Luahan Cinta: Isteri Tertekan Dengan Sikap Suami

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam misz chinta….sy nk nk minta pndangan n pendapat misz chinta tentang masalah sy ini,apa yg perlu sy lakukan…sy mia sudah berkahwin selama setahun dgn ammar,sy blm dikurniakn chaya mata lg..sy kenal dgn ammar melalui org tua kami yg satukan.ammar muda setahun dr sy..masalah timbul dr awal perkahwinan kami lg.sebelum sy berkahwin dgn ammar, dia mempunyai perempuan lain (isteri org dan merupakan sepupu kpda dia,suami nya seorg penagih)….sebelum kahwin dgn sy ammar dh jnji tk berhubung dgn perempuan tu,ammar jd tunduk bila dgn perempuan tu sb perempuan tu guna2kn (ilmu hitam)ammar…awal perkhawinan kami ammar kantoi dgn sy sb dia msh berhubung..hdp sy awl perkahwinan dgn penuh air mata..slpas berjanji n terus berjnji tp ammar tk pernh tepati jnji…dia pernh bg alasan yg perempuan tu ganggu dia…klu sy dgn ammar gaduh mesti nombor hp perempuan ada dlm pgglan or msg ammar.ammar mempunyai ego yg tggi….hnya awal perkahwinan sj ammar menziarahi rumh org tua sy..lpas tu langsung tk pernh,..bila tiba hari rya,sy seorg shja blk ke rumh org tua sy tp syukur sb dia izinkn sy blk walaupun dia tk ikut skali..sedih hidup sy mcm ni tk mcm org lain..sy pernh bergurau sambil tnya dia “klu sy lari adakah awk akn cri sy,…ammar jwb dia tk akn cri sb siapa sruh lari…”..sebagai seorg wanita sy mahu rsa ksh syg n pujuk kn dr suami..tp ammar tk..apa yg perlu sy buat misz chita,tertekan hdp sy klu mcm ni.
Mia

Jawapan Misz Chinta

 

Wassalam Puan Mia,

Menjadi impian seorang isteri untuk mendapat perhatian dan kasih sayang penuh daripada suami sendiri. Namun impian itu akan musnah andai ada batu pemisah antara si suami dan si isteri. Untuk permulaan, cuba berkomunikasi dengan Ammar terlebih dahulu dan lihat secebis mana rasa cintanya yang tinggal untuk you dan sejauh mana dia telah hanyut.

Masalah you yang sebenar ialah kekasih gelap suami you itu, jika benarlah suami you dirasuk sihir pemisah seperti didakwa. Ilmu hitam bukanlah perkara asing dalam masyarakat nusantara kita. Cuma dewasa ini perkara seperti ini diberi tanggapan sebagai tahyul bagi mengelakkan masyarakat menjadi taksub dan menyekat modenisasi. Pada hakikatnya, ia benar-benar berlaku dan Misz sendiri pernah menyaksikan penangan ilmu ini terhadap waris terdekat Misz.

Segeralah berjumpa dengan ustaz atau pakar agama yang arif mengenai ilmu mistik dan ghaib sebegini. Misz yakin beliau ada tafsiran mengenai perkara ini dan akan cuba menyelesaikan kemelut you ini. Elakkan bertemu dengan bomoh atau pawang yang hanya mahukan pengeras dan menggunakan ilmu yang bercanggah dengan syara’. Jika you memilih jalan hitam seperti ini juga, apa beza you dengan perempuan itu?

You juga boleh gunakan keluarga mentua untuk cuba menegur suami you agak kembali ke sisi isteri dan putuskan komunikasi dengan sepupunya. Biarlah perempuan itu dengan masalah rumah tangganya masing-masing.

Seperkara lagi, penangan sihir pemisah ini sangat hebat. Walau apapun nasihat atau teguran yang cuba you sampaikan kepada suami hanya ibarat berkata-kata kepada tunggul sahaja kerana jin-jin sihir sudah bersarang di ubun-ubunnya sehingga tidak mampu berfikiran waras lagi. You juga sudah tidak kelihatan menarik dan hilang seri di mata suami menyebabkan keinginan untuk bersama berkurangan.

Amalkan selawat dan membaca surah al-Baqarah sebagai pendinding diri dan keluarga. Anggaplah perkara ini berlaku ada hikmah bersamanya. Mungkin Allah mahu hambaNya meningkatkan lagi amalan dan tauhid kepadaNya. Ingatlah, Allah sentiasa rindu akan rintihan dan doa daripada hambaNya, mungkin kita yang seringkali alpa.

p/s: Every woman deserves a man who loves and respects her.

Gambar: cosmosue

Google Eat this!

  • tertekan dengan sikap suami
  • sedih dengan sikap suami
  • isteri tertekan
  • tertekan
  • istri tertekan dengan sikap suami
  • isteri tertekan dengan sikap suami
  • cerpen suami ego
  • kisah suami ego
  • tertek
  • tertekan dengan perkahwinan

Leave a Comment

{ 0 comments… add one now }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta