Ayah Tidak Benarkan Kahwin Di Usia Muda. Bantu Aku Misz Chinta!

Assalamualaikum sis. Saya baru je umur 15 tahun dan kekasih 17 tahun. Kami bercinta sejak bangku sekolah, pada waktu itu umur saya 12 tahun dan si dia 14, sampai sekarang hampir 4 tahun kami bersama. Si dia pernah bawa saya berjumpa dengan keluarga, so far semua okay, emaknya merestui hubungan kami. Saya juga selalu bawa si dia jumpa keluarga saya.. Ibu saya memang berkenan dan suka pada dia. Dan pada satu hari tu, saya menerima surat layang yg bukan bukan dari hamba Allah ni.. Dia kata macam macam pasal saya dan si dia. Dia mengatakan saya dan si dia membuat maksiat ketika berada di dalam kereta dan sebagainya.. Saya mengadu pada ibu. Ibu tanya saya, betul ke saya memang saya sayang pada si dia? saya memang ikhlas dan sayang sangat pada dia. Dan saya yakin dia juga sama seperti saya.. Ibu bagi cadangan pada si dia, untuk ikat saya dulu supaya saya tidak jadi milik orang lain kalau dah betul sayang dan ada niat nak dirikan masjid. Dia setuju dengan cadangan ibu.. Tapi masalah utamanya cuma ayah .. Hm ayah tk benarkan saya kahwin pada usia muda. Actually, ayah dan ibu berceraii dan saya tinggal dengan ayah dan 2 orang adik. Saya tertanya tanya mengapa ayah tak benarkan sedangkan niat kami murni, dan kami nak elakkan dari buat benda yang tak elok.. Hm boleh tk bagi apa2 tips/cadangan utk buat ayah yakin dengan apa yg kami nak? :'( dan mungkin boleh share jugak tips nk tambat hati bakal mertua?
Bella

Waalaikumussalam adik Bella. Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.

Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Hasrat adik Bella untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda adalah satu perkara yang bagus. Walau bagaimanapun, adik Bella perlu berfikir lebih jauh dan melihat perkahwinan tersebut daripada sisi yang lebih luas. Kalau adik Bella betul2 yakin dgn keputusan adik, disini Misz berikan beberapa tips untuk kahwin muda dan berhadapan dengan ibu bapa.

Adik Bella juga boleh baca 8 Tips Bagaimana Untuk Menyakinkan Keluarga Untuk Kahwin Muda yang pernah dikupaskan dahulu 🙂

1- Pertama sekali, Bella perlu menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan Bella dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Bella juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang Bella miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa Bella untuk berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti side income serta simpanan Bella terdahulu. Bagi Bella yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa Bella mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda.

5- Oleh kerana adik Bella masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama Bella. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

6- Bella perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat untuk berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan Bella dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa Bella supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

7- Sekiranya cadangan dan permintaan Bella ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa Bella akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan Bella untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Untuk petua tambat hati Mertua, bila dh kahwin nanti bru Misz bg ok. 😉

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi  Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda.

Google Eat this!

  • kami kahwin muda

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta