Luahan Cinta: Bingung!

Post image for Luahan Cinta: Bingung!

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

salam …
sy masih menantikan cinta seorg yg teramat sy cintai dr pertamakali jumpa . tapi ,kami perna bercinta n l0st k0ntek sbb dia pegi smbg bljar.. n then masa dia bljar sy terima cinta lelaki laen dan wt dia kcewa …. sy menyesal dan ingin balik pd dia semula tp dia dah ada kapel laen .. kami bkawan tapi dlm waktu yg sama sy amat mghrpkan hbgn kami spt dulu .. tp, dia sda xpcyakan sy lg …, sy ingin buktikan pd dia yg sy amat mcintainya .. apa la yg patut sy buat ?? teruska mengharap 0r lupakan saja ???
-Miss Azila

Waalaikumussalam Miss Azila,

Perpisahan adalah sesuatu yang sangat menyakitkan dalam sebuah perhubungan, apatah lagi dalam kes long distance relationship seperti you. Tentu you pernah denngar, perkara paling penting dalam hubungan jarak jauh adalah kepercayaan. Tapi nampaknya you dah musnahkan azimat kepercayaan itu dan membenarkan lelaki lain mencelah di antara jurang you dan boyfriend you yang jauh.

Tapi dalam cinta, you tak boleh terus mengalah begitu sahaja tanpa memperjuangkan cinta yang you yakini.

The good thing now is you sekarang dah sedar dan rindukan hubungan you yang lampau. Sebagai permulaan, cuba you rapat dengan dia, I mean, sebagai teman baik. Kerana you kena bear in mind bahawa si dia sudah berpunya. Apa yang you boleh buat ialah cuba jelmakan semula momen-momen indah yang pernah you lakukan sepanjang you bercinta dengan dia seperti mengirim SMS selalu, bertanya khabar, memberi dorongan, dan cuba selitkan memori-memori dating dahulu secara sinis. Jangan cuba membangkitkan rasa cinta terlalu awal, kerana you masih tiada hak untuk bermesra dengan kekasih orang dan mungkin lebih teruk lagi membunuh terus usaha you untuk mendapatkannya semula.

Ingat! Lelaki ialah makhluk yang mempunyai sifat ego yang begitu tinggi. I bukan nak melemahkan semangat you di sini. Tapi lelaki biasanya sukar untuk membuka peluang kedua kepada gadis yang pernah membelakanginya suatu masa dahulu. Namun bukan semua lelaki seperti itu dalam dunia ini, I percaya masih ada cinta yang tersisa antara you dengan ex-boyfriend you tu.

Apabila masanya sampai dan you sudah bersedia untuk menyatakan bahawa you menyesal dengan kekhilafan yang lalu, luahkanlah isi hati you secara face to face. Perlu diingat, jangan cuba memberi alasan, sebaliknya minta maaf akan kesalahan you dulu tu, semua orang benci alasan dan menyukai pengakuan benar. Tunggu sehingga ex-boyfriend you bertanyakan sebab you curang, barulah you terangkan puncanya dengan berhemat. Nyatakan kepadanya bahawa you akan menyayanginya sepenuh hati dan takkan ulangi kesilapan yang sama.

I rasa setakat itu sahajalah jalan yang boleh you lakukan untuk kembali kepada cinta lama you. Jika you dan dia tak berjaya juga, nak buat macam mana. Anggaplah ia takdir dan jadikan ia pengajaran berguna dalam hidup you. Mungkin episod ini mengajar you nilai kejujuran dan juga kekuatan menempuhi rona-rona hidup berkasih. Take care

p.s: Everybody deserves a second chance

Gambar:  ashleeappendicitus

Google Eat this!

  • peluang kedua dalam percintaan
  • peluang itu apa dalam percintaan
  • peluang kedua dalam perhubungan

Leave a Comment

{ 3 comments… read them below or add one }

KindeRdonuT 18 November 2011 at 4:42 pm

bgaimna hendak tahu yg l’lki ni masiH syg kat kita walaup0n suDa puTus / bReak ?

Reply

Misz Chinta 26 November 2011 at 9:20 pm

you boleh tgk dari segi cara die melayan you..adakah die masih mengambil berat akan diri you? adakah die masih lagi menghubungi you seperti dulu..

tapi mcm i kate kat ats, lelaki nie ada ego yang tinggi..kdg2 die saje tunggu you msj/kol die dulu..walaupun die masih syg kat you, tapi disebabkan ego yg tinggi die sanggup melepaskan bnda yang paling disayangi begitu sahaja

Reply

Muslim nizam 29 December 2012 at 12:34 am

Yew kew

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta