Luahan Cinta- Suami Kerap Komen Saya Di Depan Keluarganya

Post image for Luahan Cinta- Suami Kerap Komen Saya Di Depan Keluarganya

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Saya selalu terasa hati kerna suami sering komen saya di depan keluarganya dan komen saya terlalu byk cakap dan sering kata2nya menyakitkan hati. Walaupun usia perkhawinan kami pada 19/11/11 ni telah menjangkau 22 thn tapi saya sering makan hati dgn perangainya. Dia juga sering terlupa hari perkhawinan kami dan sering mementingkan keluarganya dari keluarga saya.
-Puan Noris

Terlebih dahulu, puan perlu akur, dalam urusan menantu-mentua ini kita tidak boleh cuba untuk menang atau mengatasi mentua kita kerana ia hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan. Dan bukankah kedudukan seorang mentua itu setaraf dengan ibu bapa kandung kita?

“Salah satu cara mengalahkan musuh kita ialah dengan menjadi sahabatnya. Anda akan peroleh dua faedah: musuh tiada dan seorang teman baru.”

Suami puan mungkin seorang yang rapat dengan ibunya sewaktu bujang dahulu. Biasalah bagi anak lelaki, banyak benda yang dan luahan hati di kongsi dengan ibu. Jadi tak hairanlah suami puan masih mesra dengan ibunya dan ini mendatangkan pemandangan yang tidak enak di mata puan.

Cuba berbincang dengan suami puan mengenai hal ini. Toleransi sangat penting dalam hal suami dan isteri. Guna sistem giliran untuk balik kampung, contohnya. Jika suami puan masih tidak endah, gunalah khidmat orang ketiga. Orang ketiga yang I sarankan di sini ialah pakar motivasi. Dr. Hj. Fadhilah Kamsah banyak memberi motivasi dan petua dalam hal rumahtangga seperti puan ini. Cari buku-buku atau cakera padat terbitan beliau dan simpan di tempat yang mudah terlihat oleh suami puan, di kepala katil tidur misalnya. InsyaAllah suami puan akan tergerak hati untuk membaca dan memperbaiki cara layanannya kepada puan.

Seterusnya, puan cuba ubah persepsi puan terhadap komen suami puan itu. Anggaplah ia hanya satu gurauan sesama ahli keluarga, tidak lebih daripada itu. Puan juga boleh menggunakan kepakaran bertutur kata puan itu dengan counter semula komen yang diberikan suami puan itu tapi mestilah dengan cara yang elok dan berunsur jenaka. Jika kena pada caranya, perbualan di dalam keluarga boleh menjadi meriah dan riuh rendah 🙂

Antara tips untuk kebahgiaan rumah tangga ialah, jangan melihat apa yang kita tidak ada, sebaliknya lihat apa yang kita ada. Kerana nafsu tidak akan pernah puas dari meminta-minta.

Semoga istana puan sekeluarga kekal utuh dan dirahmati ❤

Google Eat this!

  • cerpen kahwin dengan musuh
  • cerpen musuh jadi suami

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta