Ubat Putus Cinta (8 Tips Menangani Putus Cinta)

Post image for Ubat Putus Cinta (8 Tips Menangani Putus Cinta)

Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina atas dasar saling mencinta akhirnya putus kerana sebab-sebab tertentu, tapi itulah asam garam dalam roda percintaan. Putus cinta adalah perit.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu betapa rapuhnya sesebuah perhubungan itu jika tidak kena pada cara, tidak kena pada tune-nya. Tidak hairanlah acapkali terlintas berita mengenai insiden membunuh diri kerana dikecewakan kekasih. Sebagai seorang manusia yang waras dan beragama, setiap masalah itu pasti ada ubat dan penyelesaiannya. Putus cinta haruslah diatasi dengan cara yang bijaksana dan tenang.

8 Tips Menangani Putus Cinta

#8 Lepaskanlah apa yang terpendam

Jangan takut untuk melayani perasaan anda. Lelaki terutamanya, menganggap bersedih dan air mata adalah simbol kelemahan. Tanggapan ini salah dan terlalu mengikut ego diri semata-mata.

Berikan masa beberapa jam untuk anda menyendiri, merentas kembali waktu bahagia dulu dan merembeskan kesedihan yang bersarang di hati. Cara ini membolehkan anda membina kembali motivasi diri dan memberi ruang untuk anda menyusun serta menilai semula jati diri anda. Menangislah sepuasnya…

#7 Masih ada yang sayang

Ingatlah putus cinta bukanlah pengakhiran hidup. Anda masih ada keluarga yang menyayangi, teman karib, dan yang paling penting anda ada diri anda sendiri.

Bangkit. Hiduplah untuk siapa anda yang sebenar. Lagipun, bukanlah si dia yang memberi anda oksigen untuk hidup sehari-hari, tapi Dia Yang Satu.

#6 Jangan stalk ex anda

Sesekali datang keinginan untuk menyemak akaun Facebook si dia, tetapi anda perlu gagahkan diri untuk mengelakkannya. Padamkan semua contact si dia, delete phone number, unfriend akaun Facebooknya, dan paling penting padamkan SEMUA mesej daripadanya.

Tabiat mengenangi semula perkara lampau akan hanya mengakibatkan perasaan lemah semangat (down) dan menjustifasikan diri anda looser kerana tidak dapat menjadi pencinta sebenar seperti yang anda berdua impikan. Elakkan diri anda untuk mengenanginya langsung untuk sementara waktu ini. Tiada guna anda mengenang orang yang sudah tidak langsung pedulikan anda lagi. Buang masa!

“You don’t actually miss him. You miss who you thought he was.”

#5 Stay single!

singleJangan takut atau rasa terasing untuk menjadi single. In fact, 52% orang dewasa di dunia adalah bujang. Kebanyakan individu yang baru putus cinta akan cenderung untuk jump into another relationship kepada lelaki/perempuan yang anda jumpa sejurus setelah break up.

Inilah antara kesilapan besar yang biasa dilakukan. Tiada apa perasaan konkrit yang wujud dalam perhubungan seperti itu melainkan dendam, ia suatu jalan pintas yg sangat kebudakan. Cinta kilat seperti itu beberapa hari lagi akan pudar dan berakhir, meninggalkan ‘kambing hitam’ yang terkapai-kapai tak tentu arah. (Mesej ini juga diajukan kepada mereka yang gemar mengambil kesempatan terhadap gadis yang baru putus cinta!)

#4 Berkomunikasi dengan orang sekeliling

Tiba masanya untuk anda berhenti sejenak, take a deep breath, dan lihat sekeliling anda. Dunia anda sekarang tidak lagi seperti dulu, tidak lagi sesempit dulu, kini bebas! Carilah teman untuk berbicara dan bisa membuat anda selesa.

Bagi perempuan, agak mudah untuk mereka mencari teman sebagai bahu tempat mengadu, mereka tidak perlu sebondong kawan tetapi cukup dengan seorang atau dua yang boleh berkongsi rahsia bersama dan juga tempat meluahkan perasaan.

Bagi lelaki, inilah masanya untuk anda kembali kepada ‘geng’ lama yang, tanpa sedari, pernah anda abaikan sewaktu zaman berpacaran dahulu. Pada mulanya pasti akan berasa janggal tapi lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kembali keremajaan dan lively dalam diri anda.

“Laughter is the best medicine”

#3 Lakukan aktiviti fizikal dan riadah

Kerapkan aktiviti yang memerlukan badan dan fizikal anda bekerja. Apabila fizikal bergerak, secara automatisnya minda anda juga akan turut distimulasi. Hadir ke gimnasium, bermain futsal, atau berjoging di taman (atau tambahan lagi, shopping!) boleh membantu anda fokus kepada apa yang anda lakukan dan secara tidak langsung akan divert pemikiran anda daripada ingatkan kisah sedih lalu.

Memotong rambut juga terbukti dapat menjadikan anda lebih fresh dan persediaan untuk menjadi diri anda yang baharu.

#2 Sibukkan diri

Berbanding merokok dan alkohol, pilihlah jalan yang lebih sihat. Sibukkan diri anda dengan bekerja, bekerja, dan kerja lagi. Bagi yang masih belajar, study lebih waktu atau menyertai events yang diadakan oleh pihak kolej. Kerja overtime sehingga anda tiada masa untuk melakukan perkara lain melainkan kerja, makan, dan tidur. Ini dapat mengelakkan daripada anda kembali teringatkan kekasih lama.

Cuba hobi baru, mendaki gunung atau melancong misalnya untuk memberi anda dimensi baru tentang kehidupan.

#1 Be positive

happyJangan pernah berdendam atau stress akibat putus cinta. Positifkan minda anda, ambil masa untuk berfikir dengan bijaksana. Anggaplah ini fasa terbaik untuk anda refleksi diri dan membantu ke arah pembangunan jiwa anda. Belajar daripada apa yang berlaku, jadi lebih matang, dan persiapkan diri untuk ke perhubungan cinta yang seterusnya setelah anda betul-betul bersedia.

Usah lagi bermuram durja. Bangkit! You can move on with dignity.

“Pain is inevitable. Suffering is optional” -M. Kathleen Casey

Gambar: morphinetears36justankicurlytops

Google Eat this!

  • putus cinta
  • tips putus cinta
  • cara mengatasi putus cinta
  • cara mengatasi masalah putus cinta
  • petua putus cinta
  • tip putus cinta
  • cara menangani putus cinta
  • tips putus cinta bagi lelaki
  • cara atasi putus cinta
  • mengatasi masalah putus cinta

Leave a Comment

{ 5 comments… read them below or add one }

dilla 28 January 2014 at 6:40 pm

Hye,i dilla, nak share skit ni, umur sya dlm 22thn, sya kenal sorang lelaki ni yg muda dr sy slama 3thn,sbnrnya kmi dah smpai 1thun dlm hubungan,
tp sejak kbelakangan ni, dia ada 2 akaun fb, tp fb yg 1 lg,dia block sya,
Bt masa ni dah 4x sya dapat tahu dia slalu chat ngan pempuan lain, tapi btanyakan soalan pada pmpuan itu, samada dia dah bpunya atau x?
Siap btkr number phone and nak bjumpa?
Tapi mula sya bt xtaw?
Lgpun kami jarang jumpa xmcm dlu.
Seolah2x dia telah brubh?
sa xtw knapa ?
Tp sya buat bodoh je,
Layan text pun dah kira slumber je,
Skt aty memang, cuma sya xfhm apa yg sy perlu buat

Reply

Misz Chinta 20 February 2014 at 4:36 am

Lelaki memang tidak puas hati dengan satu. Tambahan lagi, anda berdua masih muda dan Misz andaikan u berdua masih lagi belajar.

Pemikiran lelaki pada umur 19 tahun ini masih belum cukup matang. Mereka hanya mahu berseronok sahaja. Mereka tidak mahu memikirkan perkara-perkara yang serius ataupun memberi komitmen dalam apa jua benda. Namun tidaklah semua lelaki berfikiran seperti itu kerana banyak faktor yang boleh mempengaruhi kematangan pemikiran seorang lelaki tapi kebanyakannya seperti yang Misz nyatakan tadilah.

Misz nasihatkan tidak usahlah berpancaran dengan lelaki yang masih muda atau Misz kategorikan sebagai ‘remaja’ kerana ia tidak bersesuaina dengan peringat umur u dear 🙂 Tidak usahlah u pening-pening dan sakitkan kepala dan hati u memikirkan tingkah laku si dia. Let it go and look for the true love <3

Reply

syazrin 26 May 2014 at 3:47 pm

Assalamualaikum,
Saya syazrin 27 thn saya pernah berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama elysa muda setahun dari saya. Kami berkenalan masa saya berumur 25 thn . Saya rasa hubungan kami semakin teruk, dia dah tak percayakan saya. Kami sering bergaduh hinggakan saya terpaksa mengalah walaupun ia bukan salah saya. Adakah patut saya tinggalkan dia….

Reply

cinta 25 December 2014 at 11:34 pm

bagus sekali artikelnya, terimakasih

Reply

puteri nurul amena 19 October 2016 at 9:56 pm

asalamualaikum . saya puteri berumur 14 tahun yg always tgok website ni …im know that im still young to be in love but saya tak boleh elak from that … saya mempunyai masalah when im in love in someone … bila saya pandang je his eyes .OMG he’s mine … saya cuba untuk lupakan dia .. untuk tidak menyukai dia but i can’t … i love him but saya diam and pendam je .. saya rasa penat lah untuk crush kat orang and diri sendiri je tahu .. boleh bagi tips sikit ? thanks 😉

Reply

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta