Cerpen: Aku Suka Dia

“Assalamualaikum. Mak,oo Mak.”

Dian yang baru pulang dari sekolah bergegas ke dapur. Matanya melilau mencari kelibat ibunya. Ada berita gembira yang ingin dikongsi bersama ibunya.

“Ye Dian. Yang kau terjerit jerit tu kenapa? Mak tengah solat tadi.”

“Ni mak. Dian nak bagitau mak. Dian dapat 7A tau dalam percubaan,”Dian menguntum senyum.

“Percubaan apa pulak ni? Kau ni banyak sangat percubaan nye. Yang mana satu?”Mak Salmah bingung.

“Mak ni. Percubaan Dian ada satu jela. Yang hari tu Dian cakap tu, Result semua da keluar. Dian dapat 7A. Mak happy tak?”

“Alhamdulillah nak. Mak harap kamu jangan leka dengan keputusan tu. Belajar lagi. Kamu la satu satunya harapan mak. Bila kamu nak SPM?”

“Insyaallah . Lebih kurang 3bulan kot.”Dian tidak yakin dengan jawapannya.

“Kamu ni ada main kot kot pulak. Tak kan tak ingat lagi?”

“Tak la mak,”Dian tersengih.

“Dah,kau pergi tukar baju tu. Solat lepas tu kita boleh makan sama sama.”

“Baiklah mak.”

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Dian menutup buku rujukannya. Konsentrasinya terganggu apabila mendengar suara sekumpulan pelajar perempuan.Dia tidak menyangka Hidayah dan Amalina dapat menjejakinya walaupun dia sudah duduk di bahagian belakang sekolah.

“Wei, Dian. Dah dah la tu. Kau tak payah la nak study sangat. SPM lama lagi kot.”Hidayah mengambil buku yang dipegang oleh Dian.

“Dayah,aku nak study la. Pulang la buku aku tu balik.”

Dian cuba mengambil bukunya. Namun , ketinggian Hidayah memberi kelebihan kepadanya.

“Yang kau nak study je kenapa?Ohh,mentang mentang la kau anak kesayangan cikgu,kau saja je kan nak perhatian,” Amalina melontarkan ketidak puasan hatinya.

“Ya Allah,aku tak berniat pun nak buat macam tu Ina. Korang da salah paham ni.”

“Cukup cukup la dengan lakonan kau tu. Naik berbulu mata aku tengok. Depan cikgu pijak semut pun tak mati. Belakang macam perempuan murahan.”kata Hidayah sambil melemparkan buku Dian.

“Astagfirullahalazim. Apa yang kau cakap ni Dayah? Kenapa korang tak habis habis buat aku macam ni. Apa salah aku kat korang hah?”

Dian mula menitiskan air matanya. Sungguh dia terkejut dengan tuduhan Hidayah.

“Oh,kau nak tau la ni? Kau tau tak,sejak kau masuk, semua cikgu dah tak pandang aku lagi. Konon kau je yang boleh buat semua. Semua pertandingan yang aku masuk kau yang gantikan.”Amalina mula meluahkan perasannya.

“Ina,bukan aku yang nak tempat tu. Cikgu yang beria suruh aku masuk. Aku tak pandang semua tu Ina,”nada suara Dian mula berubah.

“Lagi satu, kau dah rampas Amirul dari aku. kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je. Kau cermin la diri tu sikit. Amirul tu kaya. Kau tu kayap.”

Serentak itu ketawa mereka berdua pecah.Amalina dan Hidayah menekan nekan perut mereka menahan ketawa.

“Ni tudung kau ni layak buat kain buruk rumaa aku je.”

Hidayah menarik narik tudung labuh milik Dian itu. Dian cuba menghalang namun tenaga Hidayah agak kuat.

“Woi, apa yang korang buat ni?”

Kehadiran Amirul bersama Khairani memeranjatkan Amalina dan Hidayah.Perbuatan mereka terhenti.

“Da datang da hero kita ni. Blah la wei,” Amalina menarik tangan Hidayah pergi meninggalkan Dian.

Dian yang sudah terduduk membetulkan tudungnya. Air mata yang masih berbaki di lap.

“Kau ni Dian.Lembut sangat la sampai dieorang boleh buli kau. Kau lawan la,”Nasihat Khairani sambil membersihkan baju Dian yang kotor.

“Aku malas la. Mereka tu ganas . Kang tak pasal pasal aku tak amek SPM tahun ni.”

“Ala, kau tu yang lembut sangat. Kan aku dah ajar macam mana nak lawan mangkuk 2 ekor tu. kau tak ingat ke?”Khairani sudah memulakan episod ceramahnya.

“Da la. Aku tak nak besarkan hal ni. Lagipun diaorang da pergi kan.”Dian cuba menyelesaikan perkara tersebut.

“Tu nasib baik aku dengan Amirul datang. Kalau aku la jadi kau, da lama aku karate 2 ekor monyet tu. Nasib baik la aku bukan kau.”

“Dian pun tak nak jadi kau la. Yang kau membebel dari tadi tu kenapa?”Amirul mencelah.

“Aku cuma nak nasihatkan minah lembik ni je. Kau ni mentang mentang la buah hati. Cakap pun ala ala manja gitu,”Khairani mula mengusik.

“Apa la yang kau merepek ni? Tak habis habis nak kenakan aku dengan Dian. Ntah ntah kau yang syok kat aku tak?”Amirul memulangkan paku buah keras.

“Kau dah lebih ni. Ada ke kata aku syok kat kau yang muka macam jamban roboh. kau nampak tak penumbuk aku ni. Jangan sampai hinggap kat muka kau,”Khairani mula mengenggan penumbuknya.

“Dah la. Korang pula nak bergaduh. Jom balik. Dah lewat ni. Kang risau mak bapa kita.”Dian meleraikan pertelingkahan yang berlaku

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“Okay pelajar ,kamu boleh hantar homework kamu pada Liyana ye.”

Dian mahu mengambil begnya . Tangannya meraba bahagian dalam beg namu bukunya tidak dijumpai. Riak mukanya mula berubah. Dian taku akan didenda dan dimarahi.

“Kenapa ni Dian? Kau ok tak? Buku kau tertinggal ke?”Pertanyaan bertugi tubi daripada Khairani membuatkan Dian semakin gelisah.

“Buku aku takde la Khai. Aku rasa aku dah letak dalam beg ni. Aku yakin. Tapi sekarang dah takde.”

“Cuba kau cari betul betul. Ingat balik kat mana kau letak,”Khairani cuba mententeramkan Dian.

“Aku yakin aku da letak dalam beg. Pagi pagi tadi aku dakeluarkan tapi sekarang dah takde.Macam mana ni?”

“Dian Wahyuni,kamu sorang je belum hantar buku. Mana buku kamu?”tanya Cikgu Norlia.

“Err.. errr.. saya… saya….”

“Sejak bila kamu gagap ni? kamu tak siapkan ye ?”

“Saya dah siapkan. Saya dah bawak tapi sekarang dah takde.”Dian jujur.

“Habis takkan la buku tu boleh ghaib pulak?”

“Memang betul cikgu. Tadi ada, sekarang……..”

“Cukup.Kamu pergi berdiri dekat luar sampai masa saya habis. Ni la budak sekarang. Baru cemerlang sikit dah pandai menipu.”rungut Cikgu Norlia.

Dian menurut. Dia hanya menundukkan kepalanya. Perasaan malu menerpa dirinya.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

“We, mangkuk,kau kan yang amek buku Dian tadi?”sergah Khairani pada Hidayah dan Amalina.

“Yang kau nak menuduh tu kenapa? Kau sure ke memang kitaorang yang amek?”bentak Hidayah.

“Habis siapa lagi. Memang kau jela yang busuk hati sangat dengan Dian kan? Baik kau pulangkan sebelum penumbuk aku ni naik kat muka kau.”

Khairani sudah mengenggam penumbuknya namun dihalang oleh Dian.

“Da la tu Khai. Kau nak menumbuk je ni kenapa? Jangan la gaduh gaduh macam ni,”Dian mulai rimas.

“Ni 2 ekor mangkuk tingkat memang patut diajar. Tak habis habis menyusahkan hidup orang.”

“Ina, Dayah. Betul ke korang yang amek buku aku tu? Korang boleh pulangkan tak buku aku tu?”tanya Dian lembut.

“Memang aku yang amek. Aku sakit hati tengok kau je yang kena puji. Sekali sekala kan kena marah. Apa salahnya?”Amalina tersenyum puas.

“Ok, aku pun dah kena denda. Boleh tak kau pulangkan buku aku balik?”

“Ohh,nak balik buku kau ea? Actually, aku dah koyak kan buku kau tu. So,tempat dia hanya layak berada dalam tong sampah,”kata Hidayah selamba.

“Hah!”jerit Dian tidak percaya.

“Kau jangan la nak terkejut sangat. Memang buku tu kitaorang dah buang. Kalau kau nak balik buku kau, tu dalam tong sampah tu.”Amalina menundingkan jarinya ke arah sebuah tong sampah.

Dian segera berlari ke arah tersebut. Ternyata,Amalina dan Hidayah tidak berbohong. Bukunya sudah menjadi cebisan cebisan kecil. Air matanya tumpah melihat bukunya yang tidak bersalah diperlakukan sedemikian.

“Kau ni dah melampau tau,”serentak itu penumbuk Khairani singgah tepat di pipi Amalina.

“Aduhhh!”Amalina mengerang kesakitan. Tangannya mengelap darah yang mulai keluar.

“Ni baru sikit tau. Kalau kau berani usik Dian lagi,kau tau la nasib kau,”Khairani memberikan amaran keras sambil berlalu meninggalkan Amalina dan Hidayah.

“Kurang hajar!”jerit Amalina .

“Kau tengoklah nasib kau nanti,”sambung Amalina.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Khairani membetulkan tudungnya yang senget.Dia membuka beg untuk mengambil buku rujukannya. Namu, dia terkejut apabila beberapa ekor katak melompat keluar dari begnya.

“Aaaaaaaaaaaaaaaa,”jeritan Khairani memeranjatkan Dian.

“Kenapa ni Khai?Yang kau terjerit jerit tu apahal?”tanya Dian.

“Ni, kau tengoklah dalam beg aku ni. Ada 2 ekor katak. Sejak bila pulak aku ternak berudu dalam beg sekolah aku ni?”Khairani menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Issh,kau ni. Mula la nak merepek tu. Katak la binatang yang paling kau tak suka kan. Macam mana binatang ni ada dalam beg kau?”giliran Dian pula menggaru garu kepalanya.

“Shit, ni mesti kerja 2 mangkuk hayun tu. Diaorang memang nak kena dengan aku.”

“Mangkuk mana pulak pergi sekolah ni?”tanya Dian lurus.

“Ala kau ni lampi la. Si Amalina dengan Hidayah la. Siapa lagi yang nak kacau minah cun macam aku ni.”

“Kau ni perasan betul la. Kau tak baik tau main tuduh tuduh.”nasihat Dian.

“Ni bukan tuduh la. Aku confirm. Cuba kau tengok beg kau pulak,”saran Khairani

Dian membuka begnya. Dia terkejut melihat keadaanya bukunya yang sudah basah. Hampir semua bukunya sudah dilimpahi dengan air.

“Ya Allah,habis basah semua buku aku.”

“Wei,macam mana boleh basah ni.Air kau tumpah ke?”

“Aku mana la pernah bawa air Khai macam mana nak tumpah.”

“Aku dah agak, ni mesti kerja Amalina dengan Hidayah.Nak kena budak ni.”

Khairani baru hendak melangkah tetapi sudah dihalang oleh Dian.

“Dah la. Jangan nak bergaduh. Buku aku tu boleh kering kan. Jom balik. Dah hujan ni.”

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Dian melilaukan matanya. Dia mencari kelibat Amalina. Sudah hampir seminggu dia tidak hadir ke sekolah akibat demam.Kini, kelibat Amalina pula tidak kelihatan.

“Khai, dari tadi aku tak nampak Amalina.Dayah je yang ada. Mana dia?”tanya Dian ,risau.

“Ni yang aku nak cerita ni. Ada cerita sedih yang aku nak bagitahu kau….”

“Apa dia? Cepatlah cakap?”tanya Dian tidak sabar.

“Parents dia kemalangan. Ayah dia tidak dapat diselamatkan. Mak dia pula masih di ICU.”

Dian terpana. Sungguh dia tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.

“Dengar cerita Hidayah pula,Ina masih bersedih. Dia tak mahu buat apa apa pun. Berkurung je dalam bilik dia,”terang Khairani lagi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Habis macam mana Khai? SPM tak lama lagi. Boleh ke dia hadapi dengan tenang?”

“Insyaallah Dian. Kita doakan la agar dia boleh berjaya dengan cemerlang,”ujar Khairani lagi.

“Amin.”

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Amalina merenung bukunya dengan pandangan kosong. Apa yang diajarkan oleh Cikgu Norlia langsung tidak diendahkan. Walaupun hampir sebulan peristiwa sedih itu berlaku,kesedihannya masih terasa.

“Amalina,kau ok?”tegur Hidayah.

“Hmm,ok,”balas Amalina pendek.

“Kau jangan la mcam ni. Risau tau aku. Tak lama lagi SPM da datang. Kalau kau terus macam ni macam mana masa depan kau nanti?”

“Masa depan aku dah gelap Dayah. Aku da tak bersemangat untuk SPM nanti.”air matanya sudah bergenang.

“Kau tak boleh macam ni Ina. Kau yang masih hidup kena teruskan .”

“Betul cakap Dayah tu.”sampuk Dian .

“Hei, kau nak apa ni? Jangan sibuk sibuk boleh tak?”jerit Amalina.

“Ina ,aku bersimpati dengan kau. Aku cuma nak berkawan dengan kau,”terang Dian.

“Tak payah la kau nak tunjuk simpati kau tu. Kau suka kan tengok aku macam ni. Memang ni kan yang kau nak tengok,”tengking Amalina.

“Ina, aku memang nak berkawan dengan kau. Kau sudi tak kawan dengan aku?”Dian menghulurkan tangan tanda persahabatan.

“Sampai bila bila pun kita tak akan berkawan la.”Amalina bingkas bangun meninggalkan Dian dan Hidayah.

“Maaflah, Dian. Ina tu memang keras hati. Aku pun nak mintak maaf atas semua kesalahan aku yang pernah aku buat dekat kau. Kita kawan kan ?”Hidayah mengulurkan tangannya.

“Ye,kita kawan.”Dian menyambut huluran tangan Hidayah.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

sahabatcinta

“Ayah, kenapa ayah tinggalkan Ina cepat sangat. Ina tak kuat ayah,”rintih Amalina.

“Ina, kau buat apa bawah pokok sorang sorang ni?”tegur Dian.Dian turut duduk di sisi Amalina.

Amalina segera mengelap air matanya.

“Yang kau sibuk tu kenapa? Aku punya hal la. Kau jangan nak busy body boleh tak?”

“Ina, aku cuma nak kongsi masalah dengan kau. Aku pun pernah kehilangan ayah. Aku da rasa semua tu. Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita dekat aku.”

Amalina terdiam .Dia tidak menyangka Dian sanggup mendengar masalahnya.

“Dian,aku nak mintak maaf sangat sangat dengan kau. Sejak kau masuk, aku da buat macam macam dekat kau. Kau tak pernah balas perbuatan aku.Aku banyak sakitkan hati kau.”

Amalina sudah menangis teresak esak di bahu Dian. Sesungguhnya, dia menyesal atas perbuatannya yang lalu.

“Ina, semua orang buat salah kan. Aku pun tak terlepas,”pujuk Dian.

“Tapi aku lain. Aku memang sengaja buat semua tu. Aku benci dengan kelebihan yang ada pada kau. Sekarang, aku da dapat balasannya.”

“Ina, kita lupakan hal lama tu. Sekarang kita kena fokus dengan SPM.”

“Aku tak kuat la Dioan. Aku rapat dengan ayah aku. Mak aku pun masih belum pulih sepenuhnya. Macam mana aku nak study dengan tenang,”tangisan Amalina makin menjadi jadi.

“Ina, mak kau kan masih ada. kau bahagiakanlah dia sementara dia masih ada. Masih sempat kan?”

“Terima kasih, Dian. Aku tak sangka kau masih nak maafkan aku setelah apa yang aku dah buat,”Amalina mula mengesat air matanya.

“Sedangkan Nabi ampunkan umatnya,apalagi kita manusia biasa kan?”

Amalina hanya tersenyum.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Hari yang ditunggu tunggu tiba. Keputusan SPM sudah keluar.Dian sudah bersiap siap untuk ke sekolah.

“Mak, Dian pergi dulu,”Dian mencium tangan ibunya.

Setibanya di sekolah,keputusan sudah di umukan. Dian segera mendapatkan Khairani.

“Khai, kau da amek belum. Jom,”ajak Dian.

Dian dan Khairani beratur untuk mengambil keputusan mereka. Dian menguntum senyum apabila melihat keputusannya.

“Kau dapat berapa Dian?”tanya Khairani.

“Alhamdulillah Khai. Aku dapat A tegak. Aku tak sabar nak bagitahu mak aku,”Dian tersenyum puas.

“Congrates Dian,”ucap Khairani.

“Kau dapat berapa?”

“Alhamdullillah. Semua A tapi banyak A- la. Aku tak sehebat kau,”ujar Khairani perlahan.

“Ok la. Kita masih boleh mohon course yang sama kan.”

“Congrates Dian, Khaii,”tegur Amalina dan Hidayah serentak.

“Korang punya result macam mana?”jerit Khairani ,memandangkan suasana riuh dipenyhi dengan gelak tawa para pelajar.

“Alhamdullillah. Not bad la. Cukup untuk membuatkan parents kami bangga,”ujar Hidayah.

“Ni mesti straights kan?”tanya Dian sambil menyimpul senyum.

“Alhamdulillah. Sama dengan korang.”

Serentak itu mereka berempat ketawa. Masing masing rancak bercerita perihal hidup masing masing memandangkan sudah lama tidak berjumpa.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Dian mengatur langkahnya laju. Dia tidak sabar mahu memberitahu ibunya.

“Dian.. Dian ,, tunggu aku kejap,”teriak Amirul

Teriakan Amirul menghentikan langkahnya.

“Congrates. Aku berbangga dengan keputusan kau. Kau antara pelajar cemerlang tau,”beritahu Amirul gembira.

“Alhamdulillah. Berkat doa ibu dan cikgu . Kau ?”

“Aku cuma dapat 7 je. ”

“Ok la tu. Ok la, aku nak balik ni. Nak bagitahu mak aku.”

“Nanti, Dian,”Amirul menahan Dian dari pergi.

“Cakap la cepat. ”

“Aku,, aku,,,”Amirul gagap.

“Apa dia ni?”

“Aku suka dekat kau. Aku nak kau jadi pakwe kau. Kau nak tak?”

Dian terdiam. Kemudian, dia menguntum senyuman manis.

“Mirul, aku mintak maaf. Aku tak boleh terima. Aku mahu menumpukan pada pelajaran dulu. Aku tak mahu terlibat dalam percintaan dalam usia yang muda ni,”terang Dian.

“Tapi Dian……”

“Aku mintak maaf. Aku kena pergi dulu. Assalamualaikum.”

Dian berlalu meninggalkan Amirul yang ternyata kecewa

“Waalaikumsalam. Terima kasih Dian,”balas Amirul. Walaupun kecewa, dia menghormati keputusan Dian.

[notification type=”standard”] Cerpen ini ditulis oleh FyzaIshak. Jika anda juga berminat untuk menghantar artikel atau hasil nukilan anda kepada kami, sila emelkan kepada kami disini.[/notification]

Google Eat this!

  • cerpen aku suka dia
  • cerpen kau aku punya
  • cerpen kau milik aku
  • cerpen cinta monyet
  • cerpen aku cinta kamu
  • http://zoncinta com/aku-suka-dia/
  • cerpen aku nak kau
  • cerpen aku suka kau
  • cerpen dia aku punya
  • cerpen aku dan dia

2 thoughts on “Cerpen: Aku Suka Dia”

Leave a Reply to Jaiho Cancel reply

yoeeeeeeee