Luahan Cinta: Keputusan Yang Tertangguh

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Salam Misz Chinta,
saya ingin meminta pendapat dalam membantu membuat keputusan yang telah lama saya tangguhkan … ceritanya begini .. saya dan Mr B telah berkenalan dengan bantuan ibubapa kami dan keluar Mr B telah hantar rombongan merisik setahun yang lalu dan kami telah sepakat ingin adakan majlis pertunangan pada awal tahun ini tetapi majlis tersebut tidak berlangsung atas sebab tindakan pakcik dan makcik Mr B yang masuk campur dan mengeruhkan keadaan , pada masa yang sama Ibu Mr B dan Ibu saya dengan tiba-tiba tidak bertegur sapa masing-masing membuang muka…. ini membuat hubungan kami rumit kerana mulanya pilihan keluarga akhirnya mendapat tentangan …saya amat keliru kerana ibu saya memaksa saya membuat keputusan untuk meneruskan hubungan kami atau memutuskannya … perubahan dengan Mr B pun dapat saya rasakan yang tidak la seperti dulu … biarpun dia mengungkapkan kata cinta dan rindu tapi … …cuma 1 minggu yang lalu saya merajuk sebab tertentu tetapi sehingga kini Mr B tak pun memujuk saya dan dah kira 10 hari dah langsung dia tak sms or call … hati perempuan saya mengatakan ada sesuatu tetapi .. susah nak ungkapkan.. saya keliru sangat sebab saya sayangkan Mr B.. saya tak sangka yang pilihan keluarga itu berjaya memikat hati saya tetapi masa yang sama .. keadaan yang menjadi rumit membuat saya keliru untuk meneruskan keputusan saya iaitu terus bersama mr b yang bermakna secara tak langsung akan membelangkangi keluarga dan melukakan hati ibu saya … atau memutuskan hubungan kami .. berkorban demi keluarga dan redha bahawa mr B bukan la jodoh terbaik buat diriku biarpun dia merupakan seorang calon suami yang baik dan ciri2 suami yang saya inginkan ada pada beliau .
San

Waalaikumussalam Cik San,

Krisis you ini mungkin antara yang paling rumit yang pernah I dengar. Kalau skrip cerita ini dihantar kepada produser filem pun belum tentu David Teo akan lulus sebab klimaks untuk cerita ini berkemungkinan besar akan mengecewakan penontonnya.

I faham perasaan you. Pasti you merasa yang you telah dikhianati dan tidak diberi keadilan dalam perhubungan you. Siapa yang mampu menahan peritnya pertunangan yang diangan-angankan musnah kerana perbuatan orang lain.

Sebagai seorang perempuan yang punya harga diri, I rasa wajar you berbincang semula dengan keluarga you. Mungkin sukar untuk mereka menjernihkan perhubungan you tetapi sekurang-kurangnya you tahu punca dan kenapa makcik dan pakcik Mr. B campur tangan dalam urusan keluarga you. Adakah kerana kekurangan yang ada pada keluarga you atau lebih teruk lagi dengki khianat pakcik dan makcik Mr. B itu sendiri (nauzubillah).

Walau apa pun jalan dan solusi yang bermain di fikiran you sekarang, pertama-tamanya you perlu berusaha untuk menjernihkan kembali hubungan keluarga you dengan keluarga Mr. B. Andai kata you dan Mr. B telah berbaik-baik semula dan mahu mematerikan cinta bersama, semua itu useless jika besan sesama besan masih berpatah arang. Masa depan rumah tangga you nanti sudah tentu menjadi malap.

Jika ditanya persoalan mengenai ‘cinta terhalang oleh orang tua’ kepada I, hanya ada dua perkataan sahaja yang boleh I jawab: lupakan @ Siam. Sebagai seorang yang terpelajar, I rasa you sudah boleh berfikir dengan rasional apa yang patut dan tidak patut you lakukan. Redhalah dengan apa dugaan yang menimpa you sekarang. Percayalah mungkin Tuhan telah sediakan kisah cinta yang lebih baik untuk you di episod yang akan datang 🙂

Gambar: udeyismail

Google Eat this!

  • cinta terhalang oleh keluarga

2 thoughts on “Luahan Cinta: Keputusan Yang Tertangguh”

  1. (B) ada someone nie,dia penh ckp secara face to face dekat sy dia suka and serius gan sy,tp..dalam masa y sama dia sukar utk mluangkn mse dia utk mcj and cal sy,memg kteowg stu tmpt kje,tp,bg sy x jd msaalh law dia mcj or cal sy,wlaupun stu tmpt kje,now sy dh kje tmpt lin jauh dr dia,dan skrg dia sukr utk mcj and call sy,adkh ia benr2 srius dan suka sy,sy fhm dia kje,tp..org lin pun kje jgk tp,xad lh smpai abaikn org y dekt gn kita….sy mtk sgt pndpt dr org y sudi mnolong sy…

    Reply
    • apa kata u pula yang memulakan langkah terlebih dahulu untuk msj/ call si dia. mungkin si dia beranggapan bahawa u menolak si dia. Dalam perhubungan, pepataha perigi mencari timba tidak boleh digunakan lagi 😀

      Reply

Leave a Reply to ika izzati Cancel reply

yoeeeeeeee