Luahan Cinta: Dibayangi Bekas Kekasih

Post image for Luahan Cinta: Dibayangi Bekas Kekasih

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

salam misz chinta..saya pernah berkasih dgn seorang lelaki selama 10thn.dlm tempoh yg panjang itu..saya hnya ada dia sbga kekasih hati yg paling saya cintai.dia seorg yg mengambil berat akn diri sya..menyayangi sya…tp akhirnya..sya mengetahui..bhw dia telah mencurangi sya dgn seorg wanita.Lantaran itu..sya dgn hati yg sedih & hancur memutuskn hbgn kami yg tlh lma tjalin.saya biarkn dia dgn teman baru nya itu.namun demikian yg saya ketahui…hbgn nya dgn wanita itu x d restui olh keluarga nya.utk pengetahuan misz chinta..keluarga bks tmn lelaki sya..amat baik & rapat dgn sya.mereka sentiasa memberi dorongan utk sya.namun x sampai 3 kami pts hbgn,bks kekasih saya mhubungi sya..& mengaku msh syg & cinta akn sya.tp dia jga mengakui..yg dia susah hendak melepaskn tmn baru nya.hgga sekarang..sya msh bhubung dgn bks kekasih sya..wlpn ada ketika nya..blaku pertengkaran d atr sya & tmn wanita nya.bks kekasih sya..sampai skrg msh mhubungi sya..tanpa pengetahuan tmn wanita nya.dan utk pengetahuan misz chinta..smpy skarang sya x prnh kluar dgn lelaki lain..kerna rs kasih sya pd bks kekasih msh kuat..wlpn dia sdh ada yg lain.mungkin ini dsebabkn cara bks kekasih sya yg msh ambil berat & msh menyayangi sya..cuma kdg2 sya bfikir..kemana arah tuju hubungan sedemikian..tmn wanita bks kekasih sya..pernah bbrpa kali memujukbks kekasih sya utk bkahwin..tp tiada jwpn yg pasti dr bks kekasih sya.sya ketahui…ketidakpastian dia..kerna yg utama keluarga nya x merestui..& kedua..bks kekasih sya..msh ssh hdk melepaskn sya…& begitu juga sya…skarang…saya buntu..adakah sya yg sepatutnya berundur..demi kebahagian bks kekasih saya..wlpn sya akui..dia msh menyayangi diri ini…
-Miss Mimi

Wassalam Miss Mimi,

Sebenarnya, jalan penyelesaian masalah you sudah ada di depan mata, cuma you perlu berusaha dan melaksanakannya sahaja. Dan usaha ini tidak akan jadi mudah jika tidak disertakan dengan keberanian dan motivasi yang tinggi.

10 tahun perhubungan bukanlah satu jangkamasa yang singkat untuk you dan ex-boyfriend you tamatkan begitu sahaja.Semua pasangan mengimpikan hubungan yang mereka bina berakhir ke jinjang pelamin. Hanya pengisian ke arah itu yang mungkin silap dan mengebabkan hubungan jadi goyah.

Ex-boyfriend you sedang dalam keadaan dilema dan keliru. Dia sukar untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Dan tugas you sekarang ialah menyambutnya kembali sebelum dia terus tersasar jauh.

Salah satu masalah dalam hubungan yang bertahan lama ialah pasangan cepat jemu. Berpalingnya ex-boyfriend you kepada kepada gadis lain mungkin kerana dia terlalu melihat akan kekurangan yang ada pada you, dan memandang kelebihan you dengan sebelah mata. Ini kerana you berdua sudah masak dengan tingkahlaku dan perangai masing-masing setelah 10 tahun you bersama, dan ada hati jahat yang mencelah di antara you dan boyfriend you. Apa yang you perlu lakukan ialah membuat anjakan paradigma diri dan tonjolkan keistimewaan you agar boyfriend you sedar bahawa you adalah yang terbaik untuknya dan dia juga perlukan you untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Perkara yang paling penting dalam kes you ini, kedua-dua belah keluarga telah merestui perhubungan ini. Restu ibu bapa adalah keredhaan Ilahi yang membawa kepada kebahagiaan dalam rumahtangga. Silaplah jika boyfriend you meneruskan hubungan dengan gadis lain kerana tanpa restu ibu bapa, cinta itu tidak ke mana.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan toleh ke belakang lagi. Sudah tiba masanya untuk cinta you dan cinta bekas kekasih you itu bersatu kembali. 🙂

Gambar: vauvau

Google Eat this!

  • doa agar kekasih kembali
  • luahan cinta untuk kekasih
  • doa supaya bekas kekasih kembali
  • bekas teman wanita masih ambil berat
  • doa untuk bekas kekasih
  • Hidup tanpa dibayangi bekas kekasih
  • luahan hati pada ex kekasih

Leave a Comment

{ 3 comments… read them below or add one }

fad 5 November 2011 at 5:33 pm

go go caiyok to miss mimi!!!!

Reply

Misz Chinta 9 November 2011 at 7:31 pm

wah wah~
nampaknye cik mimi kita ade penyokong nieh~ 😀

Reply

tasha 29 July 2012 at 6:04 pm

kuat kn semangat yew

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta