Saya Masih Cintakan Dia

Blog Zoncinta

Saya Masih Cintakan Dia ❤

by Misz Chinta on February 28, 2012

in Luahan Cinta

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda :)

assalamualikum kak….sy ada mslah yg sy sendiri tak tao camne nk selesaikan….utk pengetahuan kak sy baru putus gn kekasih sy…die yg mintak supya kita putus…sy masih sygkan die dan still cintakan die g…sblm nie kami memang tak de maslah langsung dlm hubungan kami…sy tak dapat nak terima sebab die mintak secara tibe2 bile sy dah betul2 syg kt die…smpai hari ni sy tak tao pe yang sy nak buat utk teruskan hidup sy…sy terase seluruh hidup sy die dah bawak pegi…kak…walaupun die selalu menyakitkan hati sy dulu tp sy tetap cintakan die sebab die cinta pertama sy kak..sy ada msj gn die jugak tp die tak balas..sy tak tao nak buat pe…sy nak bangun blik tp sy tak tao camne kak…tolong sy..perlukah sy mengharap cinta die lg atau sy kne terima semua ini…
-Mimie

Jawapan daripada Misz Chinta

Waalaikumussalam Adik Mimie,

Bertemu dan berpisah adalah lumrah dalam percintaan. Tahukah anda kurang daripada 1% cinta pertama akan berhasil, atau dengan kata lain hampir kesemua cinta pertama akan menemui jalan buntu. I faham ia berat untuk you terima lebih-lebih lagi keputusan itu diambil secara tergesa-gesa oleh kekasih you. Pernahkah you bertanya mengapa you ditinggalkan? You berhak untuk tahu sebab you diperlakukan sebegitu. Ingatlah, segala yang berlaku dengan bersebab.

Kumpul semula semangat you, sekali kecewa tidak bermakna cinta you sia-sia. Setiap cinta yang dilalui ada manfaatnya. Ada cinta yang mengajar you erti bahagi, erti sakit, tentang bagaimana menjadi lebih kuat dan sebagainya. Buat masa ini you perlu lupakan si dia. Bebaskan diri, nikmatilah hidup single untuk seketika waktu. Luahkan isi hati anda kepada orang terdekat dengan you dan tahu tentang kisah cinta anda sebelum ini. Mungkin dia boleh membantu lebih daripada I.

Sepanjang tempoh rehab ini, cuba elakkan diri you daripada menghubungi ex you kerana ia hanya membuatkan hubungan you semakin jauh, dan bukannya semakin dekat. Setelah you rasa diri you sudah kembali bersemangat dan bersedia. Bersemukalah dengan dia untuk melunaskan apa yang you pendam kepada dia selama ini. Adakah cinta you padanya masih sama atau you sudah dapat hidup tanpa dia.

I yakin pilihan yang you buat pada masa itu nanti lebih bijak berbanding jika you bertindak pada waktu emosi you kurang stabil sekarang.

p/s: “With every door that closes a new one will open” 

Gambar: xoberryxo

Kami Sedia Membantu Anda!

  • Dilanda masalah dalam percintaan dengan si dia?
  • Tiada teman untuk diluahkan masalah anda?
  • Kongsikan masalah anda kepada kami disini

Komen dengan facebook!:

{ 1 comment… read it below or add one }

ieka shafieka March 19, 2012 at 4:31 pm

salam…kak…saye nk tnye pdpt akak…cm nie,,,saye dh lmer simpan prasaan kt abg agkt saye…lbih2 lagi lpas tau dier single skrg….bru2 nie,,,saye prnh luah kn prasaan saye pd dier…adkh slh perbuatan saye 2???dan cmne saye nk tau saye d terime @ sbalik nyer…hrp akak dpt tlg saye..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: