10 Tips Percintaan Jarak Jauh (PJJ)

Suami: Ayang, tadi bos abang bagitahu 2 bulan lagi Abang kena pindah kerja ke Melaka. Bos Abang cakap rumah semua dia dah sediakan.
Isteri: Hahh?? Abang kena kerja Melaka. Alaaaaaaaa jauhnyaaaa.. Pastu macamana dengan Ina nanti kalau Abang tak ada. Ina nak ikut. Ina nak ikut!
Suami: Haish sayang nak ikut macamana. Nanti siapa nak mengajar kat sekolah tu? Lagipun semua student-student Ayang kan sayang dekat ayang. Kesian dekat student Ayang tak dapat jumpa cikgu kesayangan mereka.
Isteri: Ooooo maknanya Abang tak nak jumpa Ina dah la ni? Sebab tu tak bagi Ina ikut sekali kan?
Suami: Hahaha bukanlah sayang. Bukan begitu maksud Abang. Ayang kan cikgu. Lagipun tak kan Ayang nak berhenti kerja kan. Kalau nak minta pindah pun bukannya boleh dapat dalam masa terdekat ni sayang. Ala KL dengan Melaka bukan jauh pun.
Isteri: Memanglah tak jauh.. Tapi macamana nanti kalau Abang suka dekat perempuan sana masa Ina tak ada? Hmmmm *Buat buka merajuk*
Suami: Ishh mana adalah sayang. Ayang ni fikir bukan-bukan je. Abang sayang dekat isteri abang yang ni sorang ni je.. *Sambil cubit pipi Ina*
Isteri: Yela. Abang duk Melaka sorang-sorang. Ina pulak duk KL. Mana Ina tak risau kan.
Suami: Alaa comel je isteri abang ni kan. Hehe. Ok lah, Abang janji Abang akan sentiasaaaa ingat dekat Ayang walaupun duduk jauh. Dan Abang janji Abang akan balik tiap-tiap minggu jumpa Ayang ea. Dan dan Abang janji Abang akan cinta dan setia dengan Ayang sorang je. Mmmuaahhh *Terus cium pipi Ina*
Isteri: Hmm ok Abang. Ina ingat janji-janji Abang tu. Abang jangan nak nakal-nakal tau kat Melaka. Ina cubit Abang nanti! Ina akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abang kat Melaka. *Malu-malu*

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Tidak ada pasangan yang sedang bercinta mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Tambah-tambah lagi orang sudah berkahwin. Apalah gunanya berkahwin tapi si dia jauh dari mata kan 😉

Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga. Dan kali ini, Misz Chinta mewakili pihak Zoncinta ingin berkongsi 10 Tips Percintaan Jarak Jauh dan harapnya ia memberi manfaat kepada pasangan yang sedang berjauhan ini.

#1 Saling Mempercayai Cinta Masing-masing

sayangcinta

Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.

Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

#2 Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia

Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.

#3 Setia dan Jujur Dengan Si Dia

Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpancaran dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.

Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.

Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat”. Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?

#4 Selalu Berkomunikasi

Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication  @ salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.

Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi- whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call, YM dan bermacam-macam lagi.  Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing.

Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya. 🙂

#5 Luahkan Perasaan Anda

Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.

“Abang, ayang sayang kat abang sangat2”

“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat B 🙁 “

Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti 😀

Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.

#6 Bertemu-janji

Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain.

Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.

#7 Berikan Hadiah Dan Kejutan

Hadiah

Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.

Misz sendiri pernah menerima kejutan daripada si dia sewaktu bekerja. Tiba-tiba ada seorang delivery-man bawa bunga ke ofis dan mencari nama Misz. Rupa-rupanya si dia mengirimkan bunga kepada Misz. Oh, so sweet. Kecoh juga suasana di ofis bila Misz dapat bunga.  Dan diselitkan dengan sekeping kad yang ditulis ayat-ayat cinta yang cukup mengegarkan perasaan Misz pada waktu itu. Misz rasa sangat dihargai dan dapat merasa cintanya walaupun kami berjauhan 😀

Orang kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.

#8 Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur

Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.

Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya.

Anda tidak semestinya tidak mahu sentiasa bergaduh dengan si dia dalam phone kan?

#9 Jangan Mengongkong

Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar.  Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.

Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.

#10 Jangan Cemburu Buta

Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan 😉

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih-sayang, percayai satu sama lain dan tolak ansur, Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati  walaupun masing-masing jauh di mata 🙂

Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah, tapi kita kenalah berusaha dan menjaga cinta kita. Insyallah.

Gambar:  Freedigitalphotos

Google Eat this!

  • cinta jarak jauh
  • Tips cinta jarak jauh
  • bercinta jarak jauh
  • tips bercinta jarak jauh
  • cara bercinta jarak jauh
  • percintaan jarak jauh
  • hubungan jarak jauh
  • tips hubungan jarak jauh
  • tips hubungan cinta jarak jauh
  • tip cinta jarak jauh

25 thoughts on “10 Tips Percintaan Jarak Jauh (PJJ)”

    • i know what u feel dear.

      Cinta itu memang indah pada mulanya. tapi ia boleh menjadi kejam pada akhirnya. Terimalah dengan hati terbuka. Anggaplah cinta yang lama sebagai satu langkah untuk anda lebih maju ke depan dan bertambah matang untuk cinta akan datang.

      p/s: single itu tidak salah 🙂

      Reply
  1. Salam . Sy pula bukanlah couple tapi cuma bercinta jarak jauh baru 3 bulan & sy cuma gadis biasa yg bertudung . Dan , kekasih sy seorang yg mementingkan agama . Dia membuatkan sy terasa makin berubah ke arah utk mnjadi muslimah sempurna . Dia selalu menasihati sy utk ‘sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya’ . Kami berdua masih belajar dan sedar banyak perjalanan yg harus kami tempuhi .

    Namun , saya rasa sungguh sedih setelah membaca pesanannya , katanya jikalau saya berjumpa dgn org yg sesuai , cubalah ambil org itu mungkin dia boleh menjadi jodoh saya & jika dia adalah yg terbaik utk sy, dia akn terima sy seadanya . Dia juga kata yg dia tidak mahu terikat dgn apa² krn dia mahukan prhubungn yg fleksibel . Hidup ini cuma sekali & meminta sy sama² istikharah utk diberikan petunjuk . Sekali lg dia pesan , utk sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya .

    Dan , selepas itu sy tidak dpt melelapkan mata & berasa terlalu sedih . Sy tahu kami masih belajar wlupun di tmpt yg sama namun berlainan semester , tapi dlm soal ini apalagi membabitkn soal jodoh sering kali buat sy sedih & gelisah krn sy tidak sanggup utk bertukar rasa syg dgn org lain juga dia seolah² tidak yakin utk jodoh bersama dgn sy . Andai Allah makbulkan doa sy utk bersatu dgnnya pd suatu hari nnti & keluar dr kisah percintaan yg rumit . Perlukah sy cuba utk solat istikharah di usia yg baru 20-an ini wlupun masih byk yg sy perlu kejarkan selain jodoh ? Dan , apa yang perlu saya lakukan ?

    Sy hrp saudara memberikan pendapat . Terima kasih 🙂

    Reply
    • wasalam fara.

      Anda sebenarnya beruntung mempunyai si dia yang alim dan warak dan sedikit sebanyalk dia mempengaruhi anda.

      Si dia bukanlah tidak mahukan anda tapi si dia lebih berserah kepada Allah. Allah yang menentukan segalanya. Bagi si dia, seandainya telah tersurat jodoh anda dengan si dia, si dia akan menerima dengan hati terbuka. Cuma buat masa sekarang, si dia memang tidak mahu mempunyai apa-apa ikatan yang boleh mungkin membuatkan dirinya tidak berasa selesa dan mungkin boleh menyebabkan anda berdua ke arah maksiat.

      Memang betul apa yang dipesan oleh si dia. Sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya. Maknanya si dia tak nak nanti anda menjadi terlampau kecewa dan sedih andai kata anda berdua tiada jodoh.

      Selalulah berdoa kepada Allah agar dibukakan hati si dia dipertemukan jodoh dengannya. Dan tidak menjadi kesalahan andainya anda mahu solat istikharah. 🙂

      Andainya sudah sampai masa dan si dia serius dengan anda, Insyallah beritahulah kepadanya supaya terus datang merisik dan meminang anda 🙂

      Reply
  2. Salam. Saya ada masalah dengan bf saya. Dia terlampau cemburu, bila saya keluar saje dgn sape2 dia akan mntk gmbr, contoh kalau saya keluar dgn mak, dia nak gmbr dgn mak, seolah-olah tak percaya pada saya. And dia jugak tk kasi saya berkawan, nak keluar dgn kawan2 apetahnye lagi. Saya buntu dgn perangai dia. Nak ditinggal, sayang pulak. Mcmana tu ye? Minta nasihat n pendapat sikit. Tq.

    Reply
    • wasalam dear.

      perasaan cemburu ini akan wujud dalam setiap manusia. Memang sukar untuk diatasi.

      Misz cadangkan u berbincang dengan si dia. Yakinkan kepada si dia bahawa anda adalah seorang pencinta yang setia. Minta kepada si dia untuk memberikan ruang untuk anda bernafas dan melakukan aktiviti di luar. Beritahu si dia agar mempercayai cinta anda berdua sekiranya si dia ingin hubungan itu berkekalan. Tanpa kepercayaan dan ruang untuk bernafas, nescaya hubungan tidak akan bertahan lama kerana pihak yang dikongkong akan berasa derita dan rimas.

      Reply
  3. Sya brcinta jrak jauh..bru2 ni dya ad ckp kt sya yg sya x pernah faham dya..tp hakikatnya sya dh cba fham dya..kdang2 sya fham dya kdang2 x..tolong sya dlm hal ni..please :'(

    Reply
  4. Assalamualaikum..sy brcinta jarak jauh..sy keliru sama ada dia benar2 cintakn sy atau x…sidia baru putus cinta dan saya tackle dia dan dia terima dan saya sudah lama xbrcinta krn terlalu kecewa dahulu..saya kenal dia dan mmg trlalu cintaknnya..saya hubungi dia setiap hari..supaya dia tahu sy ambil berat..sy sggup ke tmpt dia selalu wlaupun jauh..sy tdak mngongkong dia dn percaya 100% padanya..sy tukar semua fb,wassup,wechat gmbar sy brsamanya supaya kwn2 tau sy sudah brpunya..tp dia sebaliknya..bila sy mnta dia letak pic sy d profilenya dia xmahu…sy slalu mgungkap kata rindu,syg kt dia tp dia hny bberapa kali je..sy melamarnya tuk d jadikan isteri..dn dia setuju….sy cuba tuk memahaminya..turuti kehendaknya..hgga 1 waktu dia katakn dia tertekan..kekasih lamanya mghubunginya dn ingin kembali..sy katakn brterus terang je tntg hubungan kita supaya org lain tau…tp dia xnk kwn2 dia tau dn katakn sy x fhm perasaannya..sy ingin berkongsi masaalhnya tp dia sruh sy fhm sndiri…skg hbungan kami xbrp mesra..sy cuba mngikut rentaknya dn mengalah hgga kdg2 sy sndiri mkn hati..sy inginkn hbungan sprti dulu..skg sy kol dia jrg agkt, msej pnjg2..2 3 patah je blas..sy prnah tny smada dia ikhlas x kt sy..tp sy yg d tuduh tdak mmpercayainya…skrg..sy buntu..fikiran sy slalu trtanya samada dia jujur atau x?? sy mnunggu dia ungkapkn cinta kt sy..sbb sy slalu ungkapkn..tp hampa…sy mmg ikhlas cintaknnya..kdg2 rasa sperti sy terlalu berharap..sy buntu..

    Reply
  5. hai sis ,,tips yg sis bgi tu mnariklh ,,sy skrg ni dlm PJJ jgk ,,sy dOk sarawak ,buah hati dok kt perak ,bzy an krja ,biasalh kn ,as a navy ag tu ,,mmg jrg cntect ,tp sy try to think ve kt dia n fhm dgn pkrjaan dia tu ,,PJJ ni jgk sweet lh ,,klu dh oncall / chatting tu , mmg sweet² je ,saling rndu ,so ,sya & si dia gunakn msa yg ada tu sbaik yg mgkin ,

    Reply
  6. Hai.. sy dan bf sye pon bercinta jarak jauh.. kami tiggl di ng yg sme tpi berlainan tmpt. Die di rawang dn sy di sg buloh. Mmng kalo sehari tak chat rse rindu.. dn si dia sngt memahami dn kami memahami antare 1 sme lain. ehmm tpi sy bulan 9 nnti sy akn belajar di uitm mnekala die sdg bekerja.. rse rindu mungkin membuak2 bile x dpt spend time dgn die..

    Reply
  7. Assalamualaikum.. Mcm mne klau psangan kite kalau gaduh asyik maki hamun kite? Mcm mne sy sbagai lelaki utk uruskn msalah ni… Nsiht bnyk kali dh… Nk tinggal, syg.. Hurm…. Dlm dilema skrg ni….

    Reply
  8. Hai,sye nk tnye? Macam mane…setiap hubungan pasti bergaduh…tpi sye kerap bergaduh ngan bf sye…dlm telefon…kami bercinta jarak jauh

    Reply
  9. Saya bercinta dengan kekasih saya hampir 5 bulan. Permulaan cinta amat indah. Bagaikan tiada hari esok. Namun setelah sekian lama. Ternampak sedikit demi sedikit perubahannya. Saya mampu mendiamkan diri sahaja kerana apabila saya berkata demikian. Dia kata saya tidak memahaminya, banyak urusan yang perlu dilakukan. Saya faham tentang hal itu. Pada mulanya saya boleh menerima kenyataan tersebut. Tetapi apabila chat saya lambat dibalas. Mendahulukan chat lelaki lain. Sedih rasanya. Saya hanya mampu menunggu chat dia. Kerana masa itu baru saya boleh berbual dengannya. Baru ini, dia ada berbual dengan lelaki yang pernah meminatinya serta dia juga pernah meminatinya sebelum bercinta dengan saya.kerana malam itu mereka berbual soal perasaan pada pukul 3 pagi sehingga 5 pagi. Apakah nasihat yang sesuai untuk saya? Saya rasa seperti diperbodohkan…..

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee