Terlanjur Dalam Bercinta. Bantu Saya!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Assalamualaikum misz chinta. sy mohon pndangan misz tentg msalah sy nie..
Sy mmpunyai 2 org teman lelaki. Zarul cinta pertama sy, kami telah bercinta hampir 5thun. Zarul sorg yg sgt memahami,penyayang dan sgt penyabar
tapi masalah dia seorng yg sibuk tiada masa untuk sy, sy tidak pasti sejauh mana cinta dia untuk sy.
Sehingga sy berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial bnama aiman. Aiman seorg yg lebih berusia dan juga seorang duda tiada anak.
Aiman sgt menyayangi diri sy tapi sikapnya terlalu mendesak shingga sy rasa rimas dengan sikapnya,dia juga terlalu obses untuk memiliki sy. Namun, Aiman sentiasa ada bila sy perlukan sseorang dan bila bertemu sy amat menyenanginya berbanding bersama zarul. Kami bercinta hmpir 2thun dan kami pernah beberapa kali terlanjur, aiman ingin bertnggungjwp,dan mahu memperisterikan sy. tapi sy belum bersedia kerana sy masih menuntut, cinta sy juga masih ada untuk zarul, Zarul tidak pernah ketahui kewujudan aiman dalam hubungan kami.
Untuk pengetahuan misz, sy dan kedua-duanya berbeza negeri jadi kami tidak selalu bertemu.
Sekarg sy rasa sudah smpai masanya untk sy memikirkan pasangan hidup. Sy betul2 buntu dengan kedua nya..
sjak akhir2 ini prasaan sy jauh dengn zarul, kerana Aiman lebih kerap datng berjumpa sy berbnding Zarul.
Siapakah yang terbaik menjadi psangan hidup sy.. misz chinta tolng la bntu sy..
Sy Keliru..
Love Purple

Jawapan Misz Chinta

 

Waalamualaikumusalam Love Purple,

Saya tidak boleh menentukan siapa pasangan hidup saudari kerana soal jodoh bukan pada manusia untuk menentukan. Jika hati saudari bukan pada Zarul lagi, lepaskan dia dan pilihlah Aiman.

Tapi saudari sendiri tidak bersedia untuk bernikah. Cuba saudari tanya diri saudari sendiri. Bila baru saudari bersedia untuk ada hubungan yang halal? Saudari sendiri sudah beberapa kali terlanjur. Jadi nak tunggu apa baru nak bersedia? Apakah petanda saudari telah bersedia?

Dalam agama kita, seseorang itu WAJIB berkahwin sekiranya tidak mampu menahan nafsu. Saudari perempuan. Tidak perlu memikirkan soal mampu atau tidak daripada segi kewangan kerana Aiman nampaknya stabil dan mampu menjaga saudari. Cuma tinggal saudari sendiri memperbaiki diri supaya mampu menjadi isteri yang baik.

Saya tidak nampak kekeliruan saudari kerana saudari sendiri telah memilih Aiman sekiranya saudari menyedari perasaan sudah jauh daripada Zarul. Mengapa tidak mudahkan sahaja dan pilih yang saudari sayang?

Semoga saudari sentiasa dalam perlindungan Allah 🙂

Gambar: Liliani

Google Eat this!

  • pertama kali terlanjur
  • terlanjur
  • bercinta terlanjur
  • cinta yang terlanjur
  • terlanjur dalam percintaan
  • terlanjur kali pertama

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta