Tibanya Masa Untuk Berterus Terang

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Assalam Misz Chinta,,sy nak mintak pendapat ni..erm,,sy tgah kusut sgt ni..mcm ni..sy dah 5 taun knl ngan sorg laki ni..dia series sgt ngan sy… dia btul2 berniat nak jadikan sy pasangan hidup dia..dan sy pon begitu..tp,yg menjdai masalah,mak ayah sy masih tidak tau tntg kami..ayah sy pernah kata,ayah berhak tentukan siapa suami sy..tp,,sy x boleh terima laki laen selain si dia..niat sy nak jdi isteri solehah untuk suami sy..(si dia)..dan ayah nak sy blajar dahulu,baru kahwin..tp,sy tau,makin lama kami mcm ni,makin bnyak dugaan n maksiat yg kami lakukan.sedangkan kami nak cari keredhaan Allah..em,jd,,mcm mana sy nak cuba berterus terang tntg perkara ni?
Puteri

Jawapan Misz Chinta

Waalaikumussalam Puteri,

Pada I jalan yang terbaik yang perlu you lakukan ialah membawa si dia berjumpa dengan family you terlebih dahulu. Perkenalkan si dia dulu sebagai seorang sahabat. Cuba tengok apa reaksi family you dan juga reaksi si dia.

Kalau ada keserasian, bermakna tiada masalah untuk you berterus terang dengan family you tentang hubungan antara anda berdua.

Namun jika selepas itu terdapat bantahan daripada family you untuk you teruskan perhubungan memandangkan you masih bergelar student, mintalah si dia untuk berbincang dengan family-nya terlebih dahulu dan minta si dia bawa family-nya untuk berbincang dengan family you.

Hal perkahwinan bukan satu isu yang kecil, ia perlu mendapatkan persetujuan dan restu dari kedua orang tua agar perkahwinan itu lebih diberkati.

Yang paling penting you kena segera perkenalkan si dia dengan parents you. Cari masa yang sesuai dan santai. Berterus terang dengan mereka niat baik you itu.

I yakin jika you dan si dia ikhlas dalam perhubungan ini untuk mencari keredhaan dari-NYA, segalanya akan dipermudahkan untuk anda berdua.

I doakan agar semuanya berjalan dengan lancar nanti 🙂

Gambar:  thetellingroom

Google Eat this!

  • cara berterus terang

2 thoughts on “Tibanya Masa Untuk Berterus Terang”

  1. miss , sy nk ckp sesuatu yg sy xtau.. sy xtau perasaan sy sbnar nya .. sy suka dgn siapa or siapa.. kdg2 hati sy brubah … but , skrg nie sy rsa sy ska dgn sorg mamat nie .. dia knl sy , sy knl dia jgak .. kta kwn yg x t’lalu close sgt .. sy nk luah kan tp tkut yg dia ada kekasih .. btw, kwn sy ska sy couple dgn dia .. dn nk sy couple dgn dia .. ptt x sy luah kn prasan nie?

    Reply

Leave a Comment

yoeeeeeeee