinan ni bende PELIK ???!!! Hmmmmmm

        Reply
        • Walaikumslm nana,
          I feel u , n kecian awak sb klu dah ada ikatan mcm ni keadaan lebih rumit. Saya pernah dlm situasi awak tu cuma situasi berbeza sikit dia tak curang (klu he did masa tu i x tau la)…. anyway i gave him peluang ke 2 n jujur i menyesal bg dia peluang tu … sb kita ppuan bila lelaki pernah atau terlintas mau curang n kita maafkan ..lelaki akan anggap dia buat apa ja in d future kita ttp akan maafkan dia … syg mmg la siapa tak syg tp … love urself more so he can love u more . Soalannya sanggup ke awak lalui lepas kahwin dgn perangai dia .. yg awak dah tau dan awak bakal tahu lepas kahwin ? Mgkin Allah nak bgtau kat awak dia bukanla yg terbaik utk awak biarpun awak rasa dia la terbaik utk awak ….. terbaik adala doa dgn Allah minta pertunjuk jika dia yg tertulis buat awak …

          Reply
    • Kesah awk sma dgn sy,2thun sy tggu dia,dah lah dia bg hrapan pasu dekat sy,janji nak nikah lepas raya,dekat nak raya cakap tak sedia lagi pulop pahtu itu dt pulop tak cukup,,skrg apa patut sy bt,,sy memang tak kuat bila sy dengar apa dia bagi tahu,,patut kah sy tinggal dia???

      Reply
  2. Kadang-kadang banyak sangat alasan yg diberi rasa macam dah malas nk teruskan hubungan..lama sangat berkawan pon tak bagus rasa macam sia-sia je kalau pengakhirannya tidak pada perkahwinan..jika ditanya pasal perkahwinan jawapannya InshaaAllah jika ada jodoh..bila suruh jumpa keluarga InshaaAllah jika ada kesempatan..sampai kan nak jumpa saya pon tak sebab saya duduk dengan keluarga..takot kalau parents saya bertanyakan soal perkahwinan..nak kata x ada duit..kalau beli sparepart kereta boleh plak..sekarang ini cuba untuk menjarakkan diri bukan untuk melukai hati dia tapi lebih menjaga hati sendiri…semoga ada jodoh kami.In shaa Allah

    Reply
    • Betul tu cik melati , rasanya lelaki di msia ni ada masalah … esp klu involve pasal kereta dgn awek sanggup dorg pilih kereta tp bila sudah boring dgn kereta baru la mcm cacing kepanasan mau cari isteri… dosa bawa anak dara org kehilir ke hulu sepanjang tempoh tu x dorg ingat… klu sy tempat cik melati sy tinggalkan da sb klu dia mmg serius dia mesti nak jdkan awak yg halal buat dia n mesti respect ur parents

      Reply
    • Kisah awak ni MCM saya la … Awainya dia kata nk jumpa dgn mak ayah saya lepastu dia cakap dkt saya nnti kalau dia nk mai jangan kata tak bersedia pulak elok kita dah bagitau dkt mak pak saya tiba2 dia cakap nnti kumpul duit dulu lepastu terus dia mai merisik dia pulak dgn saya tak prnh berjumpa kami kenal pun dari laman sosial … Bila saya cakap nk jumpa dia cakap nnti la lepas lock down ni dah buka dah Smpai ke Harini tak mai2 pun hmmmmmmmm patutkah saya tinggal dia? Lepastu baru ni birthday saya .. dia ucap saja tak bagi hadiah pun alasan dia sbb duduk jauh hmm nmpk sangt kedekut hahaha

      Reply
  3. Story Saya pula Dalam proses mengenal antara satu satu sama lain Dan suda berjumpa keluarga masing-masing cuma sebelah pihak lelaki belum tahu niat kami untuk bernikah, keluarga saya selalu bertanya bila sidia masuk meminang sdgkan umur makin meningkat.
    Bila saya bertanyakan hal INI kpd sidia alasan nya dia ada masalah Dan minta semua INI dipermudahkan Allah.
    Dalam masa yang sama sudah 3 bulan sidia tidak mencari atau bjmpa sya.
    Kdg saya binggung APA sebenarnya niatnya Dan APA sbenarnya dia buat.
    Binggung dgn keadaan

    Reply
  4. Pernah . Saya hari hari ajak . Sebab saya betul betul dah ready . Tapi dia beri beribu alasan ? actually he is chinese and duda anak satu . Tapi tak confirm sama ada true duda or not . Sebab taktau macam mana nak cek . Then bila ajak memanjang takda duit . When i said takpa . Buat buat kecil kecil pun takpa . i tak kisah but jawapan dia ?? serious lah sedih sangat . Jujur . Sebab saya sayang kan dia sangat sangat . Dulu ready nak masuk islam sekarang bila tanya entah lah lah macam nak taknak jee. tapi i sayang sangat kat dia . i taktau how to settle this problem . stress sangat ! I dah malas nak cakap pasal kawin dengan dia lagi ? tipulah i cakap i tak sedih. Sedih . tapi apa kan daya

    Reply
  5. how about if lelaki tu bagi jawapan, kalau ada jodoh tiap kali tanya fasal kahwin? adakah dia serius dengan saya atau tak?

    Reply
  6. 8 tahun bercinta , takde ikatan apa apa . Keluarga da kenal satu sama lain , tapi keluarga lelaki tak nak segera kan perkahwinan ..padahal keluarga perempuan da mudahkan .. suruh nikah sahaja , tak payah buat majlis . Sedih. Sakit hati semua ada . Bila tanye soal kawin , macam macam alasan. Kecewa .

    Reply
  7. Kami kenal sbb kerja bwh compny yg sama wpon lain2 cawangan, already more than 5years, selama ni hubungan kami based on work only. Tetapi setiap bln dia akn dtg ke tpt sy hr mgu utk teman kn tgk wyg, alasan nye kuantan xbyk movie bbanding shah alam.
    Bln 3 kebetulan kami sama2 buat master secara part time jd setiap mgu dia akan dtg cni utk attend kls. N sy lah yg jd uber dia utk amik dr umh kakak dia ke kls setiap mgu.
    Sebelum puasa lepas sy ckp kt dia, apakata kita kawin je berdua, lgpon umur kami dah 30an. Wpon dia d timir sy d central region, its ok. Dia mintak tempoh sebulan utk berfikir, pada 14 syawal sy tyekn jwpan ttg proposal sy sblm ni, dia bersetuju utk bwk famili dia ke rumah famili sy pd raya haji nt.
    Cuma nye sekarang, dia mendiamkan diri
    sy whasapp dia xreply malah ambil 3/4 hari utk reply, atau lgsung xde reply, wpon sy nmpk dia online.
    Sy cuba call tapi dia x angkat.
    Sy pernah pergi ke tempat dia bekerja dan rumah dia, malang nye dia tiada sbb balik kg kata nye. Wpon mgu tu dia ckp kerja sabtu n ahad.
    Sekarang sy buntu
    Ape sebenarye yg terjadi???

    Reply
  8. saya pening la dgn bf sy skng…. Dya syg sangat2x kat sy…. Sy pon taw dya syg sy so much… Dri cara dya yg sgt caring, supportive n very helpful….tapy tapy ajak kawin xnk pla…. xtaw la knape… alasannya xsedia dr sgi agama n tanggungjwb yg bakal dipikul… so dya nk betolkn dri dlu la katanya…. Mmng betol la niat dya tue tpy bilaa tgok cara dya slalu nk bekepit je bgus kwin kan…. kalau nk tggu ready smpai bilaa pon x readyy… Sy pon mcm tue jgk…. Then penaa sekali sy ajak dya kawin… Dya cakap ape “kalau nk kawin muda2 mcm nie g cri laky lain”…. (Frust ah dya ckp cntu walhal aku saja nk test serious thap mne dye katku) …. Tpy aku yew kn jelaaa then bla la kat dya…tpy dya dtg blik n mnta maaf xhnti2x.. So aku maafkn but yelaaa aku xlupaa that word.. Yg pnting aku taw dya xnk kwin dalm umur muda…. Xde la muda pon… Umur dya this year da 26…so persoalan aku skng perlukn aku tggu je dyaaaa yg xtaw n xpasty dya nk kwin ke tak ngn aku n bilaa dya nk kawin??? … Ke dya nk tggu umur aku 30 bru nk kawin…. Slalu je aku bgi dya signal aku nk kawin.. Tpy dya cm buat2 x faham ke apa… Aku pon xtaw… Aku nie takde la nk sgt kawin… Aku just nk kpastian….. Hhhu…. So wht do u think???

    Reply
  9. Saya bercinta dengan seorang duda. Saya bertanya adakah anda bersedia berkahwin. Duda menjawab tidak kerana duda mahu anak bongsu kahwin dulu yang berumur 19 tahun. Perlukah saya tunggu atau apa sebenarnya perasaan duda ini dengan saya?

    Reply
  10. Secara terus terang sy punya umo dah dekat 30 kami sebaya berkenalan dah lama lebih dari 5 thn bercinta plak nak dekat 3 thn. Sy selalu bertanya pada si dia bila nak halalkan kan sy sebab ibu sy selalu bertanyakan soalan tu kerna umo sy yg semakin meningkat serta sy cuma ada satu2 nya ibu sy. Jawapan yg selalu dia beri nak kecapi impian dia nak beli rumah lepas dapat rumah baru dia akan pikir pasal khawin tapi kadang2 dia akan cakap tak yakin dengan diri sendiri. Memang masa kenal dengan dia sy jugak berusaha ngorat dia bukan dia yg ngorat saya… hahaha… takan dia nak sy plak g pinang dia dulu jugak😅 . Sy buntu dgn hubungan ni sebenar nya … apa patut sy buat…. Nak cakap dia abaikan sy tak jugak mmg hari2 call or video call sampai memasing tertido…sy sedih bila dgr alasan yg dia bagi bila tanya soal khawin ni…sy tak nampak usaha dia nak halalkan sy… yg sy nmpk cuma fokus dia untuk beli rumah dan lain2 sebab sy sendiri bertanya kan soalan ini pada si dia( betul ke selagi tak dapat rumah even umo dah 30+ awak tak kan khawin dgn sy?) jawapan yg di beri adalah (YA) …. Patut ke sy tunggu @ move on? Atau ada cara lain untuk buat dia ubah pikiran?

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee