8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta

Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.

Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Kami banyak menerima emel daripada pembaca meminta tips untuk menjadi matang dalam bercinta. Oleh itu hari ini, kami akan kupaskan dan bincangkan khas untuk anda.

8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta

#8 Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

sosial

Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

 

#7 Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.

Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

 

#6 Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang :P

 

#5 Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.

Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.

 

#4 Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

 

#3 Elakkan daripada bercinta 24 jam!

cinta24jamBukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.

Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

 

#2 Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.

 

#1 Ubah penampilan anda
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.

Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu 🙂

*   *   *   *   *   *   *   *

Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup.

Gambar: oO-Rein-Oo,  LooserikooOIndreOoo

[ois skin="zoncinta"]

Google Eat this!

  • tips bercinta
  • lelaki matang
  • ciri ciri lelaki matang
  • Ciri lelaki matang
  • cara berfikiran matang
  • tip bercinta
  • tip cinta
  • cara nak bercinta
  • cara bercinta
  • cara menjadi matang dalam perhubungan

19 thoughts on “8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta”

  1. prngai sy plak cam bdk2 wlhal umur dh akhir 20-an..yg slalu nk bkwn dgn sy msti umur 24-26..lg muda dr sy tu..sy ni jnis hepi go lucky wlupun ati luka bdarah..xtaulah bila sy nk jd matang…???

  2. 🙂 maturity is the matter of time… suka ayt ni…tp bg sy, matang dlm bercinta diperlukn ketika perlu…meaning, klau perangai cam bdk2 msh ada, x mengapa…just be yourself 😉

    1. Dah berumur 17 sya masih lagi beperangai mcm bdk2. Ramai kata saya dah dara masih mcam budak2. Sya malu lah. Macam mana sya nak mnjadi dewasa?apakah tipsnya.??

  3. Pingback: Tips Untuk Menjadi Matang Dalam Bercinta | Fuh.My

  4. Saya nie budax yng berumur 15 tahun….saya masih belum baligh…saya menjadi susah nk baligh sebab masih suka dengan perangai budax2…salah satu tips awak saya telah gunakan lama….tips turn ialah Cuba memperbaiki kesilapan cinta sebelum ini Dan menjadi sang pencinta Yang lebih baik….taping masalahnya sikap kebudakkan nie susah nk lupakan….kalau awak ada cara yng lebih baik sila la maklumkan kepada saya…

  5. Pingback: 8 Tips Menjadi Matang Dalam Bercinta | TIPS-TIPS

  6. Siti Nurain Bt Murslin

    Saya tidak boleh berubah menjadi matang … Dan saya sudah cuba untuk berubah menjadi yang matang tetapi tidak boleh . Sepanjang hari saya , saya mahu bersamanya sepanjang masa
    . Saya terlalu kuat cemburu dan selalu berfikiran negetif terhadap dia . Semua ini bukan mengada2 tetapi saya takut akan hilang orang yang saya sayang dan cintai . Saya sudah banyak pengalaman mengenali seorang lelaki .
    Saya cuma takut saya dipermainkan dan apa selama ini saya buat hanya sia2 sahaja . so , apa yang saya harus buat ?

  7. Assalam’ guys..nk minx pendapat ni..umur aq 19 thun..asl selangor.. .n pakwe plk umur 26 thun..asl terengganu..ktaorg cpl since bln 8 /2017..cpl jarak jauh sbb dia duk sna..but still aq pernah contact mak dia n borak ngn adik dia time video call…ktaorg kerap la jgk gaduh..tpi kejap je baik..sbb aq ni jenis nk perhatian..aq dh byk kluarkn duit utk dia..beli hadiah..bgi mknn..salurkn bantuan sbb dia x keje..so aq risau la umur dh mkin tua tpi x keje..kdg2 ada la jgk keje dia tu..tpi aq bgi nasihat la suruh cri keje tetap…bila aq nasihatkn je..dia cuma ckp thank you…tu je ..tpi still sma..ada jgk aq tanya (apa plan u)…tpi dia ckp dia x de planning…punya la sedih + geram…aq sayang dia sgt..dia ckp dia sygkn aq..tpi effort dia tu aq x nmpk..bila bergaduh dia x de pun nk pujuk aq…aq je yg slalu cuba nk leraikan supaya jadi baik blik…pastu mlm tdi…aq ada mimpi..x pasti mimpi tu tersirat ke atau pun apa yg aq mimpi tu jdi betul…(aq mimpi ada sorang laki x tau dtg dri mna tpi aq mcm ingat2 lupa..dia dtg ke umah nk pinang aq..n tht time aq masih cpl ngn pakwe aq tu..lps tu mak aq ckp kt aq ada org nk pinang..then aq trus terima..n selepas tu aq mmg disahkn jdi tunang org ..mlm tu pakwe aq plk text “aq akn stop chat ngn kau,aq x kn call kau..bye”…..tu je mimpi dia…masalahnya skrg aq keliru..APA YG AQ KENE BUAT..sbb skrg aq ngn pakwe aq ni ngh bergaduh…pls guyss

    1. Wasalam , tinggalkan bf awak . Dia langsung tak matang and tak bertanggungjawab , masih tak fikir masa depan and asyik nak berseronok. Lelaki umur 17 dah kena plan perjalanan hidup , umur 27 sekurangnya dh ada kerja tetap .Sampai bila awak nak tanggung Dia ? Kalau dia betul2 nakkan awak dia akan usaha untuk halalkan awak , bukan mintak duit awak untuk sara hidup dia . don’t waste yr time lah dengan lelaki gitu. Sayang awak tk bermakna Kalau dia tak serius dengan awak.

Leave a Reply to Miss Classy Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *