Zoncinta.com Dapat Anugerah Google Most Inspired Blog

Post image for Zoncinta.com Dapat Anugerah Google Most Inspired Blog

Salam pembuat semua pembaca. Sudah lama rasanya pihak kami di Zoncinta.com senyap tanpa mengupdate tips-tips cinta dan luahan cinta yang terbaru. Kami banyak menerima pertanyaan di Facebook Zoncinta dan juga di emel dimanakah kami menghilang lamanya.

Oleh itu kami memohon maaf atas kehilangan sebelum ini atas dasar masing-masing sedang sibuk dengan kerja masing. *Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki*. Dan terima kasih juga buat anda sebagai pembaca setia kami yang sentiasa melawati blog kami yang tidak seberapa ini walaupun sudah lama tidak diupdate.

Zoncinta.com Dapat Anugerah Google Most Inspired Blog

Masihkah anda ingat tentang artikel dimana kami berjanji untuk memberikan tshirt edisi khas Zoncinta.com? Kalau anda sudah terlupa anda boleh rujuk disini.

Kami telah masuk bertanding dalam Digi WWWOW Awards dalam kategori ‘Google Most Inspired Blog’ dengan harapan blog kami akan memenangi kategori itu seterusnya wang (hadiah) yang kami menang itu dapat kami gunakan untuk membuat tshirt Zoncinta.com dan diberikan secara percuma kepada pembaca setia kami.

Tapi sayangnya, kami tidak memenangi anugerah itu dan kami anggap itu bukan rezeki kami. Walaubagaimanapun pun dengan sokongan dan undian anda, kami sebenarnya telah layak memasuki pusingan akhir iaitu 10 blog terbaik untuk memenangi kategori yang kami sertai.

anugerah

Kami kongsikan sijil kemenangan kami sebagai top ten finalist yang masuk dalam kategori Google Most Inspired Blog. Tapi kami percaya, tanpa sokongan pembaca setia seperti anda, kami tidak mungkin berjaya masuk sebagai finalist *sob-sob*. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan!

Jualan Tshirt Zoncinta.com Edisi Terhad dan E-novel Percuma!

baju

Walaupun kami tidak dapat menunaikan janji untuk memberi tshirt (kerana kami tidak menang hadiah utama dan wang tunai tersebut) edisi terhad Zoncinta.com secara percuma, kami bercadang untuk membuka jualan tshirt Zoncinta ini ekslusif disebabkan terdapat beberapa permintaan daripada pembaca. Nanti bolehlah anda memakai ke kelas atau mungkin ke gathering Zoncinta yang akan diadakan nanti :D. Tapi berapakah harga yang kami perlu letak? RM20 atau RM25 ataupun RM30? Cadangan anda?

Bagi kaki novel, kami akan berikan enovel bertajuk “Setulus Kasih Maisara” kepada anda. Konsepnya sama sahaja seperti novel biasa cuma anda boleh download ke tablet ataupun laptop anda dan yang paling menarik ianya percuma! Mungkin ada kalangan anda sudah mendownloadnya, tapi pada yang belum tu, tungguuuu. E-novel ini akan diberikan nafas dan design baru!

Lebih Banyak Tips Cinta Dan Hadiah Percuma!

Impian kami sempena tahun baru yang akan tiba nanti adalah untuk menjadi blog cinta nombor 1 di Malaysia. Dan kami berjanji kami akan lebih aktif berkongsi tips-tips cinta dan membantu menjawab segala permasalahan cinta yang dialami oleh pembaca.

Dan mungkin kami juga akan mencari penaja-penaja yang sudi memberi hadiah-hadiah menarik kepada pembaca setia kami. So, jangan lepaskan peluang untuk sentiasa berkunjung ke blog kami. Mungkin hadiah itu milik anda. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda siapa yang tahu kan? 😀

Leave a Comment

{ 1 comment… read it below or add one }

cursos gratis de tarot 20 July 2014 at 7:14 pm

Hey! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to
make your site mobile friendly? My weblog looks weird
when browsing from my iphone. I’m trying to find a template
or plugin that might be able to fix this problem.
If you have any suggestions, please share. Thanks!

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta