7 Sebab Mengapa Lelaki Curang

“Pantang tengok perempuan dahi licin!”
“Lelaki semua sama!”
“Lelaki memang macam tu. Jantan tak guna!”

Dan pelbagai lagi kata-kata yang biasa terpacul daripada mulut perempuan apabila mendapat tahu pasangannya curang. Persoalan agung yang biasa berlegar di pemikiran wanita (mahupun lelaki) adalah mengapa mereka sanggup berlaku sebegitu? Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right?

Jom kita lihat sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.

1. Peluang ada di mana-mana

Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai kantoi!

 

2. Test Market

Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

 

3. Pernah Ditipu

It’s the rule of thumb: Si lelaki pernah ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Si perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki, secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi itulah hukum karma.

 

4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut

7658397806_a0f08d82c5

Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat. Pasangan seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya menaruk minyak . Atau lebih bijak lagi, beriam diri. Lelaki tidak suka apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan. Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan yang sukar bagi lelaki.

 

5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan

Seperti kaum perempuan, si lelaki juga suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai. Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu dan ‘merajuk’.

 

6. Sudah Tiada Cinta Lagi

Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum tidak punya sebab kukuh untuk putus, atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda (wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…

 

7. Salah Lelaki Itu Sendiri

Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah ditangani dengan waras akal dan berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin, haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah.

* * * * * * * * * * * * * * *

Setiap manusia biasa punyai keinginan dan nafsu yang boleh mendorong mereka melakukan perkara yang mereka sendiri sedar akan kesalahannya.
Namun apa saja yang berlaku, baik atau buruk datangnya dengan niat dan bukannya berlaku secara tiba-tiba. Kawal diri, usah terpengaruh dengan rakan sepejabat dan kisah-kisah gelap mereka di belakang isteri.

Elakkan daripada terdedah dengan ‘peluang’, lari darinya dan fokuskan kepada orang yang tersayang. Benar, agak tempting mendengar cerita nakal rakan sekerja yang pernah berlaku curang. Tapi pernahkah anda bertanya cerita di sebalik kebanggaan itu. Rasa bersalah dan berdosa pasti akan mengejar di pelaku curang, sooner or later.

Jikapun ada perselisihan dengan pasangan, menyelesaikannya dengan berlaku curang adalah solusi paling bodoh pernah anda lakukan sepanjang hidup. Percayalah.

“Having an affair is nothing like taking a pottery class. No. It would start out like that, and then, um, something would happer. Someone, uh, finds out, or someone falls in love, and it ends disastrously. It always ends disastrously.” – Unfaithful (2002)

Gambar:  olga.palma

Google Eat this!

  • curang dengan suami
  • punca suami curang
  • mengapa suami curang
  • kata kata untuk lelaki curang
  • http://zoncinta com/lelaki-curang/
  • sebab kenapa lelaki curang
  • kenapa lelaki selalu curang
  • punca curang
  • kata kata lelaki curang
  • mengapa lelaki suka curang

Leave a Comment

{ 5 comments… read them below or add one }

xgirl 30 October 2013 at 5:53 pm

saya de sorang lect ni, die nak taste market kat sy..cite bmula begini, sy mmg suke kat die dlm diam2..rupe2 nye die leh feel.pe lg die pun mula strategi taste market die..lagi pun sikap die n sy cm jurang tpi serupa..die xminat perempuan, bcz sy dgr pun wife die ala2 samseng..means perwatakan kasar tp feminim. sedangkn sy lak xsuka lelaki..sy benci lelaki..tp entah2 cmne leh minat kat die..sy jual mahal sb llki ni ego..die igt senang ke nak dpt anak dara..sdg wife pun ade..sy nak buktikan sy ni feminim di luar tp keras didlm..sy naktundukan ego die..tp sedih gak, kkdg die marah bile rs jual mahal sgt..loll.

Reply

Nur ain 14 November 2013 at 3:36 pm

hmmm .. sya pernah mengalami antara 7 sebab tu ..

Reply

Elie 29 November 2013 at 8:47 pm

pastu apa jadi dear? 🙂

Reply

semoga Bahagia 21 February 2015 at 12:00 am
eva 18 November 2015 at 12:13 pm

terima kenyataan

Reply

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta