Luahan Cinta: Cinta Semalam

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

macam mana nak tahu yang pakwe kite sekarang ni yang terbaik untuk kite, dan bagaimana untuk setie?
Hada

Hai Hada,

Untuk mengetahui bahawa si dia adalah yang terbaik, ia mengambil masa yang lama dan bukan sebulan dua. Andai you yakin, cuba pertahankan relationship you sebaik selama yang boleh dan lihat perkembangannya.

1. Sebagai permulaan, pastikan yang pakwe you selalu ingat akan tarikh-tarikh penting korang, seperti harijadi atau anniversary.

2. You dan pakwe you saling menerima antara satu sama lain dengan seadanya

3. Dia masih tampak menarik di mata you walaupun di dalam keadaannya yang paling selekeh

4. Pakwe you berani berbicara tentang masa depan, keluarga, dan tanggungjawab

5. Tidak terlalu manis dalam berbicara sebaliknya lebih kepada action

Oh ya, jika pakwe you pernah meminta you untuk melakukan ‘sesuatu’ yang buat you rasa kurang selesa lebih-lebih lagi kalau dipaksa, mohon putuskan saja hubungan you itu kerana pakwe you hanya nakkan benda tu sahaja dan bukan cinta you yang sebenar.

Bercakap pasal kesetiaan, tiada jawapan yang kukuh untuk itu kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada diri you sendiri. You sendiri yang memilih untuk setia atau curang, bila atau di mana sahaja. Seharusnya cubalah untuk setia dalam perhubungan. Tekadkan dalam hati bahawa you sudah berpunya dan tidak mahu menyakiti hati orang yang you sayangi itu.

p/s: Kalau kita ni sudah setia, adakah si lelaki itu juga setianya sama seperti kita??? *jeng jeng jeng*

Gambar: silent shot

3 thoughts on “Luahan Cinta: Cinta Semalam”

  1. payah untuk tahu adakah seseorang itu terbaik untuk kita atau tidak
    setuju dengan misz chinta,
    perbuatan lebih perlu diperhatikan
    bukan seronok dengan ucapan manis di bibir

    Reply

Leave a Reply to terbaekBlog Cancel reply

yoeeeeeeee