Luahan Cinta: Susah Mendapat Cinta Yang Ikhlas

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

assalamualaikum, ntah la…sy tak tau nak luahkan dimana..mungkin pihak disini dpt mmbantu…buat pengetahun, sy dah banyak kali menjalinkan hubungan tapi masih belum mendapat cinta yg betoi ikhlas & time sy seadanya..sy ni perempuan yg umurnye 27 tahun yg berbadan gempal & besar.hakikatnye mmg susah la jika nk didekati oleh lelaki..semasa menjalinkan hubungan sebelum ni selalu mendapat teguran dr ex yg suruh sy menguruskan badan.hubungan pun tak lama…sy tak paham…sy nak cari lelaki yg dapat terima sy seadanya..tak kire la sy gemuk atau kurus…cukup susah…kadang2 sy rase cukup rendah diri dan kadang malas nak pikirkan pasal hubungan istimewa…tapi sape yg tak mau dirikan rumah tangga, ade keluarga & anak…tapi sy dh give up…takut benda yg sama jadi balik…harap dapat membantu…terima kasih..wasallam.

-lynn

Waalaikumussalam Lynn,

Dalam hidup kita nie Cik Lynn, bukan mudah untuk bertemu dengan seseorang yang dapat memberikan kita cinta sejati iaitu cinta yang benar-benar ikhlas dimana dia dapat menerima semua kelemahan kita untuk dijadikan kelebihan mereka. Cinta yang benar-benar ikhlas dimana dia akan sentiasa disisi kita walau apapun yang terjadi. Tapi apabila U dah bertemu dengan cinta sejati itu, U sendiri akan tahu dan dapat merasakannya, “Ya, inilah cinta sejatiku!”.

Sebenarnya saiz badan bukanlah menjadi kayu pengukur untuk kita mencari cinta sejati kita. Lain orang lain citarasa. Dan bukanlah mudah untuk kita membaca fikiran orang itu tentang apa yang difikirkannya mengenai kita. Dari apa yang I tengok, seolah-olah U dah give up dengan cinta. U dah hilang keyakinan diri. Kalau macam inilah, sampai bila-bila pun U tak akan bertemu cinta sejati U tu. Sorry kalau terkasar sedikit. I agak kecewa bila I tengok U seolah-olah dah berputus asa dalam mencari jodoh.

Ok now I bagi tips pula. Harap ia dapat membantu U.

  • Yakin atas diri sendiri – Lelaki lebih sukakan perempuan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebabnya lelaki juga adalah insan yang lemah walaupun mereka berpura-pura kuat di hadapan orang lain. Barulah mereka juga yakin untuk memberikan cinta mereka kepada U.
  • Pelbagaikan gaya – Untuk wanita ‘comel’ macam kita nie, memang agak susah untuk mencari pakaian yang sesuai dan trendy. Cuba buat research sedikit-sebanyak dekat majalah @ internet. Dan cuba elakkan pakaian yang boleh menyebabkan ternampak bentuk badan U.
  • Cuba turunkan berat badan – Mungkin ada betulnya teguran yang diberikan oleh ex U tu. U patut cuba turunkan berat badan sedikit. ‘Kecomelan’ berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan keyakinan kita. ‘Kecomelan’ ini akan membuatkan kita lebih cepat penat untuk membuat kerja, berjalan dan even U dah kahwin dan ada anak nanti, ia akan memberikan effek lebih besar kepada U.
  • Tunjukkan perwatakan mesra dan happy – Cuba U bawakan perwatakan yang mesra dan sentiasa gembira di dalam diri anda. Secara tidak langsung ia akan membantu U meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan orang disekeliling terasa aura U nanti.
  • Bukakan pintu hati untuk menerima cinta baru – U tidak boleh selama-lamanya seorang diri. Perempuan dan lelaki dijadikan untuk melengkapi antara 1 sama lain. Perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki. Oleh itu, si lelaki akan cuba mencari rusuk mereka kembali. Mungkin U boleh ambil masa sedikit untuk bersendirian dan muhasabah diri sebelum menerima cinta baru.

p/s: Cinta sejati tidak akan datang bergolek di hadapan kita. Kita juga kena berusaha untuk mencarinya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang melanda, sebenarnya ia membuatkan kita bertambah matang dalam mencari cinta sejati itu. 🙂

Gambar:  Pierre Guinoiseau

Google Eat this!

  • Cinta yang ikhlas
  • cinta ihlas
  • cinta ikhlas
  • cinta yg ikhlas
  • https://zoncinta com/luahan-cinta-susah-mendapat-cinta-yang-ikhlas/

14 thoughts on “Luahan Cinta: Susah Mendapat Cinta Yang Ikhlas”

  1. membaca kisah lynn, saya rasa saya paham situasi lynn, saya harap lynn tabah.. dan kuat semangat.. berat badan berlebihan bukan satu faktor yang lynn takut untuk bercinta.. ramai gak kawan2 saya perempuan berbadan besar bahagia dengan pasangan masing2.. rahsia diaorang?? lupa plak nak tanya…

    tak semua lelaki memandang rendah dan tak suka akan wanita yang berbadan besar, cuma maybe lynn belum lagi bertemu dengan lelaki yang sesuai. Yang penting lynn kena ada keyakinan diri yang tinggi, jadikan kelebihan yang ada sebagai satu kekuatan bukan satu kelemahan… sentiasa berfikiran positif…

    kalau ex pernah tegur, mungkin lynn bleh try.. dengan kurangkan makan makanan yang kurang berkhasiat, pilih makanan yang seimbang… kuantiti dia cuba kurangkan sedikit demi sedikit… try bersukan, dengan spend waktu petang berjalan2 di taman.. x perlu berlari pun.. cukup berjalan dengan relax.. kalau semua push memang bahaya kat kesihatan…

    mungkin itu dulu nasihat ataicha untuk pagi ini.. nanti ada masa kita sambung erk..

    Reply
  2. Assalamualaikum,lynn saya fhm situasi anda.. saya baru berusia 18 tahun,memang masih muda,saya cuba tok dapat cinta sejati jikalau sesiapa blh terima sy sy nk yg pakai tudung,ikhlas,jujur,peramah,pandai masak,umur xde halangan… jikalau hati ikhlas berikan kesetian yg abadi..

    Reply
    • umur 18 adalah masih muda utk mencari cinta…banyak lagi yang adik perlu kejar sebelum menerima cinta..bukanlah i nak katakan adik xboleh bercinta pada usia semuda ini, boleh cuma cinta pada usia sebegini kebanyakan akan memberikan masalah..kejarlah dahulu cita-cita adik kemudian barulah mengejar cinta sejati pula 🙂

      Reply
  3. hi, saya mencintai ikhlas terhadp seorang lelaki. Saya tidak tau kenapa saya mencintai dia. Pada mula saya beri tahu dia yg saya mencintai dia. Dia akan mahu wanita yang dikenalinya sahaja. DiA berkata minta maaf dia tidak mngenali saya. Sdgkan dia tahu bahawa no. hp yang saya gunakan. Kemudiannya saya bertindak untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan dia. Dia kata tidak perlu buat macam tu kerana akan membantutkan pertumbuhan iman saya terhadap Tuhan. Kemudian, saya dikauseling oleh seorang wanita yang turut mencintai lelaki tersebut. Dalam sesi kaunseling itu, saya memberitahu wanita itu yng sa mau lupakan lelaki tersbut. Pada masa yang sama, wanita tersbut turut menyatakan bhw dia mencintai lelaki itu dan sering keluar makan bersama. wanita itu juga merupakan bekas kekasih lama lelaki tersbut bukan sekrg tetapi wanit itu ttp syng lelaki itu. Wanita itu beritahu saya bahawa lelaki itu sedang tension dengan perbuatan saya memberitahu bhw sa mencinta lelaki itu. Kemudian saya ambil keputusan untuk mmbritahu bhw sayatidak mencintai lelaki itu melalui sms pd lelaki itu. Kemudian lelaki itu menjawab sms mengatakan mau saya fokus belajar dan Tuhan akan menyediakan untuk saya. Sebnry, saya tidak dpt melupakan dia. Hati saya hanya pada dia. Skrg saya sll doa pg untuk pelayann dia dan memberi kata2 dorongan untuk dia maju dalam pelayanan setiap hari di Inbox fb dia. Walaupun lelaki itu tidak berada di Malaysia dan setakat ini tidak pernah membalas mesej sa di Inbox. Sbnrnya….saya ingin tau…sama ada lelaki itu benar2 tdak mencintai saya. Kalau ya kenapa tidak terus terang dengan mengatakan Sya tidak mencintai kamu dan lupakan saya. Kenapa pula dia mengatakan suruh saya fokus belajar dan Tuhan akan menyediakan untuk saya. Dalam hal ini, saya rasa seperti saya mempunyai harapan untuk mendapat dia.

    Reply
    • kalau nak dapat cinta kena cintakan diri sendiri dulu. paling penting kena yakin dengan diri sendiri. lelaki sukakan perempuan yang yakin. walaupun gemok ke hodoh ke kalau perempuan tu bersikap negatif macam mana lelaki nak tertarik. cinta ni bukan benda yang simple. kalaupun perempuan tu cantik sekalipun. ramai lelaki terpikat dengan die. pada mulenye lelaki 2 xcintakan dia pun. cume suke paras rupa. bukan cinte yg ikhlas pun cuma nafsu semata2. :p bila da kenal lama baru perasaan suke 2 berubah jadi cinta. orang gemok ni selalunye comel. gunekanlah kecomelan anda tu untuk memikat lelaki. jangan putus asa. orang yang cantik dan kurus pun tak semua dapat cinta yang ikhlas. yang penting hati kena cantik. 😉

      Reply
    • Bukan sya bilang wak X ada harapanLah tetapi dia memberi wak semangat supaya tak paya nak berfikirkan bercinta dulu tetapi sebaliknya nak wak Fokus belajar dhulu sbabnya klau dah jodoh jauh mcm mna pun tetap bersama jga…

      Reply
  4. Sya suke dekat seseorang lelaki tetapi die menganggap sy cume sebatas kwan mcm mne care nye untuk meluahkan persaan terhadap die..die sahabatku die jugak menjadi crush aku

    Reply

Leave a Reply to syaf Cancel reply

yoeeeeeeee