Keliru Dengan Sikap Si Dia

Artikel ini adalah luahan hati yang diterima di emel kami dan dijawab oleh Misz Chinta. Jika anda mempunyai masalah dalam percintaan/perhubungan jangan segan-silu untuk menghubungi Misz Chinta disini. Misz Chinta sedia cuba mendengar luahan yang terbuku di hati anda dan membantu memberikan pendapat untuk setiap masalah anda 🙂

Hi Misz Chinta. Saya menghadapi satu masalah yang saya sendiri tak pasti dan keliru dengan perasaan dia dan perasaan saya. Untuk pengetahuan Misz Chinta saya ada seorang kenalan, dan sudah 2 tahun kami kenal, tetapi bukan kenalan yang rapat. Cuma baru-baru ini dia ada menyatakan yang dia sukakan saya, dan saya juga sepertinya. Maka kami membuat keputusan untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Setelah kami semakin rapat, sikap dia masih tidak berubah, Dia masih jarang menghubungi saya seperti sebelumnya. Semestinya saya yang akan mulakan dulu untuk menghubungi dia. Katanya dia memang sukakan saya. tapi kenapa dia tidak menguhubungi saya. Saya akur, dia memang seorang yang agak pemalu dan tidak biasa berkawan dengan perempuan, tapi sekurang-kurangnya cuba belajar untuk memahami perempuan.
Saya sering mendengar luahan rakan-rakannya yang mengatakan dia memang sayangkan saya. Tapi saya tidak dapat rasakan kasih sayangnya itu daripadanya kerana dia sendiri tidak pernah meluahkan melainkan kata suka kan saya. Kami jarang berjumpa kerana dia selalu sibuk dengan kerja dan rakan-rakannya dan saya sering rasa terabai dan memedam rasa. Saya bukan jenis perempuan yang pandai merajuk dan tidak pandai meluahkan apa yang saya rasa kecewa padanya. Saya cuma rasa keliru. benarkah dia memang menyayangi saya atau hanya teman yang di sukainya.-Sufie

Jawapan Misz Chinta

 

Hi!

Hubungan cinta adalah suatu hubungan yang unik. Unik dalam konteks di mana sesebuah perhubungan itu berbeza dengan hubungan yang pernah anda lalui atau yang pernah anda saksikan, tiada dua hubungan dalam dunia ini yang sama sifatnya.

Misz dapati di sini, sebelum you mengikat tali percintaan dengan lelaki tersebut, you sudah membuat initial judgment terlebih dahulu, yang akhirnya membuatkan hubungan cinta you jadi hambar kerana ia tidak menepati expectation you. Berilah peluang untuk boyfriend you belajar dan perlahan-lahan menjadi pencinta yang baik. Cukuplah jika hatinya ikhlas dan setia kepada you, itu sudah memadai. Bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul baik dan sopan zaman sekarang ni, tau? hehe.

Jika hati you benar-benar keliru dan mahukan jawapan, buatlah sesuatu untuk medapatkan bukti bahawa si dia benar-benar cintakan you. Jangan bertanya kepada kawan-kawannya, sebaliknya tanyalah orang yang kurang rapat dengan si dia kerana kawan-kawan hanya bercerita yang baik-baik sahaja tentang rakannya. Kalau masa Misz sekolah dahulu, Misz suka hantar mesej anonymous kat boyfriend Misz, tengok samada dia layan atau tidak perempuan lain. Haha. Walaupun nampak kebudak-budakan, but it works! Selamat mencuba! 🙂

p/s: Don’t expect a fairy tale. Even Snow White had to swallow poison and half-dead before she met Prince Charming

Gambar: Picture-Bandit

Google Eat this!

  • lelaki pemalu jatuh cinta
  • rasa terabai
  • keliru dengan perasaan si dia
  • keliru dengan sikap lelaki
  • keliru dia suka aku atau tak
  • sidia pemalu
  • sidia pemalu jatuh cinta

Leave a Comment

{ 2 comments… read them below or add one }

asha 15 September 2014 at 3:52 am

Assalamualaikum…saya hanya ingin memperkenalkan nama saya sebagai noor. saya seorang pelajar yang berusia 19 tahun. Walaupun umur saya baru 19 tahun tetapi saya dah dua kali bercinta. cinta pertama saya bermula semasa saya berusia 16 tahun dan saya putus dengannya semasa sy berumur 18 tahun. saya telah bercinta dengan seorang yang biarlah saya panggilnya sebagai Mr R pada permulaan bulan March tahun ini. walaupun pada permulaan saya terima Mr R saya tidak mencintainya namun lama kelamaan saya sudah terlalu menyayanginya. Namun baru-baru ini saya mendapat satu panggilan daripada seorang perempuan yang mengatakan dirinya adalah kekasih baru Mr R. sy sudah tanya mengenai perkara ini dengan mr R, dan dia mengatakan dia tidak mempunyai apa2 hubungan dengan perempuan itu, tetapi dia juga tidak membenarkan saya bersemuka dengan perempuan tersebut. saya tidak dapat mempercayainya lagi kerana setiap kali Mr R tidak hubungi saya akan membayangkan yang Mr R tidak hubungi saya kerana sibuk bersama perempuan tu. saya betul2 keliru dan apa yang saya perlu buat. tetapi saya sangat pasti dalam satu perkara yang saya tidak mahu kehilangan Mr R sy…sebab sy terlalu menyayanginya.

Reply

siti 20 November 2014 at 8:26 pm

hi misz chinta…
sebenarnya macam ni..sy baru je meluahkan perasaan pada someine yang saya suka, tapi responnya tidak menepati apa yang sy inginkan, dia tidak jawab ya atau tidak..tapi responnya agak memberangsangkan sebab sebelum ini, sy pernh mesj tp tak pernah reply; tp skrg bila saya mesej die reply, skrg saya tak tau nak wt mcm mana sebab die tak pernah mesej saya… saya anggap itu satu permulaan tapi sampai bila dia nak macam tu…

Reply

Previous post:

Next post:


Blog Cinta No. 1 Malaysia.

Kisah Cinta . Tips Cinta . Motivasi Cinta . Luahan Cinta