Menangani Putus Cinta – Pengalaman Sendiri

Setiap yang pernah kecewa pastinya tahu. Bukan senang melupakan sakitnya putus cinta. Orang di sekeliling dengan mudah bercakap.

“Move on.”

“Jangan ingat lagi orang yang tak ingat pada kita.”

Senang untuk bercakap, tapi susah untuk dipraktikkan. Hanya orang yang pernah putus cinta, faham kesakitan itu. Memandang ke depan, sakit. Menoleh ke belakang juga sakit. Kiri kanan kita kosong. Tiada lagi seseorang tempat menyandar penat, menghambur tangis. Kalau dulu kita ada teman berkongsi kecewa. Tapi sekarang kita sendiri.

Malam tambah pedih. Berjaga di pembaringan, kita memaksa tidur; penat melihat kisah lama berputar ibarat filem yang tak berkesudahan. Apabila tidur bermimpi dia. Mimpi yang indah jadi buruk. Kita terbangun dengan dada yang sebak, kadang-kadang berair mata. Dan malam tambah dingin lagi.

Nisa sendiri sedang dalam proses melupakan. Nisa sudah tidak sedih. Jadi manusia berhati tembok. Terhapus segala kasih sayang terhadap dia. Tapi hati yang terkhianat masih luka. Dan itu juga satu pederitaan yang sukar diubati.

Putus cinta itu ada 4 tahap:

  1. Penafian. (In denial)
  2. Kesedihan. (Sadness)
  3. Kemarahan. (Anger)
  4. Meninggalkan. (Moving on)

Nisa di tahap 3. Nisa cepat melaluinya kerana Nisa iringi dengan terapi ayat al-Qur’an. Juga berkat sokongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang baik. Yang penting, hati kita sendiri perlu kuat. Tidak ada sesiapa yang bisa membantu memulihkan hati kita selain diri kita sendiri. Oleh itu, kekuatan dalaman perlu ada.

Hati kita seolah-olah “bersalin kulit”. Dalam proses untuk membentuk kulit yang baru itu, kulit lama perlu dibuang, dan itu sakit. Tak tipu. Memang pedih dan kalau salah teknik, boleh berdarah banyak dan terpaksa menanggung lebih banyak kecelakaan. Tapi ini semua sementara. Sekejap sahaja. Tapi “sekejap” tu subjektif, bergantung kepada ketahanan diri kita dan kekuatan dalaman.

Mungkin setelah beberapa lama masih ada sisa tangis lagi tapi itu normal. Bukan senang kita melupakan cinta, kecuali bagi orang yang tidak berhati perut dan tidak berperasaan!

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Dalam mengubat hati, kita perlu faham kasih sayang Allah. Ternyata kekecewaan bercinta adalah salah satu ujian, tanda Allah rindu pada kita. Dia adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang. Tentunya ada sesuatu yang hendak diajarkan kepada kita  melalui kekecewaan tersebut. Kesakitan juga menghapus dosa! 🙂

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim

Kadang-kadang kita susah melupakan bukan kerana kekecewaan sahaja. Tapi hati kita sakit melihat orang yang pernah kita sayang dengan mudah sahaja beralih arah kepada orang lain. Tambah menyakitkan apabila bekas kekasih dengan lancang memburukkan kita pada orang lain.

Tak apa. Biarkan. Perempuan baik untuk lelaki baik dan begitulah sebaliknya. Yakinlah dengan kasih sayang Allah. Yakinlah dengan kekuasaan Allah.

“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU amatlah pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Gambar: MirkyJedi

Google Eat this!

  • pengalaman putus cinta
  • ubat putus cinta
  • ayat putus cinta
  • putus cinta ujian allah
  • kisah putus cinta
  • ayat ayat motivasi cinta
  • pengalaman sendiri
  • cerita pengalaman putus cinta
  • sakitnya putus cinta
  • putus kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. salam
    firstly thanx untuk tips nie
    tapi sya dah 4 taon putus dan masih teringatkan si dia
    sampai skrg saya xde pengganti sbb tggu dia
    walaupun sekarang dy dah bhagia bersama kekasih baru..
    =(

    • wslm dear,

      bukakan hati u untuk menerima cinta baru. Sentiasa berpenampilan menarik untuk menarik aura-aura pisitif di sekeliling u. Lupakan kisah lama walaupun ianya pahit. Insyallah, u akan menghadapi semua ini 😀

  2. Ya allah, im in phase 1. Xtau nk buat apa, sedih sangat. After 10 years we break up. Slama ni hdup ada dia, tp dah tak ada. Thanks nisa, hanya org yg tahu ape putus cinta can write the things well. Thanks again sbb comfort lepas baca ni. Ini ujian allah..

  3. Selepas 6 hari menangis… saya sudah boleh melupakan dia… sakit bila kita terpaksa lepaskan orang yg kita syg kpd cinta yg dia idam2kan… bangun aje dari tido… berderai air mata pabila kisah lama manghantui ingatan… bagai putus asa untuk teruskan hidup… sanggup dia bermain cinta dgn org yg baru dia kenal… sungguh mudah sekali… Hanya kpd Allah tempat utk mengadu… hanya Allah yg boleh merawat rase luka ini…

  4. Sangat sakit putus cinta..
    Hampir 7 tahun mengenalinya.. Saat dia mengucapkan kata putus kerana tidak ada persefahaman, seakan dunia gelap gelita..
    Orang sekeliling menasihatkan supaya melupakan dia.. Mudahnya memberi nasihat.. Tak mudah untuk dipraktikkan..
    Hampir 2 minggu tanpa dia, membuatkan diri terasa kosong..
    Saat itu, Allah sebagai tempat meluahkan perasaan.. Kepada Allah juga tempat bergantung..

  5. Salam nisa…tq share tips ni …
    Sy mengalami nye sekarang..
    Kesedihan…kemarahan..
    Tak sanggup nak tgk die bahagia dgn org lain…mudahnye die melupakan sy.. baru berapa bulan x behubung dan akhirnya sudah berkahwin dgn org lain..