Siapa Kami?

Zoncinta.com adalah satu blog yang menawarkan kepada anda karya dan artikel berkaitan cinta- Membincangkan motivasi-motivasi kepada mereka yang menghadapi masalah dalam cinta-putus cinta, tiada pasangan dan lain-lain motivasi cinta , Membincangkan tips-tips cinta yang perlu anda tahu untuk menjga hubungan anda dengan si dia tips cinta , Koleksi-koleksi cerpen cinta, novel pendek cinta, puisi cinta, pantun cinta dan lain-lain yang berkaitan hasil karya kreatif kisah cinta ,Menjawab persoalan berkaitan masalah cinta yang dikirimkan oleh pembaca kepada kami luahan cinta , Membincangkan isu-isu tentang wanita, tips dan juga sifat-sifat peribadi wanita maskulin , Membincangkan isu-isu tentang wanita, tips dan juga sifat-sifat peribadi wanita feminin , Membincangkan isu-isu tentang hubungan rumahtangga, anak-anak dan juga seks perkahwinan dan banyak lagi.

Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak dapat lari daripada cinta. Cinta adalah kasih sayang yang tidak ternilai. Cinta kepada Allah, cinta kepada nabi, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada pasangan, cinta kepada agama dan juga cinta kepada tanah air.

Tujuan Penubuhan Zoncinta.com

Tujuan asal penubuhan zoncinta.com ini adalah untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah cinta. Bila perasaan itu dipendam di dalam hati lama-lama, ia akan memberikan satu impak negatif kepada individu tersebut. Dan kebanyakan diantara mereka ini tidak mempunyai tempat untuk diluahkan isi hati yang terpendam. So, kami disini sudi memberikan pendapat dan bersama-sama mencari solusi untuk masalah tersebut.

Anda boleh luahkan segala isi hati anda kepada kami bukan sahaja masalah berkaitan cinta tetapi pelajaran, rakan-rakan atau apa sahaja yang anda tidak berani luahkan kepada orang lain. Anda boleh percayakan kami. Segala maklumat anda seperti nama dan emel anda tidak akan didedahkan kepada orang ramai. Tetapi fokus kami tetap lebih kepada cinta.

Selain itu, zoncinta.com juga ingin memberi ilmu tentang cinta untuk menghangatkan lagi perhubungan cinta anda serta agar anda tidak berulang kali mengulangi kesilapan masa silam anda sehingga boleh menyebabkan anda kehilangan orang anda sayangi.

Tempat Berkongsi Karya Kreatif Anda!

Setelah mencapai satu kata sepakat, pihak kami telah membuka peluang untuk para-para penulis di luar sana yang mempunyai bakat ataupun mereka  yang ingin berkongsi kisah/pengalaman mereka sendiri melalui karya penulisan. Anda boleh menghubungi pihak kami disini jika anda berminat untuk menghantar karya penulisan anda kepada kami untuk dipublishkan di blog Zoncinta.com.

Di Sebalik Tabir Zoncinta.com

Zoncinta.com dibarisi oleh Elie, Misz Chinta dan juga Teruna Teruja.

Google Eat this!

  • http://zoncinta com/cara-meluahkan-sayang-pada-seorang-lelaki/

Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta