Back Menu

Zon Cinta

Ragu-ragu Dengan Kesetiaan Si Dia

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda :)

salam, saya nak minta pendapat sedikit tentang masalah sy skrg ni…
saya dah bercinta dgn dia selama 3 bulan, pada bulan pertama, hubungan kami boleh dikatakan sangat bahagia, masuk bulan kedua, ada lah sedikit bibit2 pergaduhan… tapi biasalah, hubungan mane yang tiada gaduh..
masuk bulan ketiga, saya rasa dia mula dah berubah…dia hide relationship saya dengan dia,malah password facebook dia pun, dia tukar…beerti, saya dah tak boleh memantau pergerakan dia di facebook…banyak kali saya minta, tapi dia selalu mengelak, malah memberi alasan yang saya fikir tidak munasabah untuk diterima…sebelum dia tukar, saya selalu membuka mesej dia di facebook, dan saya dapat tahu yang dia sedang rapat dengan seorang perempuan,cukuplah sekadar saya memanggil die A..cara mereka mesej betul2 buat saya kecewa…malah tidak mengaku yang dia sudah berpunya..tapi saya masih boleh maafkan dia, sebab saya rasa semua ini tak perlu lah diperbesar2 kan..semakin saya biarkan, mereka semakin menjadi2, malah dia menukar password..dan hati saya semakin ragu2 dengan kesetiaan dia..saya meminta password dia, bukan kerana saya tak percayakan dia, tp saya cuma nak memastikan dia tidak curang..kemudian, dia warning saya, jangan kacau A.. sbb A mengadu pada dia ada owg marah2 A, sbb berkawan dgn dia..dan dia ni pula menuduh saya mengacau dan marah2 A..saya sangat2 kecewa..bila saya tanya die, nape tuduh2 saya sedangkan dia tahu bukan saya yang marah2 A..die cume meminta maaf, dan dia backup A, die cakap A tu baik, ok je, nape ade owg sampai hati nak marah2 A..kawan2 saya yang lain sudah banyak kali menasihati saya supaya meninggalkan dia, kerana pada pendapat mereka, dia tak jujur dengan saya…dan mereka mengatakan yang saya ni bodoh sebab selalu memaafkan dia, bila dia buat hal2 yang menyakiti hati saya..saya bukan bodoh tapi saya sayangkan dia..saya ingatkan dia lain, tak seperti lelaki2 yang pernah lukakan hati saya..rupanya die sama saje..
saya betul2 perlukan pendapat dari zon cinta, apa yang perlu saya lakukan, saya keliru dan tak tahu keputusan ape yang perlu saya buat..
-mizz apple

Jawapan Misz Chinta

Wassalam Mizz Apple,

Ramai pasangan yg berkongsi password dengan pasangannya. Malah setiap masa mereka akan memantau update facebook tersebut dan perkara ini biasanya pihak perempuan yang lakukan. Tapi tahukah anda, lelaki cukup tidak suka dikongkong? Lebih-lebih lagi jika teman lelaki you andalah seorang yang jenis outgoing dan mempunyai ramai rakan. Sudah tentu si dia mahu bersembang dan bermesra dengan rakannya tanpa rasa dipantau. Tambahan pula, lelaki yang terlalu dimanja oleh teman wanitanya agak tidak disenangi oleh rakan-rakan lain. Mungkin itulah sebabnya teman lelaki you agak keberatan malahan melenting apabila you mahukan password facebooknya. Hubungan you dengan dia pun tidaklah selama mana lagi, masih rapuh dan you tidak perlu tergesa-gesa.

You tidak salah dalam hal ini. Lumrah wanita, perasaan insecurity mereka lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu kita ada sifat kurang percaya dan cemburu.Perlu diakui tindakan you ‘menyerang’ A agak kurang betul sebenarnya kerana you seolah-olah cuba menyiram minyak ke api. Seperti yang I katakan tadi, lelaki tidak mahu pergaulan mereka dengan rakan-rakan diganggu. Sebab itulah kekasih you kelihatan seperti lebih menyokong A, walau hakikatnya A mungkin teman suka-suka sahaja.

Nasihat I pada you, jika you sayangkan dia, dan mahukan kasih sayang itu dibalas olehnya, you kena belajar mempercayai antara datu sama lain. Cinta memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak untuk berkesan. Jika salah seorang tidak mahu beralah, mengapa perlu diteruskan lagi?

p/s: A guy, he may flirt with every girl he sees, but every night before sleep he could just think of someone really special at the bottom of his heart.

Gambar: Bugidifino