Tshirt Zoncinta.com Edisi Terhad Untuk Diberikan Secara Percuma Kepada Anda!

Sudah genap setahun lebih Zoncinta.com beroperasi. Oleh itu, kami berbesar hati untuk memberikan hadiah istimewa untuk para pembaca setia kami yang sentiasa menyokong kami.

Mungin ramai tidak tahu kami telah menyertai pertandingan blog Digi WWWOW Awards dalam kategori Google Most Inspiring Internet For Good Awards. Ianya sejajar dengan visi dan misi kami semasa blog ini ditubuhkan iaitu untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah dalam perhubungan disamping memberikan tips-tips dan info untuk menyemarakkan lagi cinta anda.

Kami juga sentiasa cuba menambah baikkan lagi blog ini dengan memperkenalkan kategori-kategori baru seperti slot untuk karya pembaca dimana anda boleh menghantar hasil karya penulisan anda seperti cerpen, novel, puisi dan lain-lain yang searus dengan topik blog ini iaitu cinta.

Untuk pengetahuan anda, kami juga telah menerbitkan sebuah enovel percuma untuk diberikan kepada kaki novel iaitu ‘Setulus Kasih Maisara’ yang ditulis oleh Puteri Kasih. Terima kasih tidak terhingga buat Puteri kerana mempercayai kami untuk menerbitkan enovel tersebut 🙂

Saya Nak Tshirt Zoncinta.com Edisi Terhad!

Setelah berbincang dan dipersetujui, pihak kami akan memberikan Tshirt Zoncinta.com edisi terhad secara percuma kepada 40 pembaca bertuah kami sekiranya anda mengundi kami memenangi kategori Google Most Inspiring Internet For Good Awards untuk pertandingan blog Digi WWWOW Awards itu.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengundi kami setiap hari disini –>http://bit.ly/UndiZoncinta sehingga 13 Mei ini bagi membolehkan Zoncinta.com mendapat nombor 1 bagi kategori tersebut. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan anda untuk turut serta sekali. Siapa tahu mungkin anda dan rakan anda adalah pemenang yang kami cari.

Saya Nak Undi Zoncinta.com Tapi Bagaimana?

Hanya 5 langkah mudah sahaja untuk anda mengundi kami sehingga 13 Mei 2012 dan menjadikan kami nombor 1 dalam kategori Google Most Inspiring Internet For Good Awards :

  1. Anda boleh klik link ini http://bit.ly/UndiZoncinta atau klik pada banner kuning disebelah.
  2. Klik pada button ‘VOTE NOW’.
  3. Klik pada Login button. Anda boleh pilih samada untuk login menggunakan Twitter ataupun Facebook anda.
  4. Kemudian, klik sekali lagi pada button ‘VOTE NOW’.
  5. Ulangi proses yang sama setiap hari. Dan jangan lupa mengajak rakan-rakan anda mengundi kami 🙂

Mudah bukan? Jomlah beramai-ramai mengundi Zoncinta.com. Masih tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh undian ditutup iaitu 13 Mei 2012.

* * * * *

Kami berharap dengan bantuan pembaca kami yang sudi mengundi kami, kami dapat merealisasikan impian kami untuk mencetak dan memberikan tshirt Zoncinta.com edisi terhad ini kepada anda 🙂

** Kepada blogger, jika anda mahukan artikel ini ditampal blog anda sebagai tanda sokongan anda kepada kami, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan artikel lengkap.

6 thoughts on “Tshirt Zoncinta.com Edisi Terhad Untuk Diberikan Secara Percuma Kepada Anda!”

Leave a Reply to wazy Cancel reply

yoeeeeeeee